antara bungkusan makanan untuk dimonjong di pagi raya hari tu.
tradisi ni dari aku kecik-kecik lagi dah aku tengok. kalau dulu-dulu, siap bagi pakai talam tau. kalau orang bagi kita, kita tukar bagi makanan kita dekat orang. sekarang ni, tak ada dah bertalam-talam. semua pakai plastik je. ^___^
kalau dulu-dulu, kompem semua "monjong" pagi raya. tapi sekarang tak dah. ada yang beberapa hari sebelum raya. ada yang sehari sebelum raya. ada yang pagi raya. kitorang tetap buat pagi raya. sebab baru malam raya masaknya. haha. dan sate! sate tu bakar pagi raya kot. tiap tahun bangun pukul 4 pagi semata-mata nak bakar sate. kira macam makanan tradisi dari rumah kitorang adalah sate. ^__^
disebabkan rumah sedara mara ramai yang sekampung je, harus lah banyak rumah yang nak di "monjong" kan. nak dekat 20 bijik rumah jugak rasanya. nak dekat pukul 7 pagi macam tu, mula lah aktiviti hon mengehon rumah orang. tapi kali ni 2 orang adik aku yang buat kerja menghantar makanan ni.