Friday, November 25, 2011

bila office sunyi dan sepi

jam menunjukkan pukul 6.30 petang. sudah habis waktu pejabat. tetapi aku still ada duduk dekat pejabat ni. bersorang-sorangan. borink sungguh. ada yang nak teman tak? heeeee..

jelous betul tengok orang lain semua dah balik. mungkin sudah baring-baring atas tilam yang empuk.tapi aku dok gigih isi borang tender. mata aku dah penuh dengan nombor je..fikir harga je. so, jangan salahkan aku kalau lama-lama aku jadi mata duitan. haha.



kata hati : aku sangat penat. penat otak. time study pun tak penat otak macam ni. T__T

yeay..dah ada watermark

hari ini bersamaan 25 november 2011, aku mengisytiharkan aku sudah buat watermark. kecoh je kan. orang lain dah lama ada. haha.


ini lah dia. walaupun tidak lah secantik orang lain punya, tapi aku tetap bangga dengan hasil tangan sendiri. lalala. 

kasi try sikit. haha. alaaa..kat mana nak letak watermark ni ye. tak reti la pulak nak letak dekat bahagian mana. heeee.

Thursday, November 24, 2011

diet oh diet

walaupun berat badanku sudah naik secara mendadak sejak aku habis belajar ni, tapi aku tidaklah kisahkan sangat. sebabnya, aku memanglah suka makan. duduk rumah tak tahu buat apa. maka, pergi dapur, carilah makanan. walaupun agak malu bila berat sudah sama dengan berat pakwe sendiri.. kang kalau pengsan sape nak angkat.  =__="

tetapi, malang sekali bila aku mula bekerja, aku tiba-tiba berdiet. berdiet sebab tak makan tengah hari. kasihan perutku. terpaksa mengeluarkan bunyi-bunyi. tetapi disebabkan sifat kemalasan untuk keluar membeli makanan lebih tinggi daripada tahap kelaparan, terpaksa tahan lapar juga. bila balik je rumah, terus melantak makan. ^_^. tapi kalau balik malam, maka malam la baru jumpa nasi. T__T

adakah suatu hari nanti aku akan bertukar jadi macam ni? =p

ragam si cilik menggayakan gaun pink

nampaknya dah seminggu jugak lah anak buah aku si cilik HANA MUSTIKA balik Port Dickson. rindu pulak dengan gelagat si cilik tu. jom tengok gelagat si cilik hana mustika jom pakai gaun untuk pertama kalinya..


mata menjeling dekat orang yang pakaikan dia gaun.


mengembangkan hidung sebab bangga dapat pakai gaun


 mula terdengar suara-suara merdu yang mengatakan dia nampak gugurl bila pakai gaun.


ala..jangan la puji-puji. tika malu. ^_^

kata hati : aku sudah pening dan mahu pengsan. kerja banyak. belum siap satu, datang lagi satu. grrrr..

Wednesday, November 23, 2011

akhirnya, aku dah ada contact lens baru. yeayyyy. suka suka dan suka lagi. 


seee. ada 5 pasang semuanya. tapi tidak lah aku pakai 5 pasang tu semua. aku punya cuma 2 pasang sahaja. lagi 3 pasang itu, kakak dan adik ku punya. 

aku beli ni daripada coolshoppe lensmurah.sebab waktu tu ada promotion, 
buy 4 + 1 free lens + 5 lens case + free postage = RM75. 
maka kami 3 beradik laju-laju lah pergi beli. ^_^
 ini kira-kira blue. kaler biru dia tak nampak sangat. kalau dekat cahaya baru nampak sikit-sikit. siapa yang tak mau kaler yang obvious, boleh la try yang ni. 

ini pulak, dreamy-i brown. yang ni nampak pelik sikit sebenarnya. huhu. cuma dalam gambar tak nampak sangat.

lens lain yang kitorang beli : bod. one black lens. yang ni sumpah cun!!
and lagi satu, barbiedoll 400 grey. yang ni tak boleh komen sebab empunya lens nya belum pakai lagi. :)

kata hati : terasa nak beli lens lagi la..hiiiii..


Monday, November 21, 2011

fuhhhh. aku lemas

^__^  => muka senyum tengok blog.

muka senyum sebab kembali berblogging setelah seminggu "melancong" keluar daripada negeri blog sayanuranis. aku tidak berblogging bukanlah bermaksud aku pergi bersuka ria melancong dan bercuti. tetapi disebabkan aku sibuk mencari rezeki untuk memenuhkan tangki minyak kereta serta tanki perut sendiri..



inilah dia orang meja yang penuh sampai kena campak kertas atas lantai. =p

kata hati : otak pusing lagi berputar-putar dah tepu seperti lemas tidak boleh bernafas.