ini banner kami buat sendiri. nak jimat kos punya pasal. siap salah eja lagi tu. dengan comot. haha. lantak lah. janji program berjalan dengan jayanya!!
sebab gambar lupa nak transfer dalam pendrive, maka kali ni just nak buat intro pasal hari keluarga sabtu lepas. alhamdulillah, target cuma 20 keluarga. yang datang 25 keluarga. super duper happy tau.
sebenarnya, bukan senang nak jalankan aktiviti macam ni. memang kena ada pengerusi program tau. baru boleh jalan program ni. masalah besar dia adalah, pilihan tarikh sesuai. ada orang tu nak tarikh ni. ada orang ni pulak nak tarikh lain. kalau nak puaskan hati semua orang, memang tak berjalan-jalan lah program ni. maka, kitorang pilih tarikh yang majoriti ada. yang tak dapat hadir tu nak buat macam mana kan. maybe next time.
kitorang pilih buat dekat rumah embah sebab nak bagi semua orang balik kampung. lagipun, payah nak buat kat tempat lain. lagi banyak halnya. lagipun, bila buat tempat lain ni, mesti banyak kos. jangan kita tak tahu, orang ni kalau pasal duit, memang payah sangat. ye lah kan. tak semua orang berduit. kita kena faham semua tu. tak ke seronok nenek kita bila tengok rumah dia meriah semua anak cucu cicit datang berkumpul.
alhamdulillah, program hari tu sangat meriah dan semua yang datang pun seronok. siap request tahun depan buat lagi. insyaallah. ^__^
tulah anis, mmg nak kena pengerusi gerakkan program ni. kalau ikut kepala masing2 sampai bila2 pun tak jadi..
ReplyDeletenk tengok gambar..:)
ReplyDeletemmg bukan senang nak buat aktvt mcm ni
ReplyDeletebest lak tu dapat kumpul ramai2 mcm ni
jelesnya...jelesnya..
ReplyDeletewah, bestnya.. picture jangan lupa anis, nk tgk :D
ReplyDeletekat mana kg anis ni? tetiba rasa sayu dan rindu pada arwah embah akak.akak ni dok ngan embah sejak age 6 thn lagi.cucu manje .selalu buat perjumpaan keluarga anak cucu cicit embah gak mcm anis ni.tahlil ramai2 kat umah arwah embah.
ReplyDeletemeriah...Berkumpul ramai2 memang seronok...
ReplyDeleteorang jawa ye..pggil embah tu,,hihi
ReplyDeletekalau berkumpul ramai ramai macam ni macam cerita dan mcm2 ragam ada kan..apa2 pun tahniah sbb berjaya mengumpulkan adik beradik semua..
ReplyDeletemesti meriah dan penat giler kan???
ReplyDeleteseronoknyer... tak kisah lah slh eja pun... mana gambar aktivit2 nyer? hehehe sibuk je kn
ReplyDeletehalangan paling besar apa ek?
ReplyDeleteEjaan tu buat2 xnampak.. Tp still nmpak. Apapun Alhamdulillah program berjalan lancar. Seronoknye!! :)
ReplyDeletebestnya sesekali buat aktiviti macam ni kan. bukan senang dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.
ReplyDeletemana gambar lagi ??
ReplyDeletekalau dapat berkumpul satu family memang best sangat-sangat kan...lama dh xjoin family day ni...
ReplyDeletewah keluarga besar nih ye? mesti seronok nih... mana gambar-gambar event? nak gak tengok kemeriahan... nanty kalau ada upload ek? ;)
ReplyDeletewah konperm seronok program macam nie .. dpt berkumpul ramai2 bukan senang kan dik ;)
ReplyDelete25 keluarga besar tu... mesti happy sangat2
ReplyDeletemula tak perasan salah eja.. oooo tahu dah... takperler janji programtu lancar dan dapat bertemu sesama sedara...
ReplyDeletemmg hbs riuhla ni kan..hihi.
ReplyDeletewah bestnyer ramai2 buat xtvt mcm ni
ReplyDeleteni riuh 2 kampung ni anis :)
ReplyDelete