assalamualaikum dan semat hari isnin semua..:)
hari sabtu lepas, sementara tunggu ayah tengah menyelesaikan sedikit urusan, duduk jelah melangu tak tahu nak buat apa. datang seorang pakcik dan dua orang makcik. seperti biasa, hadiahkan senyuman. :)
pakcik tu sangat lah peramah. macam-macam ditanya nya. buat urusan apa. dari mana. duduk mana. kerja mana. aku pun jawab je lah. bila pakcik tu tak tnya dah, aku senyap lah termenung semula. bila pakcik tu tanya lagi, aku jawab lagi.
last sekali, pakcik tu bagi soalan cepu emas dekat aku.
pakcik : kenal saya tak?
aku : tak. (sambil senyum dan buat muka pelik.)
pacik : saya hermantino.
aku : oooo..(sambil senyum lagi..)
perghh. jujur je aku cakap tak kenal. memang ku tahu siapa itu hermantino. tapi jujur aku tak kenal rupanya macam mana. -__-" maaflah pakcik. mesti dia rasa bebudak sekarang tak kenal artis dolu-dolu ni. satu family gelakkan aku hari tu.