Friday, July 20, 2012

baju raya yang ke empat

 secara tertaksengaja terbeli baju raya yang ke empat. cousin aku la ni bawak kain pasang dekat rumah. kain dari indon. sepasang RM60. haruslah terbeli. dah kata gila kain pasang sekarang ni. -___-"


 ni baju aku. tu sulam reben kat depan baju.

 zoom sikit bunga dia. aku tertarik dengan bunga reben ni. first time nampak ni. and first time jugak ada baju warna cekelat macam ni.

ni baju mak. penuh kan sulam depan baju tu.

 zoom sikit kasi tengok.





tutorial jahit manik pearl bracelet


ada yang bertanya tentang cara jahit manik macam dekat atas ni. tapi aku ni sangat lah tak pandai nak buat tutorial ni. tapi meh sini meh. aku share tutorial yang aku guna buat rujukan. 

nak tahu macam mana? klik tutorial ni ye. tutorial tu guna dua jarum. tapi aku ni kan malas. guna 1 jarum je. ^__^  untuk jahit 2 lapis dekat lengan dan selapis dekat bawah baju, hanya ambil masa 3 malam sahaja. ^__^

Thursday, July 19, 2012

ada 2 ending cerita dejavu di kinabalu

 kredit : facebook tiz zaqyah

baru aku tahu, rupanya diorang dah shoot dua ending berlainan siap-siap. chissss. patut lah diorang suruh vote. ingatkan program realiti tv je yang main vote-vote ni. -____-" terus tiba-tiba rasa mengarut je.


siapa yang nak vote boleh vote ye. aku nak vote? haha. tak kuasa lah. bukan betul pun. drama semata-mata.

jahitan manik pearl dah siap

 akhirnya, jahit manik dekat baju dah siap. ni baru sepasang. ada 2 lagi baju yang tunggu turn. baju mak sepasang. kena siapkan cepat. nanti dah nak raya, nak sibuk buat kuih pulak. 


 ni dekat tangan. guna warna striking. baru lah blink blink. ^__^


 ni dekat bahagian bawah baju. malas bubuh dekat leher. pakai tudung bukan nampak pun. baik letak bawah baju je. ingat nak buat 2 lapis macam kat lengan jugak. tapi mak dah bising. " dah dah la tu. penuh sangat dah tu."  alaaa mak ni. baru nak glamour lebih. haha

zoom sikit. haaaa.. ni lah coraknya.. alamak, kantoi tak kemas sangat. first time lah katakan.

Wednesday, July 18, 2012

gatal tekak pulak dah

sekarang ni tekak sumpah gatal gilorzz. rasa macam nak jolok tangan, kasi garu sikit. boleh tak? sebotol besar air mineral ni pun dah tinggal suku dah ni. gatal tekak, teguk air. gatal lagi tekak, teguk air lagi. memang ke toilet je lah jawabnya. -__-"


harap cepat lah baik batuk ni. time puasa nanti, jenuh la kalau batuk. tekak gatal, nak minum apa kan? kompem menangis.

memperkenalkan si comot


ni comot. ni kucing nenek aku. tapi kucing nenek aku dengan kucing aku, semua satu kerabat je. sebab tu dia selalu melepak kat rumah aku. comot ni pak sedara mamat and momot. ^__^


p/s : minggu ni asyik cerita pasal kucing je kan. sebab bukak folder gambar, penuh gambar kucing je. -__-"

Tuesday, July 17, 2012

quilling flower di frame


memang sikap aku tak suka tengok benda yang plain. frame ni pun jadi mangsa. sebab nampak kosong, aku tampal bunga quilling yang aku buat sebelum ni. baru lah nampak meriah dan ceria gituuu..niat nak bubuh keliling. tapi bunga tu habis lah pulak. nak buat lagi, malas. jadi lah frame bunga separuh. ^__^


akak aku sibuk nak frame gambar tu. heh! jangan harap aku nak bagi. haha.

lagi kisah si penyibuk dan pengacau


shuuuhhh..shuuuhhh. hisshhhh. tengok, betapa penyibuknya si mamat ni. tengah kita sibuk jahit manik, dia boleh melepak atas riba. saje je nak kena marah kan.

Monday, July 16, 2012

siapakah juara masterchef selebriti?


adakah dato' fazley?
 

ataupun angah raja lawak?


aku rasa, ada kemungkinan dato' fazley yang akan memang. dia masak selalu kena puji. banyak kali memang pulak tu. attitude pun ok. bila jadi ketua pun ok sangat. tapi kalau angah menang, memang terperanjat habis ni. 


yang penting, juliza tak dapat masuk grand final. aku suka...haha.

Sunday, July 15, 2012

weekend yang penat

salam hujung minggu semua. macam mana weekend anda? seronok? bosan? weekend ni weekend yang sangat penat bagi aku. kenduri rumah nenek aku, 2 hari berturut-turut. dekat kampung aku ni, kenduri masih lagi masak sendiri. so, beramai-ramai lah rewang ye. 


tu pun kejap-kejap aku lari balik rumah. rumah setakat seploh langkah je dah sampai. tapi bukan balik dapat tidur-tiduran pun. bila ramai sedara mara balik, rumah aku sentiasa jadi tumpuan. haruss lah sentiasa ramai. bila sentiasa ramai, bersepah tu biasalah kan. misi mengemas rumah pula di rumah. kejap-kejap kemas, kejap-kejap kemas.


hari ni, bangun tidur, badan sangat sakit. T___T