Saturday, May 12, 2012

tampil berseluar jeans di majlis doa selamat

assalamualaikum semua..:)


siapa tak kerja hari ni? jeles ni dengan orang-orang yang cuti hari ni. sebab aku kena kerja. -___-" nak cuti nak cuti nak cuti. heh. mengada sungguh. haha.


pagi tadi, dapat mesej dari bos. jemput majlis doa selamat dan bacaan yassin sempena pembukaan reban baru dia pukul 10 pagi. perghh..dah nak pergi naik kereta, baru perasan mesej tu. hari ni sabtu, haruslah dah siap-siap pakai blouse dengan jeans sahaja. nak tukar memang tak sempat lah kan. mula gelabah tak pasal-pasal.


laju-laju capai baju kurung yang tak payah nak iron dengan tudung. sumbat je dalam kereta. nanti dekat office je lah baru salin. sampai office, tengok semua pakai seluar je. sebab semua kes tak sempat nak salin baju dah. diorang pakai seluar, haruslah aku ikut diorang sekali kan. maka, akan lah kami ke majlis doa selamat dan bacaan yassin dengan hanya berseluar jeans. tapi mungkin pergi lewat sikit kot. segan nih. -___-"

Friday, May 11, 2012

contest by nora danish

assalamualaikum semua..:)


saya meminati pelakon nora danish kerana i love her soooo much!! kagum sangat tengok, walaupun nora danish dah ada anak, tapi nora sangat-sangat macam gadis remaja. kalau saya ada anak nanti, nak nampak remaja macam dia!! nora danish pun boleh berlakon jadi keanak-anakan and jadi wanita matang. jadi sangat tau.

jom join contest by nora danish jom. bukan senang dapat join contest artis ni. ^__^  nak join, klik sini ye.



p/s : sorry sangat dekat semua sebab hari ni agak busy. tak mampu nak blogwalking. balas komen. tengah kejar deadline hantar sebut harga ni.

payahnya nak parking kereta melintang

assalamualaikum semua..:)




parking kereta melintang macam ni memang susah bagi aku. macam gambar atas ni. siap kena ada orang yang bagi direction nak bagi masuk dalam kotak parking tuh. haruslah ayah aku yang bagi direction tu. yang drive tu siapa? aku? bukan bukan. adik aku tu. 


kalau kotak parking tu lapang, kira 2 kotak tak ada kereta yang park, rasanya boleh lagi masuk kotak tu walaupun lambat. lagi-lagi kalau tengah drive sorang-sorang. gigih wehh nak masukkan kereta dalam kotak tu. -__-"


yang peliknya, masa belajar bawak kereta dulu, dia ajar parking cara ni. rasa senang je kot waktu tu. pusing dua tiga kali. tup tup dah masuk. memang selalunya parking jenis macam ni lah yang akan aku elak. kalau terdesak sangat baru masuk. kehkeh..

Thursday, May 10, 2012

cara guna chopstick

assalamualaikum semua..:)


jumpa ni kat facebook kawan.
haha..aku rasa aku macam ni kot. konon nak guna chopstick. tapi lama-lama hilang sabar nak try guna. kalau mee tu boleh lagi. kalau nasi tu memang payah lah kan. -__-"

jom jahit manik di baju kurung

assalamualaikum semua..:)


terima kasih ye dekat semua yang wish goodluck untuk interview semalam. interview berjalan lancar. cuma tunggu keputusan sahaja. terima kasih juga sesiapa yang datang jenguk sini. nanti akan dibalas kunjungan itu ye. ^__^


kali ni nak bercerita tentang aktiviti menjahit manik dekat baju kurung. aku memang pantang bila buat baju kurung plain. rasa tak meriah pulak. harus lah berkobar-kobar nak bagi blink-blink. tapi kalau nak ikutkan dah lama tak beraktiviti jahit manik ni. last buat untuk baju raya tahun lepas.



 baju dan manik-manik dah tersedia. see..berkedut seribu baju tu..main gumpal-gumpal je. -__-"  beli manik renda yang dah siap tu senang. cantik dan cepat dipasang. semeter RM5.80 je. beli tu pun tak sampai semeter.
 

see. dah siap pasang dekat tangan. tapi tangan je la baru siap. labuci-labuci untuk leher haruslah belum siap lagi. buat sikit, berhenti. buat sikit lagi berhenti. nanti bila dah siap, baru tunjuk ye. ^__^

Wednesday, May 9, 2012

interview kerja

assalamualaikum semua..:)


hari ni terpaksa ambil cuti. berkurang lagi cuti tahunan aku. -___-" bila dah cuti, haruslah tak dapat online. maka entry ni haruslah auto post


alkisahnya cuti ni terpaksa ambil sebab nak pergi interview dekat sungai buloh. walaupun dah kerja, tetap cari jugak kerja lain. mana tau dapat yang lebih baik kan. harapnya interview hari ni berjalan lancar. dah lama ni tak pergi interview. cuak lah pulak.


yang mana datang jenguk sini and tinggalkan jejak kat sini, jangan risau. esok nanti akan dibalas kunjungan itu. ^__^

 jom pergi interview..:)

Tuesday, May 8, 2012

Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara

assalamualaikum semua..:)



jom join giveaway jom.
klik banner ye.


hadiah-hadiahnya :

Hadiah pertama:
Hadiah misteri bernilai RM50.00 dan Ganu FM

Hadiah kedua:
Hadiah misteri bernilai RM40.00 dan Ganu FM

Hadiah ketiga:
Hadiah misteri bernilai RM30.00 dan Ganu FM

Hadiah saguhati:
Ganu FM x 6 pemenang
 
tarikh tutup : 10 jun 2012

accident kena langgar orang

assalamualaikum semua..:)


accident lagi. tapi kali ni bukan aku yang accident. tapi aku accident pun sebelum ni setakat langgar tiang dengan divider longkang je. yang accident kali ni adalah abah aku. kejadian berlaku hari jumaat lepas dekat tanjung karang.


meh nak tunjuk situasi kejadian.



kereta merah tu kereta abah aku. kereta kuning tu pulak kereta budak tu.  panggil budak sebab abah aku cakap, budak tu lagi budak dari aku. huhu. abah aku betul lah ikut jalan utama tu. tetiba entah datang dari mana pulak kereta kuning tu tiba-tiba je keluar simpang. perghhh. abah aku elak tapi terkena jugak. tepat kena dekat tayar. pecah terus tayar tu.


berbekalkan pengalaman kerja sebagai pemandu hampir 30 tahun, dapat juga kawal kereta tu. kalau aku, rasanya tak dapat nak kawal kereta tu kot. huhu. budak tu panggil pakcik dia. pakcik dia mintak ganti rugi kot. tak ada makna ayah aku nak bayar. terus bawak balai. budak tu tak ngaku salah. ayah aku pulak baik hati mengaku salah. -__-" tak pasal-pasal kena saman. tapi setelah berbincang dengan polis tu, dia pun dapat rasa yang ayah ku tak bersalah. tengok kecederaan kereta pun dah boleh tau kan.



tayar pecah dah ganti tayar spare. nampak kemik-kemik and calar balar tu. fuhh..sayang kot. kemik-kemik tu dah ketuk sikit. tapi calar tu tak boleh nak hilang lah kan.


nak pergi repair tayar kereta. ^__^

tarikh pilihanraya umum 2012

assalamualaikum semua..:)


nampaknya pilihanraya tahun ni, boleh lah melibatkan diri. dah layak mengundi lah katakan. dah siap-siap daftar dah hari tu. padahal umur 23 baru nak sibuk mendaftar. hikhik.


tapi, bila tarikh pilihan raya ni ye? ada ura-ura bulan 6. ada ura-ura jugak katanya cuti sekolah bulan 6 tu. ni baru tadi search katanya awal bulan 7 pulak. -__-"


kenapa aku sibuk sangat nih? macam semangat sangat je nak mengundi. hakhak. tidakkk sama sekali. sebabnya, kitorang satu family nak bercuti ke melaka cuti sekolah bulan 6 tu. haruslah nak book apartment siap-siap kan. cuti sekolah ni mesti ramai yang nak pergi bercuti. nanti kalau book siap-siap, tiba-tiba kena dengan tarikh pilihanraya. camne? camne?

Monday, May 7, 2012

siti nurhaliza berselendang agak litup

assalamualaikum semua..:)


seperti biasa, seperti hari-hari lain. rutin harian adalah bukak beautiful nara. nampak sangat suka baca gosip artis. hakhak. seronok apa baca tentang dunia hiburan. mana tau ada gosip-gosip hangat. ^__^


hari ni bila bukak beautiful nara, tengok gambar siti nurhaliza pakai selendang yang agak litup jugak la. cuma nampak leher sikit. copp..bukan nak gosip tentang nampak leher ke apa tau. cuma aku rasa siti nampak cantik sangat. nampak lebih muda bila pakai selendang macam tu tau..


kredit gambar : beautiful nara


cop...siti nurhaliza dan khairul famhi? itu gambar masa ujibakat simplisity star search. khairul fahmi kan salah sorang duta untuk perfume simplysiti. nak tengok lagi gambar siti? pergi terjah post siti nurhaliza di KB mall untuk simplysity star search.

siapa hermantino?

assalamualaikum dan semat hari isnin semua..:)


hari sabtu lepas, sementara tunggu ayah tengah menyelesaikan sedikit urusan, duduk jelah melangu tak tahu nak buat apa. datang seorang pakcik dan dua orang makcik. seperti biasa, hadiahkan senyuman. :)


pakcik tu sangat lah peramah. macam-macam ditanya nya. buat urusan apa. dari mana. duduk mana. kerja mana. aku pun jawab je lah. bila pakcik tu tak tnya dah, aku senyap lah termenung semula. bila pakcik tu tanya lagi, aku jawab lagi.


last sekali, pakcik tu bagi soalan cepu emas dekat aku.

pakcik : kenal saya tak?
aku : tak. (sambil senyum dan buat muka pelik.)
pacik : saya hermantino.
aku : oooo..(sambil senyum lagi..)


perghh. jujur je aku cakap tak kenal. memang ku tahu siapa itu hermantino. tapi jujur aku tak kenal rupanya macam mana. -__-"  maaflah pakcik. mesti dia rasa bebudak sekarang tak kenal artis dolu-dolu ni. satu family gelakkan aku hari tu.