Wednesday, July 2, 2014

butik pengantin di Sekinchan, Kuala Selangor

assalamualaikum dan salam ramadhan.

sedar tak sedar dah masuk hari keempat kita berpuasa. alhamdulillah, puasa tahun ni dapat berpuasa sebagai seorang isteri. mencabar juga rupanya ye. kalau dulu bujang-bujang, ikut suka hati kita nak berbuka apa, nak sahur apa. tapi sekarang dah kena fikir perut suami juga. mulalah aktiviti bangun pagi-pagi buta, masak sahur. sebab nak masak malam-malam, confirm dah tertidur dulu tak sempat masak.  -____-"


tapi alhamdulillah. rasa seronok kehidupan sekarang ni. sekurang-kurangnya, pagi-pagi tu ada lah masa nak buat kerja rumah sikit before pergi kerja.


eh. sebenarnya post kali ni cuma nak share butik pengantin wedding hari tu. 


untuk wedding hari tu, aku ambil dengan butik Seha Ratu Andaman.
dia ada buka banyak cawangan. Sekinchan, Kuala Selangor, Seremban dan Klang. tapi aku ambil dekat Sekinchan la. cuma 5 minit dari rumah. aku suka bridal ni sebab walaupun dekat kampung, baju-baju dia semua ikut fesyen semasa. masuk je butik dia, hambekkkkk, rambang mata wehh nak pilih. so, tips dia, pergi pilih baju dulu baru pilih warna tema. baru lah kita akan puas hati.


okay bye. banyak kerja menimbun nak kena siapkan. hukhuk. benciii awal bulan.

2 comments: