Friday, August 15, 2014

jemputan kahwin yang menimbun





Musim raya ni adalah musim kahwin juga rupanya ye. Sangat banyak dapat jemputan kahwin untuk bulan ni dan bulan depan. Lagi-lagi tengah umur sekarang ni. Memang ramai juga kawan-kawan yang berkahwin. Alhamdulillah... :)



Ni masa ambil EL hari tu. Masuk kerja dah ada 3 keping kad kahwin menunggu. Tak masuk kad yang ada dekat rumah. Tak masuk lagi jemputan kawan-kawan di facebook. 


Seronok tengok kawan-kawan kahwin. Teringat pula zaman diri sendiri sibuk nak kahwin hari tu. Cuma ada juga pesan dekat kawan-kawan rapat, jangan membazir sangat buat itu dan ini. Takut nanti menyesal pula sebab lepas kahwin lagi banyak benda penting yang nak guna duit.


Semoga bakal-bakal pengantin semua dipermudahkan segala urusan dan berbahagia selamanya. Mana yang sempat, insyaallah aku akan sampai. Mana yang tak sempat, lagi-lagi yang jauh tu. Minta maaf awal-awal kalau tak dapat datang. Al maklumlah. Sekarang ni kalau travel jauh-jauh, mula lah badan sakit, kaki sakit. Hukhuk.


12 comments:

  1. Jemputan kahwin? it seems like the same as "wedding invitation" atau "Undangan pernikahan" in Indonesia

    ReplyDelete
  2. memang musim orang kahwin sekarang ni kan anis? ^_^...salam jumaat dear...

    ReplyDelete
  3. suka kenduri kawen yg uat kat kg ... rasa meriah sgt ......

    ReplyDelete
  4. mmg musim org kawen skng ni ;)

    ReplyDelete
  5. sy pulak member2 dah booked schedule bulan 11.. tiap2 minggu ada jemputan kahwin.. hehehe

    ReplyDelete
  6. musim makan nasi minyak kenduri kawin :)

    ReplyDelete
  7. ni namanya bayaran balik utk saham diorg kt awk dl..hehehe

    ReplyDelete
  8. apa lg itu nama nyer surat saman... sbb dtg kene bwk duit or hadiah heheheh

    ReplyDelete
  9. akak dah lepas dah zaman asik2 jemputan kawen ni sbb ramai kawan2 dah kawen. sekali sekala jela dpt jemputan.

    ReplyDelete