Saturday, December 22, 2012

22th Birthday GiveAway


klik banner atas atas sini untuk join ye.

Friday, December 21, 2012

steamboat or seafood?

krismas ni nak celebrate anniversary my mom and my dad yang ke 27.
tapi disebabkan cuti aku habis, maka tidaknya aku dapat cuti isnin tu.
sobs sobs.


so, alang-alang sabtu ni dah balik kampung banting,
ingat nak singgah la celebrate makan-makan.


tapi sekarang ni dalam dilema.
sama ada seafood dekat bagan lalang,
ataupun steamboat dekat shah alam?


tanya abah, kompem lah abah nak seafood.
katanya makan steamboat tak puas.
haha.


tapi bila tanya mak, mak pulak nak makan steamboat.
sebab dah bosan ayik-asyik seafood je.
-___-"


kalau kat bagan lalang, seafood kat mana ye best?

breakfast buah delima


gambar google.


hari ni tak sempat nak beli sarapan.
dengan perut kruk krak kruk krak lapor.
nampak sebijik buah delima kat dapur.terus masuk dalam hand bag.
maka, bersarapan buah delima lah hari ni dekat office.


suka sangat makan buah delima.
cuma gigih la makan sebutir sebutir.
^__^

Thursday, December 20, 2012

review - the greatest love (korean drama)


gambar curik google.


sekarang ni tengah layan drama ni.
best kot cerita ni.
memang asyik nak gelak je.lagi-lagi hero dia yang agak entah hape hape tu.
memang sakit hati tengok.


tapi dah masuk episod belas-belas ni, serious sedih la pulak.
terus jadi drama air mata.


tinggal 2 episod je ni.
tak sabar nak tunggu ending.
hopefully happy ending.

Wednesday, December 19, 2012

tunggu je lah jawapan.

alhamdulillah.
selesai sudah interview semalam.
no more nervous nervous.
^___^


alhamdulillah jugak interview berjalan lancar.
calon pun tak ramai.
7 orang je kot calon.
nak pakai berapa orang?
entah lah.


untuk yang bertanya aku interview untuk jawatan apa?
jawapannya, pegawai tadbir.
mula-mula agak cuak.
yelah.
juruukur bahan - pegawai tadbir.
perghhhh. lain bidang kot.
tapi pergi jugak cuba nasib.
tapiiii.
syukur sebab jawatan tu untuk pegawai tadbir projek perumahan.
wahhhhhh.
ada jugak kaitan dengan course aku.
 cuma, aku pulak yang paling muda sekali dekat situ.
-____-"


apa pun, sekarang ni berdoa je lah rezeki tu ada.
insyaallah.


hari ni kepala ting tong sikit sebab penat drive pergi kerja sampai sejam setengah.
sebab malam tadi aku tidur sungai tengi selatan.
pagi-pagi tadi baru balik sekinchan and terus pergi kerja.
-____-"

Monday, December 17, 2012

interview felda. nervous!!

tadi dapat panggilan untuk interview kerja dengan felda.
walaupun call pagi tadi, tapi sampai sekarang kau nervous!


sangat-sangat terkejut dan sangat excited.
alhamdulillah.
cuma esok penentuannya.
harap aku dapat buat yang terbaik.


dah lama sangat tak pergi interview kerajaan.
last dulu time nak dapatkan scolarship felda.
tapi failed.
hopefully, kali ni lulus lah pulak.
bezanya, dulu scolarship study.
but now, interview kerja.


ya allah, permudahkanlah urusanku esok.


rakan-rakan doakan ye.
dan, any tips?


Sunday, December 16, 2012

mengata!

orang kata,
jangan mengata orang sangat, nanti terkena batang hidung sendiri.


betul kan.
contoh, 
" eh, anak si polan tu teruk lah. itulah. inilah."


nanti tup, tup dengar cerita, anak sendiri jadi macam tu.


aku tengok, dah banyak jadi macam tu.
bukan dekat orang lain je.
kadang-kadang diri sendiri pun pernah terkena.


jadi, berhati-hatilah.
memang tak elok kan mengata orang.


pengalaman banyak jadi pengajaran untuk kita.


"peringatan untuk diri sendiri juga."