Friday, June 29, 2012

rojak limau bali


ni lah dia rojak limau bali. kitorang 1 family, kalau ada limau bali, suka buat rojak macam ni. lebih yummyy. lagi-lagi kalau pedas. perghhhh. menangis rasanya.


caranya tak susah pun. belacan + cili api + gula + air sikit. dapat lah kuah dia. ^__^

majlis nikah officemate

 bersama geng-geng officemate. 

 ambik berkat. huhu.

perlu ke? -___-"


p/s : hari ni tak berapa ada mood nak berceloteh panjang lebar. cukuplah sekadar gambar. 

~Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya. amin.~

Thursday, June 28, 2012

gambar dah siap dicuci



gambar bercuti pergi melaka hari tu dah siap dicuci. pilih-pilih yang terbaik dari beratus gambar. dah lama rasanya tak cuci-cuci gambar ni. tapi bila tengok gambar yang dah siap cuci macam ni, lebih puas dari tengok dekat komputer kan. ^__^


p/s : mahal juga ye cuci gambar ni. sekeping 50 sen. itupun kalau banyak.

cara kurangkan bil elektrik rumah


aktiviti charge handphone dan camera di pejabat. siapa tak pernah buat angkat tangan. tapi charge camera ni tidak lah selalu. kebetulan time ni bateri habis. tengah nak guna pulak tu. sorry ye bos. mintak bil elektrik sikit ye.


tapi...kalau bab charge handphone kat office tu memang selalu sangat la. -__-"

Wednesday, June 27, 2012

tekaan mengena. yeay!!

bila baca komen-komen tadi, nampak dua komen yang bagi tahu, aku menang teka teki yui. bila aku semak, memang betul rupanya. tak sangka tekaan untuk less kan harga 80% hampir mengena. yui kata, harga betul lagi bawah dari tekaan aku. adakah discount 85% yui? huhu


apa pun, thanks a lot pada mama qhayra dan ayu sebab inform kan ye tentang keputusan teka teki tu. ^__^

kenapalah ending cerita tu sedih..sobs sobs.

credik picture : sini


ni cerita yang baru selesai aku tonton. beautiful life. cerita drama jepun. aku suka tengok cerita jepun. tapi semua yang heronya mesti takuya kimura. siapa takuya kimura? tu ha lelaki dalam gambar atas tu ha. kesimpulannya, aku suka cerita jepun atau aku suka takuya kimura? hakhak. pssstt..sorry sayang..tersuka artis tu pulak.=p


mula-mula layan cerita ni syok sangat kot. perempuan tu sakit sampai lumpuh. penat aku tunggu sampai last, yang perempuan tu akan sihat. tapi....tapi...kenapa ending dia perempuan tu mati. sobs sobs. cerita ni best, rasa nak tengok lagi..tapi boleh tak nak tukar ending dia tu? haha.

akibat buat kerja sambil berangan


see..cop pun boleh terbalik. berangan lah lagi. -__-"

Tuesday, June 26, 2012

jawapan dari lagu anak kampung jimmy palikat

aku suka dengar lagu anak kampung - jimmy palikat tu. tapi yang original versi jimmy palikat tu la...klasik sikit. kalau yang feat dengan one nation emcees tu tidak lah ku gemar..


ni kat bawah ni ada dua video jawapan dari lagu anak kampung tu.


ni lagu jawapan perempuan kaya tu. lawak jugak lirik dia. huhu



ni pulak jawapan versi lelaki kaya. haha..gila kerek. tapi memang lawak.

kursus membuat kek

sekarang ni terasa teringin sangat nak belajar buat kek. mesti seronok kan kalau dapat buat kek sendiri. hias kek cantik-cantik. dapat belajar buat kek yang basic dulu pun jadi lah kan. belajar perlahan-perlahan. ^__^


terasa macam nak cari je tempat belajar buat kek ni. azee pun tengah menganggur dekat rumah. boleh ajak dia sekali buat kawan. dapat angkut mak ikut join sekali pun mesti best jugak ni. 



p/s : sekarang ni mood berblog agak tiada. masih belum lagi balas kunjungan yang datang ke blog ni. sebab tu komen-komen belum dipublish..bila dah balas kunjungan nanti, baru publish semua komen tu ye..:)

Sunday, June 24, 2012

alahai azwan ali - masterchef celebrity

rancangan masterchef celebrity ni memang rancangan wajib tengok lah sekarang ni. sampai dah minggu keberapa ni, tak pernah terlepas lah. 


mula-mula tengok dulu, memang menyampah sangat tengok azwan ali tu. sebab? sikit sikit nangis. sikit sikit nangis. alahai....tension tengok.


tapi sekarang ni, seronok pula tengok si azwan ali ni. walaupun mulut dia bising, tapi dia sangat lah ikut kata. orang suruh buat itu, dia buat. suruh buat ini, dia buat. dia pun tak malu nak tanya itu ini dengan orang. tak macam sesetengah yang agak bossy. hakhak.


bila fikir balik, kalau lah si azwan ali tu keluar, mesti tak meriah dapur tu kan. so, jangan keluar lagi lah ye azwan ali.. haha. tetiba je cerita pasal artis.