Friday, March 23, 2012

kenapa sanggup lari ikut kekasih?

sekarang ni makin banyak kes pelajar perempuan lari ikut kekasih.
sampai orang naik bosan nak baca berita macam ni.


tapi salah siapa semua ni jadi?


budak-budak yang terlibat ni banyak budak sekolah.
masih muda sangat.
tengok orang lain bercinta, 
nak bercinta juga.


tapi kalau nak bercinta pun, berhati-hatilah memilih pasangan.
adakah pasangan itu betul ingin menjaga kita.
ataupun pasangan itu hanya ingin mengambil kesempatan semata-mata.


mungkin alasan mereka, tension dekat rumah.
asyik kena marah je dengan mak ayah.
kena buat itu kena buat ini.
nak buat apa-apa pun, kena halang mak ayah.
 kadang-kadang mereka ingatkan mak ayah tak sayangkan mereka.


mula bercerita dengan teman lelaki yang kononnya penyayang sangat.
 dik, kalau lelaki tu baik, dia takkan suruh adik lari rumah tau.
kalau lelaki tu baik, dia akan suruh kita hormat orang tua.
kalau lelaki tu baik, dia tak kan bersekongkol nak tolong kita lari dari rumah.
kalau lelaki itu baik, dia akan sentiasa bagi kita nasihat yang ibu bapa adalah segalanya.


mak ayah mana yang tak sayangkan anak.
macam kes siti nur fatiha tu, 
mak dia dah pun maafkan dia.
walaupun mak dia malu besar.
tapi tetap memaafkan anak.


jadi, untuk peringatan sendiri dan semua,
berhati-hati dalam sesuatu perkara.
berfikir dahulu sebelum berbuat sesuatu.

Thursday, March 22, 2012

cara download cerita korea, jepun dan taiwan.

sekarang ni tengah mood download cerita korea dan jepun.
kalau masa belajar dulu, boleh mintak dari kawan-kawan.
sekarang ni, tak tau nak minta dari siapa.
nasib baik jumpa website untuk download cerita-cerita ni secara percuma.
yeay...barang percuma memang seronok.


website : doroma x264

nilah website yang selalu aku guna.

nampak tak kotak merah dalam gambar tu?
ha...tekan je yang mana nak.
drama ada..
movie pun ada.
tak pun search je tajuk yang korang nak dekat kotak search tu.



nanti akan keluar link macam ni.
selalu aku guna mediafire.
klik je link mediafire tu by episod.
lepastu download.
^__^


selalu play guna VLC..

siap download drama jepun yang terbantut

maka hari ni selesai juga download.
seronoknya tak terkata.


tak sabar nak tunggu malam nanti nak tau kesudahan cerita ni.
nak tengok kat office ni boleh je.
tapi tak syok la tak boleh nak bukak volume sesuka hati.
kang kena hambat dengan bos.
naya je. haha


suka tengok cerita ni sebab hero dia takuya kimura.
dah jatuh cinta dengan dia.
(hakhak. geli wehh)
serious suka tengok dia berlakon.
start cerita good luck.



ini lah takuya kimura.


sekarang tengah cari lagi cerita-ceria dia.
nak buat stok.

lagi-lagi lari ikut pakwe

bila baca kes budak nama siti yang konon-konon kena culik tu,
geleng kepala je.


baik punya berlakon kena culik kan.
rupanya nak duduk rumah teman lelaki.


dik, kalau nak lari sangat, ikut lah dik.
tak payah nak buat cerita kena culik.
tulis je surat cakap nak lari.
malu mak bapak dik.
satu malaysia risau.
bila jadi macam ni, tak sanggup mak bapak nak keluar rumah.
sebab malu ya amat sangat.


seriously tak faham kenapa sanggup nak lari ikut teman lelaki.
orang lain bercinta jugak.
tak ada sampai nak lari ikut lelaki.
dah banyak kes macam ni jadi.

Wednesday, March 21, 2012

hala tuju selepas SPM

result spm dah keluar.
kepada yang berjaya, tahniah.
kepada yang tak berjaya, tak apa.
tutup buku lama, bukak buku baru.


jadi, kemana hala tuju selepas spm ni?


pertama sekali, lihat keputusan spm anda.
cuba lihat dan search kelayakan yang anda ada untuk memohon sesuatu bidang ataupun tempat belajar.
untuk memohon sesuatu bidang, berapa kredit yang diperlukan.
apa kelayakan yang mereka inginkan.
cuba bandingkan dengan keputusan anda.


kedua, pilih bidang yang betul.
kenali minat dan kecenderungan anda sendiri.
pemilihan bidang ini satu jalan untuk masa depan anda.
lihat juga peluang kerjaya untuk bidang tersebut.
adakah peluang kerjaya yang cerah ataupun sudah ada lambakan siswazah yang menganggur menunggu peluang pekerjaan di dalam bidang tersebut?


ketiga, bawa berbincang.
berbincanglah dengan mak ayah dan adik beradik.
jika ada kenalan yang mempunyai pengalaman dalam bidang yang ingin anda pilih, itu lebih baik.
malu bertanya, sesat jalan.


update yang keempat, daripada kazman/sue.
teruskan semangat menimba ilmu walau dimana sahaja.
bila diri dah tekad nak sambung belajar,
teruskan semangat dan usaha.
jangan terlalu gembira dengan kecemerlangan sekarang.
tak semestinya bila hebat spm, anda akan terus berjaya di menara gading.
tiada usaha, tiada kejayaan.


p/s : apa pun, jangan lupa isi dan kemaskini borang upu dan borang-borang permohonan untuk sambung belajar ye.

jangan marah-marah

keyword pilihan blog ni hari ni adalah
jangan marah-marah


kelakar pulak rasa.
mungkin orang yang search ni tengah bergaduh ke.
tak pun tengah cari cara-cara hilangkan perasaan marah.
sama ada untuk diri sendiri mahupun orang lain.


marah-marah ni memang tak berapa elok kan.
ada orang jenis yang cepat naik angin.
ada orang jenis yang susah nak naik angin ni.
ada jugak orang yang bila naik angin, tapi cepat je reda.
ada pula orang yang bila dah naik angin, fuhhh..susah betul nak reda.


lain orang lain perangai kan.
tak semestinya si pemarah itu jahat.
tak semestinya juga si susah pemarah itu baik.

terbantut.

sekarang ni tengah layan cerita engine.
cerita ni drama jepun.
sebab takuya kimura berlakon cerita ni.
tu yang semangat je nak tengok tu.


tapi beberapa hari ni internet slow ya amat.
maka dapat tengok sampai episod 7 je.
episod lain, tak boleh-boleh nak download.
sobs sobs.
terbantut habis semangat.

Tuesday, March 20, 2012

baru ku tahu pengacara JJCM dah bertukar

baru ku tahu rupa-rupanya jalan-jalan cari makan dah bertukar pengacara.
bukan lagi qi razali.
kalau tak silap, shiha dengan sape entah.
lupa pulak.


seriously sejak maria tunku sabri dah tak jadi pengacara jalan-jalan cari makan,
hilang minat nak tengok cerita tu.
tengok pengacara lain,
semua tak boleh tandingi maria tunku sabri.
bila dia makan, buat perut jadi lapar.
cara dia komen makanan tu pun best.
sebab tu sekarang jarang sangat tengok jalan-jalan cari makan.

tak boleh tengok ikan patin

gendang gendut tali kecapi.
kenyang perut suka hati.


akhirnya berjaya juga mengenyangkan perut sendiri.
walaupun tadi teringin nak makan kari + ayam goreng.
tapi bila tengok lauk pauk,
tetiba terambil lauk lain.


aku memang pantang tengok ikan patin masak tempoyak.
mesti nak rembat seketul.
kalau boleh nak ambil bahagian kepala.
sedap wehhh.
tapi batalkan niat, lalu ambik bahagian badan.
yang penting mesti ada bahagian lemak.
baru syokk.


tapi masakan ikan patin masak tempoyak dekat sungai besar ni,
tak lah semebeles dekat pahang.
tapi tidak ku kisah.
selagi ia masih ikan patin masak tempoyak.
selagi ikan tu tak hanyir.
memang makan dengan laju sekali.


sesudah kenyang,
mata pula jadi layu.

kelaparan tahap maksima

kalau tahap kelaparan dah sampai ke tahap maksima.
memang bagi impak maksima jugak lah kan.
kerja memang langsung tak sentuh.


tiba-tiba terbayangkan..
nasi putih, kuah kari, ayam goreng, sambal belacan.
sedapnya wehhhhh.

keputusan SPM 2011

keputusan SPM keluar esok kan?
seronoknya...
harus berasa seronok sebab bukan diri sendiri yang nak ambil keputusan.


adik-adik yang nak ambil keputusan esok ni mesti berdebar-debar.
mungkin ada yang makan pun tak lalu.
tidur pun tak lena.
dengan family-family sekali ikut berdebar-debar.


kalau zaman belajar dulu.,
time keputusan nak keluar ni la benda yang paling ditunggu-tunggu.
nak tengok habuan usaha yang dah kita buat.
kalau keputusan bagus, memang seronok sangat.


tapi kalau keputusan tak bagus, 
memang sedih lah kan.
tapi nak buat macam mana.
terpaksa terima juga.
kita tak boleh nak ubah dah keputusan tu.
mungkin itu yang setimpal dengan usaha yang mungkin tak seberapa.


untuk adik-adik yang nak ambil keputusan SPM,
good luck ye.

Monday, March 19, 2012

jom hisap ibu jari kaki


anak sedara aku,
hana mustika dah mula nak belajar hisap jari kaki.
jenuh ditarik-tarik kaki dia tu.
kaki berat sangat.
payah la sikit nak tarik ke mulut.


sebab mummy dia kata, 
hisap jari kaki ni adalah salah satu perkembangan baby,
so, biarkan saje dia berusaha hisap jari kaki tu.

komen jujur untuk mentor 6

ihsan gambar dari mediasemasa.com


malam tadi sempat lah luangkan masa tengok mentor.
dekat konsert pengenalan ni la nak kenal-kenal dengan semua peserta.


dalam banyak-banyak peserta ni,
rasanya yang best protege ella dengan protege ramlah ram.
sebab tu lah dorang diletakkan dalam kumpulan yang berbeza.


walaupun mula-mula rasa kurang gemar tengok protege ella,
bila dengan suara, sedap jugak.
protege ramlah ram pun best.


yang paling kurang gemar, 
protege ogy.
apa ntah yang dia terkinja-kinja atas pentas tu.


mula-mula agak teruja tunggu protege faizal tahir.
tapi agak kecewa sedikit.
biasa-biasa saje.
mungkin ini konsert pengenalan kan.
belum habis berguru lagi dengan faizal tahir yang hebat tu.