jom-jom semua join give away ni jom..boleh klik banner untuk join..^_^
Friday, March 11, 2011
design kek yang jadi pilihan..cantik sangat...!!
ni ada 6 kek impian. cantik giler..kagum dengan orang yang pandai buat kek macam ni. aku ni suka je la tengok.tapi bukan minat sangat pun makan kek.. ^_^
sumber : SINI
simple. tapi warna dia cantik sangat. dengan bunga-bunga lagi. tengok macam tanah liat pun ada..huhu
Thursday, March 10, 2011
bersyukur la dengan nama sendiri..
pernah tak korang terfikir kenapa korang diberi nama korang sekarang ni. contoh macam aku ni. kenapa nama aku nur anis? kenapa tak nama lain?
so, misi adalah bertanya dekat mak and abah.
aku : abah, kenapa abah bagi nama anis, nur anis.?
abah : kenapa?
aku : saje je tanya. kenapa tak bagi nama glamour sikit. (demand)
abah : korang nak mana. nama sekarang ke atau abah bagi mama *****, ######, +++++?
aku dan adik beradik lain : eh.. takpe lah abah..tak nak lah..huhu..
nama-nama itu tidak dapat lah nak disebut. takut juga menyentuh sensitiviti orang lain..tapi nama-nama itu tidak pernah terfikir oleh kitorang..sebab tu kitorang x nak..^_^
yeay..dah dapat mascara baru..yippi..^_^
disebabkan mascara aku dah habis, aku pun tengah la dok mencari mascara AVON. aku memang dah biasa pakai AVON. bukan buat iklan. tapi memang dah sebati dengan jiwa bulu mata lah katakan. akak aku yang promote dulu. bila try, terus lekat.
tapi aku tak tau mana nak beli. before ni beli dekat mana-mana booth yang kebetulan ada jual barang AVON ni. usha-usha online, malas pulak nak order-order. aku ni pantang tengok katalog tu. kang macam-macam yang aku oder.
aku dah macam give up. tengah-tengah blogwalking, kebetulan pulak ada blogger tengah jual mascara AVON. aku pun apa lagi. laju je la. takut stock habis. ada 10 je dalam stock. nasib baik sempat. terus oder. tadi petang dapat. suka giler. sekali tengok, dapat barang lebih lagi.
bukan setakat mascara, roll on perfume dengan ketepek dekat hidung (tak tau nama) tu dia bagi sekali. ada lagi voucher dia letak. dah simpan. malas nak geledah balik.
apapun, thanx ARDINI HUMAIRA.. ^_^
makan buah kembar dapat anak kembar?
mesti korang pernah jumpa kan buah yang berkembar-kembar ni.. pernah jugak aku jumpa.. tapi jarang la.. selalu kalau petik dari pokok.. kalau yang beli kat kedai mesti la diorang jual yang cantik-cantik.
teringat zaman kecik-kecik dulu.. kalau jumpa buah berkembar mesti kawan-kawan cakap.. "jangan makan. nanti dapat anak kembar.." lepastu takut nak makan. haha.. padahal orang la nak anak kembar.. mana lah pantang larang tu datang pun aku tak tau..
aduhh..boleh pulak jerit kuat-kuat..malu wehhh..
tempat : times square
spesifik tempat : booth magician
situasi
3 beradik berjalan-jalan di times square. si bongsu singgah di booth magician. kerana teruja dan minat, si bongsu memanggil kakak-kakaknya (A & B) untuk melihat sama. kakak B yang selalu excited menyuruh ahli silap mata itu membuat demo. satu demo ilusion telah dibuat.
si ahli silap mata mengeluarkan satu alat kecil. alat itu digoyang-goyangkan sehingga keluar syiling. lalu syiling itu diambil dan diletakkan di tangan si kakak B. kakak B dengan excitednya melihat tangannya lalu terlihat SEEKOR LIPAS, bukan syiling. dengan spontannya satu jeritan yang sangat kuat dan nyaring telah dikeluarkan. bergema satu times square. habis semua orang berhenti tengok.
~tamat~
aduhhh..malu wehh orang semua datang dekat tengok..nasib baik adik sendiri..
~kakak A, si bongsu, kakak B~
Wednesday, March 9, 2011
siapa pernah rasa tension?
apa yang akan terjadi bila perkara-perkara ini berlaku?
- bila kerja banyak bertimbun-timbun.
- bila banyak benda yang datang.
- bila banyak benda yang harus di fikir.
- bila belajar tak masuk-masuk.
mungkin akan jadi..
- tension
- stress
- tak tenang
- serabut
apa yang akan dibuat..
- makan banyak-banyak
- dah kenyang mula tidur
- buat sesuatu ikut minat sendiri
akibatnya...
- badan lesu
- tak bermaya
- cepat penat
- berat bertambah
- kerja tak siap
- masalah tak selesai
Tuesday, March 8, 2011
bunga untuk wanita
walaupun dah malam and nak masuk hari lain, tetap nak wish selamat hari wanita dekat semua wanita.. ^_^ malam ni, nak bagi bunga kat wanita-wanita semua...
nak lukis bunga ros x reti. bagi la bunga yang tak cantik ni.. haha..
Monday, March 7, 2011
pedas + panas = berapi
Sunday, March 6, 2011
shopping.. satu keperluan atau habit?
SHOPPING.. adakah satu keperluan atau habit atau pun nafsu semata-mata? tapi, kalau aku mungkin nafsu semata-mata.. T.T
tak tahu macam mana nak ubah.. tadi konon keluar tak nak beli apa-apa. sebab semua kelengkapan diri dah ada.. and dah cukup pun.. tapi tiba-tiba terbeli kain pasang and rantai.. T.T sedih lagi sekali..
bukan setakat pakaian je yang x boleh kawal...
makanan juga...ni cuma gambar hiasan..kongsi ramai-ramai ni..memang jadi macam ni.. (alasan membela diri.)
bila dapat shopping, muka akan senyum begini..tapi bila pulang, muka jadi sedih..tengok dompet dah tak ada duit.. T.T