Thursday, March 10, 2011

aduhh..boleh pulak jerit kuat-kuat..malu wehhh..

tempat : times square
spesifik tempat : booth magician

situasi

3 beradik berjalan-jalan di times square. si bongsu singgah di booth magician. kerana teruja dan minat, si bongsu memanggil kakak-kakaknya (A & B) untuk melihat sama. kakak B yang selalu excited menyuruh ahli silap mata itu membuat demo. satu demo ilusion telah dibuat.

si ahli silap mata mengeluarkan satu alat kecil. alat itu digoyang-goyangkan sehingga keluar syiling. lalu syiling itu diambil dan diletakkan di tangan si kakak B. kakak B dengan excitednya melihat tangannya lalu terlihat SEEKOR LIPAS, bukan syiling. dengan spontannya satu jeritan yang sangat kuat dan nyaring telah dikeluarkan. bergema satu times square. habis semua orang berhenti tengok.

~tamat~

aduhhh..malu wehh orang semua datang dekat tengok..nasib baik adik sendiri..

~kakak A, si bongsu, kakak B~

4 comments: