Friday, March 30, 2012

tapak tangan kasar

sekarang ni terasa tapak tangan makin kasar pulak.
sebab terlalu kering.
rasa tegang-tegang je.
sungguh tidak selesa.


ini semua sebab seharian duduk dalam aircond.
itulah, bila dah nikmat duduk dalam sejuk.
tidak semuanya nikmat kan.
ada baik, ada buruk.


sekarang ni memang bergantung pada lotion.
harus ada atas meja office ni.
tak pasal-pasal aku kembali jadi minah lotion.

main di taman bunga

 hai..saya mamat.
saya dah besar tau.


 apa momot buat tu?


 yang si mamat pun sebok je nak ikut.
tak boleh kalah betul.


memet jugak kasihan.
selalu terpinggir.
sobs sobs

Thursday, March 29, 2012

i'm a millionaire


ni lah dia millionaire.
atau bahasa klasiknya, jutaria.

 

harta-harta jutaria nih.


seronok jugak dapat main benda alah ni.
nak beli saidina atau monopoli, mahal pulak dah.
beli ni je senang.
sekotak RM2.
kalau bebudak main sampai hilang pun tak ada nak marah.
^___^

bergaya dengan apron baru

"mak ngah..cepat lah suapkan tika makan ni..tika dah ready dengan apron tau.."


"erkkk..alhamdulillah..thank you mak ngah.."


geramnya dengan budak sorang ni.
si bulat bulat.

tikus curik choki choki


ini lah rupa choki-choki yang aku simpan dalam laci pejabat.
ingatkan boleh buat stok makanan.
rupanya buat stok makanan tikus.
habis dibedalnya.
kurang hasam punya tikus.

hari senang lenang

hari ni seronok betul.
bersenang lenang dekat pejabat.
tanpa kerja.
yeeehaaaaa.


sekarang tengah layan cinta kura-kura.
sebab bos tak ada,
boleh pasang speaker kuat sikit.
^__^

top comentor blog ini

tiba-tiba rasa nak menghargai pengomen-pengomen blog ni la.
rajin mereka komen kan.
jom jenguk blog mereka jom.



ini senarai mereka.








terima kasih banyak-banyak sebab sudi jenguk and komen dekat blog ni ye.
dekat yang lain-lain yang ada jenguk and komen blog ni pun, terima kasih jugak ye.
ada masa, datang la lagi.
^___^

Wednesday, March 28, 2012

mee udang poktek


inilah dia mee udang poktek.
dekat pantai bm, sungai besar.
ni first time try nih.


mangkuk dia bukan main lagi besar.
dah gaya besen dah.
ada ketam sekor.
ada udang besar 2 ekor.
ni spesis udang yang mahal tu tau.
ada ikan kembung 2 ekor.
ada sotong jugak.
sebab sotong dia comel-comel je, maka banyak la dia letak.


kitorang kongsi 3 orang nak makan benda nih.
memang nasib baik beli semangkuk je.
kalau tak, sape nak habiskan?


harga? = RM17.

kerabu mangga pedas


ini memang kerabu mangga favourite sangat.
lagi-lagi kalau kaw kaw punya pedas.
memang mengalir air mata punyalah.


selalu jarang buat makan dengan nasi.
ratah je.
simpan dalam peti ais,
makan time petang-petang.
yummmyyy...

heho..kerja dah siap.

heho heho heho.
seronoknya bila kerja dah siap.
boleh beronline sesuka hati tanpa rasa bersalah kerja belum siap.


tapi tadi terlupa pulak nak mintak sign bos nih.
esok nak kena hantar dah borang nya.
harap esok pagi dia masuk lah.

kerja kerja kerja

hamboi..tulis tajuk pasal kerja.
macam la busy sangat kan.


now dah pukul 10 pagi.
baru la boleh start kerja.
tadi berblog sekejap untuk ambik feel.


jom buat kerja jom.
nanti bos masuk.
harus lah dia kena tengok pekerja dia ni rajin buat kerja.
konon-konon je lah kan.
online je lebih selama ni.
haha
itulah untung duduk bilik hujung sekali.

Tuesday, March 27, 2012

blogger berwajah baru?


bila bukak dashboard tadi,
perasan pulak kotak kuning tu.

Blogger is getting a new look in April. Upgrade Now.

tak pasti benda ni dah lama atau baru je.
sebab baru hari daku perasan.


so, kalau upgrade, apa jadi ek?
ke nak tunggu je april nanti.
tengok dia bertukar jadi macam mana.

main lawan-lawan

dah lama tak bercerita pasal anak kucing cenonet-cenonet dekat rumah tu.
malas nak ambik gambar dorang.
susah kot.
asyik lari sana lari sini.


 kerja dok meanjat je.
geram betul.

 memet ni kesian.
selalu tersisih.
mentang-mentang la memet ni betina.
mamat dengan momot tak nak geng.

tapi tengok la mamat dengan momot ni.
main ganas-ganas.
patut la memet tak nak join.
main lawan-lawan.
sampai luka-luka telinga.
=___="

kereta baru


memperkenalkan kereta baru anak buah aku, hana mustika.
embah (neneknya) yang belanja nih.
untung la jadi cucu sulung.
satu-satunya cucu buat masa sekarang ni pulak tu.
nak apa je dapat.


yang penting, muka berlagak gila bila masuk walker nih.
kalau muzik tu senyap,
sampai di cium-cium tempat muzik tu.
nak tekan sendiri tak reti.
ahaha.


lepas ni mintak dekat tok k (atoknya) motor pulak ye tika.
confirm dapat punya lah.

Monday, March 26, 2012

aktiviti download terbantut

sekali lagi terasa geram sebab aktiviti download drama jepun terbantut.
kali ni download cerita tsuki no koibito.
ada 3 episod yang still belum selesai.
dah la tengah kemucak pulak tu.
ciss cisss.


cerita ni best jugak la.
sebab hero dia kejam.
ego gila.
dan hero dia tetap takuya kimura.
haha.


sape nak download cerita korea, jepun, taiwan and cina,
boleh tengok sini.
boleh buat koleksi.
boleh tengok time malam-malam.
buat hilang rasa mengantuk.

sape tau kes budak perempuan tipu kena rogol tu?

panjang pulak tajuk ni. =____="


tadi pagi ada dengar radio.
budak perempuan akan didakwa sebab buat laporan palsu yang dia dirogol oleh pakwe dia.
sebab sekarang ni malas nak baca bila kes budah hilang atau lari dari rumah ni.


yang aku tahu, budak tu lari dari rumah ikut pakwa dia.
lepas tu dia mengadu yang pakwe dia rogol dia.
bila doktor check, rupanya tipu semata-mata.


pelik la dengan bebudak ni.
dah takde kerja lain kot.
ingat polis kita ni boleh diperbodohkan?
ingat doktor tak pandai?


tak pasal-pasal kena dakwa dengan polis.
hambekkkk kau.

minda terganggu

beberapa hari ni agak ketiadaan mood.
ada something yang berlegar-legar di fikiran.
but hopefully, semuanya akan kembali kepada sedia kala secepat yang mungkin.


bila mood hilang,
blog pun tidak berupdate.
blogwalking pun tidak terbuat.