Saturday, March 19, 2011

kerudung ungu giveaway 2011

aku tengok banyak blogger buat give away.. aku cuma tumpang join je lah.. ^_^ kali ni give away dari mama kerudung ungu..



siapa-siapa nak join, boleh klik banner dekat atas ye.. sampai 28 mac je constest ni tau.. boleh dapat hadiah comel-comel nanti.. ^_^ jom ramai-ramai memeriahkan giveaway mama kerudung ungu..



butik pengantin terbaik

kenapa tiba-tiba keluar cerita butik pengantin ni? nak kahwin kah? haha.. tidak lah.. belajar tak habis lagi, nak kahwin macam mana..

sebenarnya cerita ni dah lama..akhir tahun lepas.. cuma tak tertulis-tulis je.. aku suka butik pengantin ni. bukan butik mewah pun. kedai biasa je.. dekat atas kedai baiki motor pulak tu. dah la tu tak ada signboard kedai lagi.. mula-mula nak masuk pun was-was je.. tapi sebab dah pernah tengok servis dia, memang yakin 100%..

oh, lupa pulak.. yang nak kahwin tu akak aku.. jom tengok baju-baju, make up and pelamin dia.


nikah






hari bersanding.. baju leret lagi...

ni dekat belah lelaki.. dekat port dickson. dari nikah sampai habis, semua baju nak leret je..


seriously cantik and murah.. pilih je baju mana-mana yang dia sediakan..tak ada charge tambahan pun.. cuma buat baju baru je tambah rm100.. tapi tiap kali pergi kedai dia je, mesti ada baju baru punya lah..

hahaha.. dah macam buat iklan pulak..





Friday, March 18, 2011

random giveaway part 2 by nisa menaip

banner GA 2

wah..ada give away la.. ni yang nak join ni.. jom semua join jom.. boleh klik banner dekat atas kalau nak join.. :)

give away ni dianjurkan oleh cik Nisa Menaip.

cepat ramai-ramai join jom.. sebab give away ni tutup pukul 12 malam ni..

faktor rakyat tempatan kurang menjadi buruh binaan

https://spreadsheets.google.com/embeddedform?formkey=dDlKaHFGQV81UmlFTmM3dTM2cE0zYlE6MQ

sekarang ni aku tengah buat thesis. tajuk yang aku buat, faktor rakyat tempatan kurang melibatkan diri menjadi buruh binaan. dah nak kena hantar..so sekarang ni kalau boleh nak dapatkan sikit lagi data..

please, tolong klik link dekat atas untuk jawab survey.. tak lama pun,.kejap je.. :)

bila kucing bangun tidur

tiga ekor anak kucing tengah tidur lepas kenyang menyusu. pendek, putih dan labu. pendek dah mula terjaga sedikit.

pendek dah bangun. turun lantai dan duduk termenung. masih mamai mungkin.

lepas tu.."iyyyaaaaahhhh.." mula bersenam...habis tonggek bontot..


anak-anak kucing ni kurus.. tak tau kenapa.. makan banyak.. minum susu banyak.. mungkin banyak main jugak kot.. entahlah..


high heels baru..^_^


gembira. suka. seronok. bila dapat beli high heels.. ni beli secara tak sengaja tau. jalan-jalan dekat jusco.. konon nak cucuk duit.. tiba-tiba nampak perkataan sale merata-rata. kononnya nak try je.. sekali ada pulak yang terbekenan and selesa pulak. lagi-lagi murah.. rm34.90.. terus lah sambar.. ^_^

alasan beli, konon nak praktikal. kena la beli kasut. sekali kena pergi masuk site nanti, tak ke naya kalau pakai heels tu. haha.. padahal memang hantu kasut.. mati lah balik rumah nanti.. mesti kena bebel dengan mak and abah tengok kasut berlambak-lambak..

ps : hari tu dalam seminar kata, nak jadi professional, heels paling kurang 2 inci kena pakai..

Wednesday, March 16, 2011

aduhai period pain..



period pain atau senggugut. memang dah selalu dengar. tapi tak semua perempuan rasa period pain ni. ada yang beruntung sebab tak kena. ye lah.. sakit kot.. tak larat nak tanggung..

bila period pain je mesti rasa :
  1. sakit perut tu mesti la kan.
  2. loya and muntah-muntah.
  3. sengal-sengal seluruh badan.
  4. tak lalu makan and minum.
kalau dah macam tu, mula la guling-guling atas katil. dulu aku selalu la macam tu. nak kata tiap bulan. tapi sekarang ni makin lama makin kurang. sakit tu tetap sakit. cuma tak seteruk dulu. :)

tapi sekarang ni bila period pain agak mula kurang, mula tak ada mood pulak bila nak period. so, sorry ye dekat sape-sape yang terasa hati dengan aku.. ^_^

nak tips mengurangkan senggugut : klik sini.

Tuesday, March 15, 2011

3 ekor anak kucing comel

punya lah lama tak balik rumah dekat sg tengi selatan tu.. sekali tengok anak kucing dah ada 12 ekor.. sukaaa sangat.. tapi yang 3 je dah besar sikit.. yang laik baru seminggu lahir.. semua kucing comel sangat.. ^_^ tapi dorang tengah sakit mata.. T.T


ni putih. dia tengah cuba nak melompat turun.

putih dah turun. dah main dekat laman rumah.

ni pendek. panggil pendek sebab dia yang paling kecik and ketot antara 3 beradik tu.

ni mak dia. mak dia ni memang pantang sangat kalau anak dia main dekat luar. mula panggil bawak masuk rumah balik. kalau degil jugak, boleh dia pergi gonggong anak dia naik. dah besar kot anak-anak dia..


note : lagi sekor tak ada pulak gambar time main ni. aktif sangat. asik gerak je. lagi sekor namanya labu. ^_^

kuala lumpur - dungun


jauhnya jarak kuala lumpur ke dungun.. tak boleh dekat sikit ke.. teringin sangat nak pergi sana.. sebab? adalah yang special dekat sana.. ^_^ tapi jauh sangat tu.. kalau ada modal tak apa.. T.T

nak pergi pun bukan boleh ikut jalan biru tu.. kena lah ikut jalan yang betul.. ikut highway dari kuala lumpur - genting sempah - temerloh - kuantan - dungun.. ( tu je tempat yang aku tau kena lalu.. aku ni buta jalan..huhu )

ni lepas ni aku dah balik sekinchan, lagi jauh.. nak tau sekinchan tu dekat mana, nampak tak kuala selangor kat peta tu.. lebih kurang 45minit dari situ.. elok la.. dari pantai ke pantai.. =p

nak jadi pelajar cemerlang?

oh tidak!! tinggal 14 hari je lagi nak hantar first draft thesis.. 14 hari = 2 minggu je lagi..? harus lah kena pecut dah sekarang ni.. mati kalau tak siap.. tak pasal-pasal konvo tahun depan kang.. tak ke naya..



ada gaya muka risau tak?


tak apa.. bak kata pepatah melayu, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih". tapi aku ni yang mana? macam mana nak jadi pelajar cemerlang macam ni.. =_=

Monday, March 14, 2011

hadiah mengejut, aku terkejut


jom kenal-kenal dengan owner blog dekat atas. cik beyla. tak perasan pulak jadi follower cik beyla yang ke 100.. so, beliau dengan baik hatinya ingin memberikan aku topup RM5..^_^ thanx cik beyla..

1st GA - I Lurve My Mum So Much

malam ni nak join contest "i lurve my mum so much" pulak..sebab sayang sangat dekat mak, so teruja nak buat entry ni..




contest ni anjuran : lurvely amiera


kalau nak cakap pengorbanan mak ni, banyak sangat..tiap kali balik atau tak balik, ada je pengorbanan yang mak buat.. paling ingat sekali, waktu aku injured sebab kena sambar api.. mak aku jaga aku..suapkan makan..tolong mandikan..sapu ubat semua.. sedih bila mak cakap, sehari before kejadian tu, mak aku tak sedap hati.. tak boleh tidur satu malam..rupanya ada benda tak elok nak jadi dekat anak dia.. dengar berita terus datang batu pahat dari jengka waktu tu.. tengah malam sampai..sampai rumah balik pagi-pagi buta.. walaupun dah bertahun berlalu, aku x boleh lupa benda tu..



gambar ni pun waktu mak aku teman pergi buat passport.. naik bas jauh-jauh sebab x ada transport..kena jalan pusing-pusing lagi cari tempat tak jumpa-jumpa.. campur hujan lagi.. nampak muka mak penat..sayang mak sangat-sangat.. terima kasih mak..^_^

aku nak tag semua yang baca post ni..jom join contest ni jom.. ^_^

Sunday, March 13, 2011

ingat gentleman sangat..tak la pun...

jumaat hari tu aku balik rumah. naik ktm dari kl sentral. aku pun masuk la koc wanita.. harus menggunakan kemudahan untuk wanita.. dah masuk, nampak someone masuk. gaya sebijik lelaki. nampak lah pengkid. dalam hati aku.."la..sedar lagi rupanya yang diri tu wanita." haha..jahat fikir..

duduk dalam tu aku perhati je.. bukan terpikat okeyh.. geli aku.. aku memang suka perhati gelagat orang.. pedulik la dia persan ke tak.. haha.. aku tengok, pengkid ni nak bergaya.. jeans besar..tshirt kat dalam.. kat luar kemeja cutting lelaki.. pakai cap yang dikebelakangkan.. tapi, sorry to say..selekeh okeyh..nak bergaya pun kemas-kemas la sikit..

dah lama tu, ada la seat kosong..dengan tak gentleman nya, terus duduk and tak menghiraukan orang lain yang ramai berdiri.. dalam hati aku.."la..macam perempuan lain la jugak..tak la gentleman pun.." siyez aku jahat mengutuk je kerja..

sampai stesyen serendah, ktm tu terlajak parking la pulak..reverse balik..kelakar pulak rasa bila ktm reverse..haha..