Tuesday, August 31, 2010

pengalaman di hari merdeka

semua orang sibuk cerita pasal merdeka. aku pun nak cerita jugak lah macam ni. tapi aku malas nak cerita pasal maksud merdeka atau sejarah merdeka. rasanya dah ramai cerita pasal tu. so, malam ni aku nak cerita kisah aku yang rajin di hari merdeka. kisahnya berlaku sewaku aku form 5. sesiapa nak tahu, jom tengok perjalanan aktiviti aku.

tajuk : anis menyertai larian merdeka.

persoalan cerita : adakah dia mampu menjuarai larian tersebut?

mari kita saksikan..



sebelum acara bermula. sedang berkumpul menunggu taklimat.


setelah mendapat bendera, terasa lebih bersemangat untuk memulakan larian. semangat yang tinggi. bagus. harus dicontohi.


wisel dah berbunyi. acara telah bermula. tapi, kami masih disini. belum sampai 100 meter berlari (lari ke?) , kami sudah berehat. bukan penat. sekadar mempotretkan kenangan di hadapan gate sekolah. ^_^


eh. eh. cantik jugak berlatar belakangkan bangunan sekolah. ambil gambar kejap lah. hehehe.


yeay. kami sudah masuk ke trek larian. dah. stop gambar. aku nak lari ni. jangan kacau.

wow. aku dah sampai dekat check point terakhir. 2 lelaki itu merupakan penjaga check point. tak aci. mereka cekelat dari berlari. jeles!!


jadi, keputusannya? adakah aku berjaya mendapatkan tempat dalam acara larian tersebut?

jawapannya,....aku dan kawan-kawanku sampai di tempat yang terakhir sekali. haha. cemerlang kan? tidak berlari walau selangkah. tapi kami berjalan dengan gagahnya. kami lebih suka gelarkan acara ini sebagai acara jalan merdeka. sedap apa. =p

yang paling menarik, bila kami sampai je di garisan penamat, dah tak ada sesiapa pun tunggu. sedih tau. penat tau kitorang habiskan acara ni. tak ada yang sambut!! ini tidak adil!! haha..

note : happy birthday to fifie si anak merdeka. ^_^

No comments:

Post a Comment