Wednesday, April 27, 2011

tabung boleh berubah wajah


hari tu kawan aku mintak tolong conteng-conteng dekat tabung bear yang kosong. nak bagi orang. takut jugak nak conteng. takut tak cantik. tapi sebabb dah lama, lukis je lah.



ini gambar sebelum. putih lagi suci dan bersih



dan ini selepas.
-
-
-
-
-
haha.. sumpah macam apa je. itu je lah yang mampu aku buat. terketar jugak lukis atas benda alah tu. selalu lukis atas kertas. guna pensil. yang ni atas plastik, guna marker. salah pun boleh padam. guna perfume. haha

high heels yang sangat menggoda yang sebabkan tak boleh nak tidur

waahhh..aku tengah gila kasut sekarang ni.. sangat-sangat nak beli kasut banyak-banyak. yang cantik-cantik. tadi tengok kasut online, geram sangat. banyak sangat yang cantik-cantik. mata dah macam apa dah tengok kasut-kasut ni.

kat bawah ni antara kasut yang aku suka.







tapi yang paling suka, mestila yang first and yang last sekali. comelnya kasut colour pink..sweett sangat... ni baru dari 1 album. belum lagi tengok album yang lain-lain. ada 2000 kasut boleh pilih tau. kalau tak percaya, meh klik sini.

tapi aku takut nak beli kasut online ni. takut tak selesa and takut tak kena size. siapa ada pengalaman beli kasut online ni? boleh kongsi sikit..

Tuesday, April 26, 2011

buah nam nam yang mengecurkan air liur

pagi-pagi, teringat buah la pulak. sedapnya dapat makan buah yang boleh cicah dengan sambal kicap. yang masam-masam. sampai kecur air liur. ^_^

buah yang bermain-main dekat kepala otak sekarang ni..
-
-
-
-
-

Buah Nam nam

buah nam nam
sumber gambar : sini

tahap pening yang maksimum

sekarang ni tengah minggu final exam. bagi sesiapa yang terlibat, mesti tengah pening-pening lalat baca nota semua kan.



muka aku dah macam kat atas ni dah. ouh. dah nak mati kepeningan. pening yang sudah sampai tahap maksima dah.

Monday, April 25, 2011

shiha mentor 5 candak - best



suka tengok shiha nyani lagu irama malaysia ni..best.. ^_^

dapat duit tanpa tingkatkan traffic blog

hari tu aku ada bagi tau yang aku dah boleh tebus mata ipanelonline dekat sini. and sekarang hasil tebusan tu dah selamat masuk dalam akaun. gambar bawah sebagai bukti.^_^

walaupun tak la sampai rm50, tapi bagi aku dah banyak sangat dah tu.


siapa yang belum join lagi, jom la join..daftar dekat sini.

buat header guna gimp 3

memang tak ada kerja buat header lagi. kalau cantik tak pe lah jugak. haha


ni header lama.

lepas tu edit jadi macam ni. guna gambar sama sebab malas nak crop gambar lagi. pelik pulak tengok burung tu dekat situ.

edit balik jadi macam ni pulak. haha.
seriously, tak reti nak letak nama blog tu macam mana. T.T

komen please. ^_^

berkelah tepi jalan pun seronok apa


ouh. tidak . sebab nak exam ni, blog terabai. update pun benda ntah apa-apa. blogwalking pun kurang. komen dekat blog orang lagi kurang.

hari ni hari isnin. (semua orang tau dah. -_-') maksudnya 3 hari lagi nak jumpa first paper. MEASUREMENT. seriously dah belajar dari awal sem, sikit pun tak paham. inikan lagi nak pahamkan dalam masa 3 hari.


lagi ceria muka tukar tayar pancit dekat tepi jalan tu. tapi memang la. bukan aku yang tukar pun. -_-' setakat duduk berkelah bentang tikar tu boleh la.


sekarang ni dah tak ada dah istilah study smart. harus dan wajib study hard. biar tak tidur malam. boleh tidur siang.

Sunday, April 24, 2011

tabiat pelajar berdedikasi

~kehidupan sebagai seorang pelajar yang berdedikasi mengulangkaji pelajaran, sehingga sanggup mengurangkan tabiat berblognya semata-mata untuk mengulang kaji pelajaran.~


adoih..banyak la berdedikasi. hari ni tak ada mood langsung nak study. nak berblog pun tak ada mood. walaupun tak ngantuk, tetap nak lelapkan mata. mati lah exam kali ni. -_-'



dah boleh tebus duit dekat ipanelonline

baru berapa minggu aku join ipanelonline ni. tak sangka dah boleh tebus mata. ^_^

status aku tengah menunggu pengesahan untuk masukkan amount ke dalam akaun paypal. ^_^

siapa yang nak join, jom daftar cepat dengan ipanelonline.