Semalam jumpa kata-kata ni dekat facebook. Dan aku setuju 100%. Kalau dah nak kahwin tu, jangan lah sesekali ingat atau berhubung dengan EX girlfriend ke, EX boyfriend ke.. 100% NOOO!! Walaupun kekononnya cuma nak berkawan. Tapi rasanya tak perlu kot. Mungkin pasangan kita yang sekarang ni tak kisah. Tapi dalam hati, siapa yang tahu kan?
Pernah dengar seseorang cakap, kalau kahwin tak payah lah jemput ex-ex kita. Bukan kita tahu apa yang pasangan kita rasa kan. Entah selesa ke, entah tak selesa ke. Kalau ex-ex kita kahwin pula, seeloknya, tak payah lah datang. Bukan kita tahu perasaan pasangan dia kan.
Apatah lagi simpan gambar-gambar kekasih lama. A big NO NO NO. Selepas kahwin, hidup kita bersama pasangan kita. Berkongsi kehidupan susah dan senang.
Yup. Aku tahu aku baru berkahwin 6 bulan. Banyak lagi yang perlu aku tempuhi. Bak kata suami, perkahwinan ini kita yang kemudi. Jika kita nak membawa ke jalan bahagia dan diredhai, bahagia lah kita. Jika kita nak membawa ke jalan lain, ke lain lah kita.
btl tu dik, kadang konon kwn biasa je tp jd lain bile mule teringat kisah lama2 masa bercinta...
ReplyDeleteTai Mrs Nur Anis tidak simpan gambar gambar Ex bukan? Hihihihi. I am sorry for this worse Joking
ReplyDelete!00% agree!
ReplyDeletelupakan kisah lalu..
ReplyDeletesetuju sgt dik.. akak skang suke selongkar hp husband.. mcm jahat je kan.. tp xnk la jd mcm ni nt..
ReplyDeletesetuju
ReplyDelete