Saturday, June 9, 2012

dahlia on air

kredit gambar : facebook on air


sekarang ni tengah layan rancangan realiti on air. best jugak. asyik tengok rancangan realiti nyanyian je. bosan juga. so, setiap hari diari on air hari rabu-sabtu, pukul 10 malam memang tak boleh tinggal. hari ahad pula pukul 10 malam, sesi penyingkiran.


antara semua perantis on air tu, aku sangat suka dahlia. kalau tengok time diari, dahlia ni nampak biasa je. bak kata aznil, dahlia ni kalau orang tengok dekat luar, orang pandang sebelah mata je. tapi bila depan kamera, dia sangat kebabom...ayat dia guna simple je. tapi sangat menarik. 


semoga dahlia akan terus berjaya. aku sokong dahlia. ^__^



Friday, June 8, 2012

sorang di sini, sorang di sana

sorang di sungai besar, selangor. sorang lagi di dungun, terengganu. jauh tu.. nak berjumpa memang jarang sangat lah kan. last sekali jumpa bulan 12 tahun lepas. kira kira, dah 6 bulan jugak tak berjumpa. T__T


tipu lah kalau tak terasa nak jumpa kan. tapi biasalah, kalau jaraknya jauh, perbelanjaan pun agak besar. masing-masing pun sibuk. insyaallah, kalau ada rezeki, boleh lah jumpa lepas raya nanti. ^__^


i miss him.


p/s : sekali sekala, entri meluahkan perasaan petang ni. ^__^

asyik tidur saje

hari ni jumaat. tapi langsung tak rasa happy. sebab esok kena kerja. -___-" haishhh. malas je rasa. walaupun cuma setengah hari, kemalasan tu tetap ada. bangun tidur, tengok semua orang relax kat rumah, siapa tak jeles kan? 


alkisahnya, minggu ni aku mengalami symptom-symptom mengantuk ya amat. sikit-sikit mengantuk. sikit-sikit mengantuk. tidur awal, pagi liat nak bangun. lunch hour tidur lagi. tak henti-henti mengantuknya. kesian dekat dia. tak dapat nak luangkan masa mesej-mesej.


tak boleh berterusan macam ni. kena hentikan symptom ni cepat-cepat. makin banyak tidur, makin bertambah rasa nak tidur tu. -__-"

river cruise melaka

dah sampai melaka, harus lah cuba naik river cruise kan. gerak dari apartment petang dalam pukul 5 setengah. tapi jem punya pasal, sambil nak cari parking lagi, nak dekat pukul 7 baru sampai. -___-" cuti sekolah lah katakan, berduyun duyun orang. 


sekali sampai dekat kaunter tiket tu, perghhhhhh.. ramai seyh... tapi gigih juga beratur. alang-alang sampai dah kan. aku pergi beli tiket, yang lain beratur siap-siap nak naik bot. jimat masa. ^__^  tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5.


 gigih berjalan nak pergi ke river cruise.
park kereta dekat mahkota parade, harus lah berjalan lebih sikit.


 sungai laluan bot.


 kami-kami sekeluarga.


 muka penat tunggu turn naik bot tak sampai-sampai.


 akhirnya, berjaya naik bot.
lawak la si bulat tu. apesal entah buat gaya gitu.


 pemandangan tepi sungai.


 lagi pemandangan.


rumah-rumah perkampungan tepi sungai ni seriously cantik sangat sangat.

Thursday, June 7, 2012

~ KAKLONG 1st GiveAway! ~


klik banner ye untuk join.
tutup 7 julai 2012.


diejek binatang di zoo

 siapa kenal binatang ni?
sekali lagi aku lupa namanya.
ungka kah ini?


ada kisah disebalik binatang ini dekat zoo melaka hari tu. macam biasa kitorang tengok-tengok binatang. binatang ni duduk kat kawasan primate island dekat zoo tu. ada sekor je binatang ni yang kitorang nampak. binatang ni duduk tepi longkang tu, sambil minum air. macam dalam gambar tu la. lama betul dia minum air. kitorang tengok sambil cakap-cakap.

"ishh..asyik minum je.."
"malas betul binatang ni.."
"ehh..apesal tangan dia panjang sangat tu.."
"scary nya tengok tangan dia.."


bitang tu cool je.. relax je minum air..yang kitorang ni duk lagi cakap-cakap sambil gelak-gelak. sekali tiba-tiba, "bahhhhhhh" binatang tu sergah kitorang. melompat menjerit kitorang semua. tapi bukan tu je. binatang tu pusing belakang, sekali dia tunjuk bontot kat kitorang. cissss. sebab terkejut, tak dapat ambik gambar. haha.


masa kitorang nak turun dari kawasan primate island tu, dia pun jalan jugak. serious, dia jalan macam mengejek kitorang. ciss lagi sekali. haha. tapi memang lawak. kalau nak tau, binatang ni 98% sama genetik dengan manusia tau.







jalan-jalan zoo melaka

sambung lagi kisah ke melaka ye. kali ni jalan-jalan ke zoo melaka pula. tiket masuk RM10 untuk dewasa. RM5 untuk kanak-kanak. 

mula-mula, ingatkan zoo melaka ni tak lah besar pun. sekali hambekkk kau. naik lenguh kaki jalan. nasib lah cuaca waktu tu tak terik. jom layan gambar je lah ye.


 aku, kakak dan anak dia. stroller ni wajib okey. siapa larat nak dukung si bulat ni sepanjang masa.


 belakang aku tu menatang apa entah. lupa pulak dah.


3 gadis? tidak.. ada mak budak kat situ. haha


persembahan gajah. comel sangat gajah-gajah ni. bijak tau.


si merak kayangan. eh eh. sama biru la. -__-"


 kami sekeluarga. 


 aku dan abah. depan rumah kancil.
serious sekor kancil pun aku tak nampak. haha. adik aku kata ada. mana entah dia nyorok.


galeri binatang.


lagi dalam galeri binatang. 
besar buaya tu. tapi patung je lah. 


mak abah yang kepenatan. hihi



 see. budak bolat ni pun dah lena. senang je bagi tidur budak ni. daddy dia sorong-sorong dalam stroller, lena terus. tu untung bawak stroller ni.


 menatang ni ada kisah tersendiri tau. 
next entry ok.
dah panjang sangat ni.




Wednesday, June 6, 2012

blog berwajah baru..^__^

hari ni terlebih rajin, sebab rajin sangat nak tukar wajah blog ni.
daripada merah, ke warna biru.
kata sekarang ni dah fall in love dengan biru kan.
harus lah guna warna biru sampai muak.
^__^


header pun dah bertukar rupa.
siap bunga-bunga lagi.
dah jadi minah bunga dah gayanya.
tapi macam ada yang tak kena je dengan header tu.
tapi malas nak edit-edit lagi.
lain hari lah pulak.

ditindih pukul 3 pagi

malam semalam, tengah-tengah syiokkk tidur, tetiba rasa ada sesuatu yang menindih. dalam hati, "hisyyy..benda apa lah pulak dok tindih-tindih ni.." dah la kena tindih. kena kacau-kacau pulak tu. dikuis kuisnya, di cubit-cubitnya badan aku nih. 


dalam mamai-mamai, gigihkan jugak buka mata. sekali ku bukak mata, "tikaaaa..buat apa ni..?" tika, anak sedara aku dah duk main atas badan aku. tengok jam pukul 3 pagi. boleh pulak dia bangun kacau orang lain tidur. kitorang semua memang bentang tilam tidur depan tv je. sejuk sikit.


entah macam mana entah dia boleh merangkak jauh-jauh.nasib baik dia tak merangkak pergi tempat lain. sabor je lah budak kecik sorang ni.


ni lah dia si budak kecik tu.

jalan-jalan muzium lebah

mula-mula hari tu, kitorang plan nak pergi taman mini malaysia dengan taman mini asia. sekali sampai je, under construction. bulan 9 nanti kot baru bukak. tak ingat pula. hampa je rasa. walaupun dah pernah pergi dulu, tapi terasa nak pergi lagi. dulu time kecik-kecik. tak berapa ingat sangat.


masa nak keluar tu, perasan ada signboard muzium lebah dekat depan taman mini malaysia tu. alang-alang dah sampai, apa salahnya singgah kan. bukan kena bayar pun. free


 lebah dan sarang.
lebah-lebah ni semua dah di awet dah ni.


 lagi sarang lebah yang unik.


 belajar tentang lebah.


 sarang lebah yang unik dan cantik.


 rasa madu lebah secara percuma.
ada macam-macam jenis tau.


 patung lebah.


pintu masuk.

Tuesday, June 5, 2012

penginapan murah di melaka

masa mula-mula plan nak pergi melaka hari tu, aku dah survey tempat penginapan awal-awal lagi. sebab kitorang nak pergi time cuti sekolah. haruslah ramai orang bercuti kan masa tu. nak survey ni pun makan masa. sebab ada benda yang kena ambil kira.

1. jenis penginapan - disebabkan percutian kitorang secara berjemaah, maka haruslah cari jenis apartment atau homestay. lebih jimat dan lebih meriah.

2. kawasan penginapan. -  aku memang cari kawasan yang dekat dengan bandar hilir. sebab senang nak jalan-jalan pergi bandar hilir. banyak tempat bersejarah tertumpu dekat bandar hilir tu. 

3. harga - bab harga ni, mestilah kita nak cari yang murah kan. lagi-lagi masa cuti sekolah. harga memang lebih mahal dari biasa.

4. kelengkapan tempat penginapan - yang ni kita kena juga tengok apa yang disediakan. berapa katil, berapa toto. kalau tak cukup, senang kita nak bawak toto dari rumah kan. kelengkapan dapur pun kena tengok juga. 


dan akhirnya, aku berjaya jumpa satu homestay yang bagi aku cukup baik. rumah ni macam flat rumah kedai. rumah ni kecik je. tapi cantik dan kemas kot dalam dia. muat untuk kitorang 13 orang. tapi bentang toto dekat ruang tamu lah kan.


kelengkapan dapur semua ada. peti ais, microwave, dapur gas, periuk nasi, cerek eletrik, kuali periuk, pinggan mangkuk, mesin basuh, iron. semua ada. balik rumah bawak baju bersih je. tak ada baju-baju kotor. selesai basuh siap dekat sana. dengan bandar hilir pun dekat. cuma waktu kitorang pergi tu sesak, jem kot. lama la sikit perjalanan.


seoul garden

first day di melaka, terus terjah mahkota parade. demi seoul garden. cuak jugak takut full kan. tapi nasib baik ada seat lagi. ^__^




 bakar membakar.
yummyyy..


 my dad


 my mom
yang ni rugi. sebab makan sikit betul. -__-"
makan sini pun sebab nak celebrate birthday my mom ni.


sorang sepupu yang diangkut ikut sekali joi percutian.
budak ni kena paksa makan banyak-banyak.haha


kakak dan adik
 meja bersepah tu biasa.


aku dan azee.
tak ada sesiapa boleh lawan tahap makan azee.
dia memang champion lah.
untung bawak budak ni. haha


so, total untuk 7 dewasa dan sorang kanak-kanak = RM300.25. sebab dinner, dia jadi mahal sikit.

Monday, June 4, 2012

keletihan sungguh ni

isnin oh isnin. 
setelah bercuti 3 hari, hari ni mula kerja semula. 
dengan mengantuk, dengan penat. dengan sakit badan. 
wahh..menguji kesabaran sungguh ni.


kenapa boleh penat sangat begini bagai?
sebab cuti 3  hari tu aku dah pergi jalan-jalan melaka.
^__^


sekarang tengah nak setel kan kerja..
nanti ye story-story kisah cuti-cuti melaka.
^___^