Saturday, April 14, 2012

high heels oh high heels


ni salah satu keywords yang ada.

bolehkah dengan ketinggian 164cm pakai high heels?


sure orang yang sirch ni sama tinggi dengan aku.

dan dengan ketinggian 164cm, 
aku suka high heels.
lagi tinggi lagi cantik.
tapi tak ada lah bila nak jalan-jalan pakai high heels kan.
nak patah kaki?
pakai flat sudah.



tapi sekarang aku lebih gemar pakai wedges ini.
sebab ianya selesa.
walaupun berjalan lama, tetap tak sakit kaki.
dan boleh pakai waktu drive.


seriously, pernah try drive pakai high heels, tak reti wehhh.
tapi pakai wedges ni memang boleh pakai waktu drive.
kalau orang lain mungkin cabut kasut bila nak drive.
tapi aku tak reti lah nak drive berkaki ayam.
rasa pelik je kaki yang pijak pedal.


lagi satu, bila pakai wedges ni, tak payah susah-susah nak kedepankan kerusi.
confirm sampai nak pijak klac sampai habis.
^__^


untunglah dapat orang tinggi.
pakai kasut tinggi-tinggi pun confirm lebih rendah.

Friday, April 13, 2012

hadiah birthday untuk ayah

minggu lepas sempat celebrate birthday bapa tersayang.
seee..cerita minggu lepas diperam lama tau.
kes malas nak transfer gambar punya pasal.
-___-"


tapi tidak lah celebrate buat birthday party bagai.
setakat beli kek dan ditambah dengan air cendol beli tepi jalan.
tu pun sudah memadai.



kek untuk beliau.
kek ni sedap tau.
ala-ala coklat indulgance je.
tapi ni murah sikit lah kan. beza doploh ringgit je pon.
tengok bilangan lilin, dah boleh tahu umur beliau berapa kan?



setelah berpening kepala dan bergaduh adik beradik nak beli hadiah apa,
maka terbelilah kerusi mals boleh goyang-goyang ni.
share 3 beradik.
syok tau lepak atas kerusi ni.
sambil layan cerita tv.


abaikan bilik bersepah tu.
-___-"
 

menitik segala peluh dan keringat

fuhhh..panas wehhh cuaca pagi ni.
tadi sempat lah keluar pergi jkr sekejap.
konon-konon pergi pukul 9 lebih tu terasa sejuk lah lagi.
tapi pergghhhh..panas rupanya.


terpaksa pulak menapak jauh sebab parking penuh.
habis menitik segala keringat dan peluh.
habis terbazir segala lemak.
-___-"


itulah namanya orang yang mengada-ngada.
baru kena berjalan sikit dah merungut.
kena panas sikit dah bising.


cuba bayangkan orang yang memang kerja dekat tengah panas.

seperti ini.


agaknya panas dan peluh memang dah sebati dengan mereka kan.

Thursday, April 12, 2012

overtime overwork over dan over

sekarang ni mesti ramai tengah bersenang lenang dekat rumah kan?
tapi aku masih terperuk dekat office.
nama pun pekerja cemerlang, harus lah balik lambat kan?
-___-"


adat lah tu kalau quantity surveyor overtime.
siapa suruh dulu pergi ambik course quantity surveying kan?
tanggung lah sendiri.
hakhak.


walaupun kadang-kadang aku kena overtime,
tapi tetap bersyukur sebab kerja aku tak teruk sangat.
bila ada tender je jadi super busy.
tapi bila tak ada tender, sampai kepala otak dah buntu nak buat apa.
8 jam duduk office, hanya online semata-mata.
bila overtime pulak, bos tak pernah kedekut nak bayar ot.
tak ada lah rasa nak merungut bila kena ot ni.
sebab tu aku tak pernah rasa pressure kerja dekat sini.
^___^

eh eh..dia dah ada blog


tadi tiba-tiba terjeling satu gambar dekat kotak follower.
"ehhh..macam kenal itu gambar."
dengan rasa ketidakpuashatian, tengok lagi.
"sah. memang kenal itu gambar."
laju-laju tuju arrow dekat gambar dalam kotak biru tuh,
firdaus ahmad.
"sah...memang dia."


fine. boyfriend sendiri follow blog nih pon boleh terlepas pandang.
-____-"
ooo..senyap-senyap buat blog ye.


jom tengok blog dia jom.
blog baru je nih.
baru sekali update.



susulan gempa bumi acheh semalam

tengah syok-syok relax bercuti semalam,
tiba-tiba kecoh dengan gempa bumi dekat acheh tu kan.
seriously seram sangat-sangat.
bila amaran tsunami dikeluarkan, harus lah rasa cuak tu lebih tinggi.


seriously semalam siap ajak family pergi lari tau.
harus jadi begitu sebab rumah kitorang memang dekat sangat lah dengan pantai.
tak sampai 500 meter ponn.


walaupun kitorang nih dekat sungai besar,
dan selangor tak termasuk dalam amaran tsunami,
tapi waspada tu harus ada kan.
sungai besar dengan perak bukan jauh pun.
dekat sesangat.


tapi selepas amaran tsunami ditarik balik malam tadi,
baru lah boleh tarik nafas lega sedikit.
semoga tiada apa yang buruk akan terjadi.

usb handphone kena gigit tikus. cisss.


seee. siapa nampak kesan gigitan tikus yang baik hati tu.?
haishhhhh..bikin orang geram saje.
nasib baik lah sikit je dia gigit.
kalau sampai putus, memang kena sembelih lah tikus tuh.
bikin sup pun sodap.
hakhak.


disebabkan usb tu masih berfungsi dengan baik,
haruslah kena saletep kuat-kuat.
selagi boleh pakai, harus kena pakai.
jimat wehhh.
kumpul duit nak kahwin.
-__-"

Tuesday, April 10, 2012

jumaat ni cuti tahun baru india ke?

hari ni baru ku tahu yang esok cuti.
hakhak.
nasib officemate bagi tahu.
kalau tak melangu sesorang kat office.


and tadi akak aku cakap jumaat nih pon cuti jugak.
cuti tahun baru india?
betul ke?
ada sesiapa boleh bagi tahu tak?
kalau betul cuti, nak cakap dengan bos nih...
cuti wooo..sape tak nak kan.
^__^

Monday, April 9, 2012

apesal artis lelaki pendek-pendek dekat abpbh?

malam tadi memang syiokkk lah kan layan abpbh.
pengacara best.
persembahan ponnn best.
yang menang pon kira ok jugak.


malas nak congrats kat artis yang menang..
bukan diorang baca pon blog nih..
hakhak.


yang pasti, malam tadi aku tengok artis-artis lelaki macam pendek-pendek je.
lagi-lagi zizan.
sebab dia pengacara kan, haruslah tumpu kat dia je.


adakah sebab mereka memang pendek?
ataupun artis perempuan pakai heels terlebih inci?
tapi aku rasa sebab artis perempuan pakai heels terlebih inci kot.
lagi-lagi kalau siapa yang ada tengok heels didie alias.
tinggi mak datok wehhh.

blueberry cheese cake


waktu nak tempah birthday kek untuk abah hari tu,
sempat jugak rembat blueberry cheese cake ni.
tengok macam best je kan.
daripada kempunan, lebih baik beli saje.
^__^




bila keluarkan dari kotak, ini lah rupanya.
macam blueberry cheese tart je nih.
cuma versi besar gedabak.



dalam sekelip mata, tinggal suku je.
berebut-rebut dengan adik bujang aku tuh.
sedappppp tu...