Saturday, September 25, 2010

notis

blog aku sedang dalam menukar layout. dah berjam-jam mencari. tapi tak jugak jumpa yang menarik. so, pakai lah yang ni dulu. ^_^

tapi yang ni pun macam best je. simple. tak la serabut. hoho.

akibat tidur selepas masuk waktu asar

dah lama aku tak tidur lepas asar. sejak cuti raya hari tu, memang aku tak tidur lepas asar. yela, kat rumah tidur petang-petang memang cari sebab nak kena marah la jawabnya. entah tadi mengantuk sangat, aku tertidur juga. memang aku terus dapat keburukan tidur lepas asar.

1) aku mimpi kucing-kucing aku semuanya mati.

2) aku mimpi hantu. yang ni memang menakutkan. berpeluh-peluh aku dibuatnya. nasib baik boleh sedar.

jadi, kesimpulannya janganlah kita tidur siang. memang tak digalakkan.

cara pengiraan kredit untuk kelayakan ke matrikulasi


sekarang ni baru aku tau. cara pemarkahan kelayakan masuk ke matrikulasi untuk pelajar lepasan SPM telah diubah. kalau sebelum ni, kredit akan diberikan untuk 8 matapelajaran. (maaf kalau aku tersalah info). 5 matapelajaran akan diambil pada matapelajaran teras iaitu matematik moden, matematik tambahan, kimia, fizik dan biologi. 3 matapelajaran lagi akan dipilih daripada matapelajaran lain.


menurut sumber yang boleh dipercayai ( kakak aku yang merupakan kauselor sekolah ), kali ini kredit hanya akan diambil daripada 4 matapelajaran sahaja. matapelajaran wajib adalah matematik moden, matematik tambahan dan kimia. 1 lagi kredit akan diambil daripada matapelajaran fizik atau biologi. bagi gred A+ akan mendapat 25 markah. manakala bagi gred A akan mendapat 23 markah. markah bagi gred seterusnya akan berkurang dari 1 gred ke 1 gred yang lain. markah akan dikumpul dan dibuat ranking pelajar.

kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM, belajar rajin-rajin tau. semoga anda semua dapat menyambung pelajaran selepas SPM.

nota : risau aku dengan adik lelaki aku sorang tu. muka macam tak ambil SPM je tahun ni. tak nampak bila dia belajar ntah. adoi..

Friday, September 24, 2010

kucing sesat


cuti raya hari tu kitorang satu family balik rumah kat kampung. balik-balik ada kucing ( dalam gambar ) duduk bertenggek dekat rumah. tak tau siapa punya. sampai keesok dan esok dan esok lagi, kucing tu bertapa lagi dekat rumah. dah la kerjanya asyik tidur aje. memang sangat pemalas. makan pun taknak. nak makan kerang je. penat tau nak kupas. pelik punya kucing.

setelah berapa hari jadi tanda tanya, akhirnya persoalan terlerai jugak. rupanya dia adalah kucing jiran aku. namanya momot. setelah diselidik, momot tidak suka duduk di rumah sendiri. alasannya rumah dia banyak kucing. dia berasa terancam dan rimas. jadi dia lebih suka duduk rumah aku sebab tiada kucing lain yang boleh jadi pesaing.

segala kucing lain yang cuba menumpang kasih di rumah aku dihalaunya pergi. suka hati dia je. macam la rumah dia. dah la muka je baik. tapi sangat garang. berapa kali aku kena cakar. sekarang ni ktorang dah x ada kat rumah tu, mana la pulak dia bermaharajalela agaknya.

Thursday, September 23, 2010

menu raya

raya dah nak habis. tapi baru nak cerita pasal raya. bukan apa, walaupun raya dah 2 minggu, tapi suasana tu kena rasa lagi. =p

raya hari tu, yang paling aku suka makan adalah sambal tahun. rupanya lebih kurang gambar bawah ni.




sambal tahun ni tak siap lagi. lupa pulak nak ambil gambar dah siap. excited sangat nak makan. separuh periuk tu je penuh dengan cili api dengan lengkuas. tinggal tambah dengan kerang dengan santan. memang pedas giler. cuma makan kerang je pun da kena cari air. tapi tu la orang kata, makin pedas, makin sedap kita nak makan. sapa yang tak tahan pedas, memang kena cari tandas je la jawabnya.

raya tahun ni, pertama kali kitorang buat lemang. dekat tempat aku ni memang tak jumpa la lemang sebelum-sebelum ni. aku pun tak tau kenapa. mungkin orang situ tak makan lemang kot. orang jual lemang pun tak ada tepi jalan. tapi aku tengok tahun ni, banyak pulak orang jual lemang. so, apa salahnya kitorang mencuba kan.

pagi-pagi semangat pergi market beli buluh. dah siap letak daun sekali. ayah aku yang buat. sebab dia kata muda-muda dulu pernah jugak buat lemang sekali.

" begini ye anak-anak cara masukkan pulut dengan santan dalam buluh.." kata abah yang membei tunjuk ajar.


anak-anak pun dengan gigih ikut apa yang diajar. abah memantau dari belakang.
* harap maaf. gambar abah sedikit seksi pula..



hasilnya, dapatlah yang ini. cukupla nak bagi sedara mara sikit sorang. tapi, ada la dalam 3 batang hangit. keras sangat. nak potong pun tak boleh. haha.

apa password aku??

kelmarin aku punya lah semangat bukak website tv3. niat ni nak tengok cerita epilog syurga cinta. yela, minggu ni kan minggu last. aku follow cerita ni dari awal. tak kan la nak miss ending pulak. tak boleh. tak boleh. rugi nanti. tapi, bila aku bukak je. kena log in. alamak. apa username dengan password aku? dah berpuluh kali aku cuba log in. tapi, semuanya mengecewakan. selama ni aku save password tu. bila bukak je terus klik kat butang log in tu. memang la dah lupa apa passwordnya. tapi, bila dah format laptop ni, semua tu dah tak ada. uwaaa.. sedih tau. aku nak tengok jugak cerita tu!!!

pening dan pening dan pening

untuk semester depan ada perancangan buat trip pergi acheh. untuk buat research tentang development disaster. memang pening kepala aku nak fikirkan masalah kewangan. manalah aku nak korek duit. simpanan aku cuma cukup untuk perbelanjaan harian je. kalau habis aku keluarkan untuk bayar semua tu, memang aku dah tak ada duit belanja lagi nampaknya. nak mintak dari parents pun, mungkin susah. maklumlah, aku bukan datang dari keluarga yang senang. lagi-lagi akak aku nak kahwin hujung tahun ni. belanja memang banyak. memang pening aku nak fikir semua ni. terlalu banyak nak kena fikir. sampai aku sendiri dah tak larat lagi.

Wednesday, September 22, 2010

aktiviti raya

aktiviti yang selalu buat waktu raya :
  1. makan sampai tak ingat dunia. semua benda nak makan. dari yang pedas, berminyak, kacang-kacang, jeruk, air gas. semua tibai. lepas makan, makan. dan makan lagi. dekat rumah sendiri makan. dekat rumah orang pun makan lagi.
lepas raya :
  1. berat naik mendadak. tak reti nak turun-turun dah.
  2. batuk tak berhenti-henti. dah habis macam-macam ubat. dari yang cecair, sampai yang pil, sampailah petua tradisional. langsung tak elok-elok. 

pening lagi tension

lepas raya ni memang waktu-waktu yang menakutkan aku. banyak sangat kerja yang kena siapkan. sampaikan bila dah terlalu banyak dan penat nak fikir, jadi malas nak buat apa. mood terus hilang. sekarang ni sibuk kena siapkan tutorial law. memang memeningkan betul. kenapalah aku kena belajar law ni. memang aku tak minat langsung. mana la aku rajin nak membaca artikel-artikel yang panjang berjela. dah la tu, tak faham pulak.

sesiapa nak tolong buat ke? haha..

Tuesday, September 21, 2010

UPSR dalam ingatan

pagi tadi, on the way nak pergi stesen bas, sempat dengar radio.. baru sedar yang rupanya hari ni mula UPSR.. maklum lah, dah tak ada adik-adik yang dekat sekolah rendah.. so, dah tak berapa ambil tahu kisah-kisah sekolah rendah ni.. 

bila diingat balik, dah lama rupanya aku dah habis UPSR ni.. aku ambil UPSR tahun 2001.. maksudnya, dah 9 tahun berlalu.. lama, memang lama.. padahal dulu, aku tak pernah ambil kisah pasal UPSR ni.. anggap macam tak penting je.. memang tak ada kesedaran betul.. yang aku tau, g sekolah, balik sekolah.. g kelas tambahan, balik kelas.. g main.. g jalan-jalan ngan kawan-kawan.. belajar sendiri memang jauh panggang dari api.. cikgu kata esok exam, suka.. sebab tak payah susah-susah pergi sekolah bawa beg besar lagi berat.. bawak kotak pensel cukup..

kan best kalau exam sekarang macam exam UPSR je.. tak payah pening-penig kepala.. haha..