Saturday, March 3, 2012

whiskas junior untuk si kenit


disebabkan memet, mamat dan momot mula nak makan.
maka dah siap belikan makanan ni untuk diorang.
beli 2 peket cukup la.
bagi diorang belajar makan.
nak bagi ikan kang, tercekik pulak.

Friday, March 2, 2012

munirah che ahmad - first giveaway


klik banner untuk join ye.

TARIKH TUTUP
29 mac 2012 before 12 tengah malam

lunch yang sangat simple

lunch hari ni sangat simple.

ini. peket kecik dah la kan.
tu pun tak habis.


dan ini juga.


gambar semua google.
malas nak ambik gambar.
nak transfer lagi.

semangat dan kerajinan sudah habis

semangat dan kerajinan untuk buat kerja sudah habis.
hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja.


ini semua gara-gara perut.
perut ni sudah mula berkeroncong dengan sangat hebat.
laparrrr sangat.
tak mampu nak buat kerja.
-___-"

jom bekerja dengan semangat


bersepah sungguh lah meja.
sebab ada tender nak kena isi, maka jadi lah bersepah sebegitu rupa.


untuk yang bekerja, jom bekerja dengan semangat hari ni.
esok cuti... yeay...:)


untuk yang belajar, pergi belajar rajin-rajin.
jangan ponteng kelas.
^__^

kucing ni comel sangat la...

sumber google.


boleh tak nak buat macam ni dekat momot, mamat and memet?
-__-"

Thursday, March 1, 2012

design tangga yang awesome!!

sumber : sini


best betul design tangga ni.
naik guna tangga.
turun main gelongsor je.


bila anak nak keluar main playground.
boleh cakap.
"tak payah. kat rumah dah ada gelongsor."

march 2012 blog giveaway

nak barang-barang ni?
klik gambar tu ye.


wahhh..teringin nak barang-barang dekat gambar tu..
boleh la buat kad banyak-banyak...

header baru dah siap...

hihuuuu..
seronok ni sebab dah ada header baru.
simple dan nampak lebih matang.
haha.


ke yang lama lagi ok?

syampu kucing friskies


syampu kucing friskies yang baru sahaja dibeli.
harga rm7.20.


tak sabar nak mandi kan si kenit-si kenit tu.
tapi dah boleh mandi ke?
umur diorang dah nak masuk 2 bulan.
umur berapa ye kita boleh mandikan anak kucing ni?

design header baru

lama-lama tengok header atas ni..
rasa macam tak best lah pulak.
macam nak buat yang baru..
tapi tak terbuat-buat.
-__-"

Wednesday, February 29, 2012

bila komen memasuki kotak spam

sebentar sahaja tadi adik aku telah menyatakan masalahnya.
dimana komen-komen beliau di blog orang lain masuk dalam kotak spam.
(huh..skema nya ayat. -__-"_


jadi, sebagai kakak yang baik..( sekali sekala perasan tak pe kan? -__-" )
gigih lah godek-godek tanya uncle google.
tapi entry tu bukan bagi solution.
dia pun alami masalah sama macam si budak azee ni jugak.


dan aku tertarik dengan 1 komen ni.


kalau tak nampak, klik gambar tu ye.


dia kata dekat situ, bila guna laptop lama, masuk spam.
bila guna laptop lain, ok je.
mungkin disebabkan malware atau virus dalam laptop.


jadi, aku suruh azee komen guna laptop lain.
dan hasilnya..
tak masuk spam.
jadi, adakah laptop budak ni yang bermasalah?
tapi memang laptop dia teruk pun.
hang aje.
hahaha...
pergi format lah azee oiii...

Nasib ‘lelaki buih’

'lelaki buih' bersama isteri dan 3 anaknya


HYDERABAD: Seorang lelaki berusia 62 tahun yang digelar ‘lelaki buih’ kerana badannya yang dilitupi ketumbuhan mendedahkan bagaimana dia dilayan lebih buruk daripada haiwan terbiar oleh orang ramai. Tubuh Mohammad Umar mula mengalami ketumbuhan pada tangannya ketika dia berusia 14 tahun dan sejak itu tumor tidak berbahaya berkenaan merebak secara perlahan-lahan ke seluruh anggota tubuhnya.

“Saya lelaki baik. Dan saya boleh bekerja keras. Tetapi paras rupa saya menjadi masalah kepada orang ramai. Tidak ada orang yang suka melihat saya atau mendekati saya. Ia memusnahkan kehidupan saya,” kata Mohammad.

Mohammad yang berasal dari Hyderabad, India, dilahirkan sihat. Ibunya mempunyai ketumbuhan pada tangannya tetapi tidak di tempat lain. Tanpa disedari, wanita itu menurunkan penyakit yang lebih agresif kepada anaknya. Ibu Mohammad meninggal dunia pada 2001.

“Saya dilahirkan dengan kulit yang lembut dan licin. Saya tidak tahu apa yang tumbuh pada tubuh saya ketika berusia 14 tahun. Tetapi ibu saya menyedari ia sama dengan yang ada pada tangannya dan membawa saya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Tetapi, lama kelamaan, keadaan Mohammad bertambah teruk. Ketika berusia 20 tahun, tumor tumbuh secara rambang di beberapa bahagian badannya.

“Saya tahu ia akan bertambah teruk. Saya sedar ia akan menjadi mimpi buruk bagi saya,” katanya.

Doktor memberitahu dia boleh menurunkan penyakit itu kepada anaknya jika dia berkahwin.
“Doktor tidak memberi jaminan tetapi ia mungkin berlaku. Ia menghantui kehidupan saya selama beberapa tahun. Saya tidak pasti sama ada saya akan berkahwin,” katanya.

Tetapi akhirnya, dia berkenalan dengan Farhat-un-Nisa, 45. Mereka bercinta dan berkahwin, Farhat tidak pedulikan penyakit suaminya ketika itu.

“Mohammad lelaki yang baik dan pemurah. Keluarga saya memberi amaran mengenai masa depan saya yang akan menjadi rumit jika penyakitnya bertambah teruk. Mereka mendapatkan nasihat doktor bagi pihak saya. Tetapi saya tidak mempedulikannya,” kata Farhat.

Pasangan itu dikurniakan dua anak dan kedua-duanya membesar tanpa mewarisi penyakit Mohammad. Bagaimanapun, lama-kelamaan, Farhat hanya boleh melihat seluruh tubuh suaminya dilitupi tumor besar yang gatal. “Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Doktor berkata penyakitnya tidak boleh diubati. Ia mengubah sikap suami saya. “Dulu dia begitu bahagia tetapi selepas itu dia menjadi begitu takut. Kami berusaha keras untuk hidup dan membesarkan anak kami,” kata Farhat.

Dalam pada itu, Mohammad dipecat daripada jawatan sebagai pembantu bagasi di sebuah stesen kereta api tempatan. Dan sejak itu, tidak ada orang yang bersedia untuk mengambilnya bekerja. - DM

sumber : metro online

memet dah mula nampak perubahan positif

siapa ingat cerita tentang memet tak sihat semalam?
kalau tak ingat, boleh ingat-ingat balik dekat sini.


disebabkan diri ni agak sibuk dan tak mampu nak ambil cuti.
maka tak dapat bawa memet ke pejabat veterinar.
dah la pejabat tu bukak pagi je.


inisiatif lain, gigihkan diri pergi ke farmasi semalam.
walaupun guruh dah berdentum-dentum nak hujan.
tetap gigih jugak pergi farmasi.


bila cerita dekat ahli farmasi tu,
dia sarankan ambil ubat demam dan antibiotik.
tapi aku cakap nak ubat demam dengan ubat cacing je.


selepas 2 kali bagi makan ubat.
pagi ni nampak sedikit perubahan.
memet mula nak berjalan-jalan.
cuba nak main.
tapi masih belum larat sepenuhnya.


harap-harap memet akan terus sihat.
dan cergas macam dulu.

dan boleh main panjat-panjat macam dulu lagi.

Contest "LIKE DAN FOLLOW" - Gallery aNNA-JuEaNNa

klik la banner ye.
boleh join.
pukul 12.00 tengah malam ni dah tutup tau.

Tuesday, February 28, 2012

memet lesu dan tak bermaya.

dah dua hari memet lesu je..
asyik tidur je..
tapi masih nak menyusu dan makan.
cuma risau tengok bila memet asyik tidur.
taknak main.


nak bawa pergi pejabat veterinar, tapi tak cuti la pula.
cari ubat kat farmasi, tak ada pula ubat demam.
sekarang tak tahu nak buat apa.
takut memet sakit.

beza student jpa, ptptn dan mara


student jpa
dapat duit lambat sikit.
selalu dalam 2 atau 3 minggu selepas masuk sem baru.
kadang-kadang sebulan nak tunggu.
so, lambat sikit la nak dapat makan sedap-sedap kan.
tapi lepas shopping sakan dan makan tak ingat, kena lah makan maggi bila dah hujung semester.


student ptptn
mereka beruntung sebab duit selalu masuk awal sem.
tapi biasa lah, cepat dapat, cepat lah habisnya.
^__^


student mara
kalau tak silap, elaun mara setiap bulan kan?
sebab tu dapat makan sedap-sedap dari awal sem hingga akhir sem.
tapi, akan sesak bila dah hujung bulan.
macam orang yang dah bekerja jugak.
hujung bulan mula lah sesak.
-___-"

makan burger king dengan hanya rm1.90



BK® Officially brings you BK® FLAMING DEALS..!

RM 1.95* Only for an ala carte Whopper Jr® or ala carte Grilled Chicken!

3 DAYS ONLY!!! From 27 - 29 February 2012 Only!

*With any medium carbonated drinks purchased

Terms & Conditions
- One medium carbonated drink purchase for each ala carte burger
- While stocks last
- Not applicable with other BK® promotions
- Not applicable for BK® Delivery
- Valid at all BK® Peninsular restaurants except BK® KLIA


p/s : haih..kenapalah tak ada burger king dekat sungai besar ni. -__-"

Monday, February 27, 2012

design blog dan header

nampaknya hari ni hari blogku sunyi sepi.
tak banyak buat post baru.
tak sempat langsung blogwalking.
lalu tak dapat juga meninggalkan komen-komen ke blog anda-anda.


nampak gaya macam sibuk sangat je.
konon pekerja cemerlang lah ni.
padahal kerja dari tadi adalah mendesign blog dan header adik sendiri.
gigih sungguh.
kalah kegigihan design blog sendiri.
-___-"


header blog.
sebab gambar pakai baju warna biru, terus tema blog jadi warna biru.
^__^


 blog design.
guna blogger template sudah.
tak reti lah nak design sendiri.
lagi-lagi bila tengok kod html tu.
pening...


p/s : jom lawat blog azie vanilla.

gambar kahwin ana raffali yang cantik

selepas melihat gambar nikah ana raffali.
terus tiba-tiba rasa teruja.
"wehhhh, cantik la.."
"baju dia pun cantik sangat..tak over.."
"cantik la ana raffali ni pakai tudung.."
"muka ana raffali ni nampak berseri sangat.."
semua ni kata-kata dalam hati je..
sebab sebelah-sebelah kiri kanan tak ada orang..
haha.




gambar pertama : gambar kasut.
cantik kan kasut ni..
kan kan kan.
nak cari buat kasut raya tahun depan lah.
lepas tu tanah lecak sebab hujan.
-___-"


cantik kannnnn....

 double cantikkkk...