pagi-pagi bangun awal. walaupun tak ada lah tersangat awal. tapi masih boleh dikira awal pagi. walaupun mata masih mengantuk, gagahkan diri juga untuk bangun. bukan kerana apa, cuma mahu membiasakan diri dan sekali gus mendisiplinkan diri dalam jadual bangun pagi.
bila di asrama, bangun awal pagi tidaklah begitu terasa. tetapi, kalau di rumah memang sangat terasa. pagi-pagi bangun sahaja tidur, membersihkan diri sedikit. (sebab mandi awal pagi di kampung sangat sejuk ok. menggigil satu badan. jadi mahu elakkan. ) pagi-pagi ni lah selalunya sibuk kemas rumah. kemas apa yang patut. bila rumah kemas, baru lah tenang nak duduk dalam rumah kan. tapi nanti kejap lagi kalau budak-budak kecik datang memang sekelip mata bersepah balik. memang penat..
selepas itu, duduk di beranda rumah. tengok orang lalu lalang. semua orang awal-awal pagi dah mencari rezeki. kalau di tempat aku, ada yang akan pergi ke sawah, ada yang akan pergi ke ladang. semua mencari rezeki. ada jugak yang pergi ke jeti membeli ikan untuk dibuat lauk. sambil menunggu abahku membeli sarapan. di rumah aku sangat jarang membuat sarapan. sebab kalau buat memang menbazir. tak akan habis. jadi cuma membeli sedikit sahaja dari makcik-makcik yang pagi-pagi lagi dah menjual.
sangat rindukan suasana pagi begitu.
gua pun suka kalau bangun2 dekat rumah.
ReplyDeletesuasana lain.