Tuesday, May 19, 2015

tutorial buat bouquet bunga simple


 1) bahan-bahan yang diperlukan 
  • bunga (aku pakai bunga plastik je)
  • kertas tisu 2 warna
  • salotape 
  • gunting
  • reben
 2) Ambil bunga. Gubah Jadi bentuk bulat macam ni. Ni kena susun ikut kreativiti. Boleh campur bunga kecik-kecik untuk lebih berseri gituuuu. Lepastu, salotape batang bunga tu semua bagi tak tercabut.

 3) Bentang kertas tisu, lipat macam lipat kipas tu.

4) Haaa.. gini jadinyaaaa. Pegang bahagian bawah gitu. Biar bahagian atas tu kembang macam kipas.

5) Balut kertas bentuk kipas tadi dekat bunga yang dah kita gubah tadi. Haaa. Tengok, separuh je kan. maksudnya, kertas tak cukup panjang. So, ambik lagi kertas yang sama. Repeat cara 3 dan 4 dan balut dekat bunga sampai cover sekeliling bunga tu. Dah siap, boleh la salotape bagi kertas tu tak tercabut.

 6) Ulang balik step 3, 4 dan 5 untuk kertas yang warna lebih kontra

 7) Tadaaaa.. Siap dah. Oh ye. Dekat batang pegang tu, boleh la balut dengan reben. lilit-lilit aje. Untuk seri. Lupa ambik gambar. Hihi.






6 comments:

  1. Kalau org pandai dan kreatif memang cantik jadinya Anis. Lagi pulak betul-betul jimat berbanding beli yg dah siap berganda-ganda mahalnya..

    ReplyDelete
  2. cantiknya... boleh cuba nti... :)

    ReplyDelete
  3. akak suke... akak suke segmen nih...

    nnti bt lah diy lg yek...

    tgk simple je kalu akak bt jd comei gini tak ek... kui3

    ReplyDelete