Saturday, May 26, 2012

buah delima



buah delima ni memang favourite. sedap sangat. tapi gigih lah nak makan sebutir-sebutir kan. pesen aku ni pulak, makan buah delima ni, biji dia kena buang. tak reti nak makan dengan biji-biji dia sekali. mak, ayah, nenek aku semua gelak kat aku sebab gigih makan buang biji. orang dah habis sebiji, aku suku pun belum habis. -___-"


korang makan buah delima ni, dengan biji ke buang biji? tak sabar nak tunggu pokok delima kat rumah tu membesar dan berbuah. ^__^

Friday, May 25, 2012

pelaburan ASB

alhamdulillah. permohonan pinjaman pelaburan ASB dah diluluskan. ada juga lah simpanan untuk masa depan nanti. walaupun pinjaman itu hanya akan dapat selepas habis bayar semua pinjaman tu nanti, tapi aku rasa ia berbaloi.


kalau nak mengharapkan simpan sendiri setiap bulan, aku tak rasa aku akan dapat simpan banyak-banyak. itu pun entah bulan ni simpan. bulan depan tak simpan. bulan depan lagi baru simpan lagi. -__-"

Thursday, May 24, 2012

awas penunggang motosikal !!

malam tadi, balik ot agak lewat. seperti biasa, drive berhati-hati. orang rabun silau memang kena hati-hati kalau drive malam. yang aku perasan, kereta malam tadi berdesup-desup lajunya. memang malam-malam orang bawak laju-laju ke? sebabnya, aku tengok belakang kereta aku berderet kereta. dalam sekelip mata, aku jadi kereta last kat belakang sekali. -___-"


lagi satu sebab aku kena berhati-hati adalah disebabkan penunggang motosikal. kenapa? sebab kebanyakan motor malam tadi tak ada lampu belakang. bahaya betul. nampak bayang-bayang je macam benda gerak-gerak. sekali rupanya motor. nasib baik tak langgar.


penunggang motosikal, sila periksa lampu belakang anda ye. kalau duduk bandar, tak kisah lah sebab cahaya terang benderang. ni jalan kampung. nak jumpa lampu jalan pun payah. sudah lah jalan gelap, motor gelap, baju gelap, helmet gelap, kulit pulak tak berapa cerah. -__-"

Wednesday, May 23, 2012

bekalan dikala OT



inilah dia stok bekalan untuk OT malam ni. ahhhhh. OT lagi. minggu ni banyak pula kerjanya. sekali datang, "hambekkk kau.."  pening kepala mengira. penat tangan menulis. sorang pulak dekat office..


geram tengok air tu. mintak air kurang manis. dapat yang manis juga. roti dan jajan tu je lah untuk alas perut. kenapa tak beli nasi? sebab dah tau mak mesti dah masak nasi dekat rumah. kena lah makan nasi kat rumah.

momot dah beransur sihat. ^__^

setelah beberapa hari momot demam. setelah beberapa hari kena paksa makan ubat. setelah beberapa hari juga dia berak cirit merata-rata. -___-"  akhirnya, momot makin sihat. wahhhh..bagus lah momot. sihat terus ye.


 "miawwww.."
kelakar beul dengar si momot ni mengiaw. suara serak je. mungkin masa dia demam batuk hari tu, dia tak de suara. sebab senyap je. ni dah boleh bersuara. cuma serak je lah.

mata belum segar lagi. maksudnya momot masih belum sihat sepenuhnya.

pandang-pandang, tenung-tenung

selamat pagi semua..:)


pernah tak anda alami situasi kena tenung oleh seseorang? lebih-lebih pulak, orang tu tenung lama pulak tu. mesti rasa tak selesa kan. 

apa yang kita fikir mesti :

1) dia kenal aku ke?
2) muka aku ni comot ke? tudung tak betul ke?
3) ada buat salah ke?


last sekali, mesti rasa macam nak blah cepat-cepat je. tak pun rasa macam nak tegur, "eh..kenapa tenung macam tu sekali? tak pernah tengok orang cantik ek?" hahaha. mesti dia pun rasa dah taknak tengok dah lepas ni.


ni situasi aku sekarang ni. budak perempuan kerja dekat kedai bawah ni asyik tengok-tengok je bila aku nak balik kerja. kadang tu kalau nak keluar ke mana-mana pun, dia selalu tengok. officemate aku pun kena jugak macam tu. pandang lama pulak tu. hishhhh.

Tuesday, May 22, 2012

kerja menimbun

fuhhh..sekarang ni baru mampu menarik nafas lega. banyak pulak kerja harini. sampai nak nukak blog pun tak sempat. -__-" tadi dah selesai 1 kerja. tapi lepas ni ke sambung kerja lain pulak. wahhhh.. feninnnnnn.


mungkin hari ni tak dapat nak blogwalking. T__T

Monday, May 21, 2012

masak kuah yong tau fu



tada....ni lah dia yong tau fu buat sendiri. tengok blogger yui buat, teringin jugak nak buat. resepi senang je pulak tu.. thanks yui kongsi resepi. boleh tahan jugak rasanya. licin terus. tapi rasanya macam ada yang kurang. first time buat kan. ^__^


bahannya cuma,:


1. cili kering
2. belacan
3. gula melaka
4. tepung jagung
4. garam, gula (kalau kurang manis), ajinamoto

cara :

1. blend cili kering + belacan
2. didihkan air dalam periuk. masukkan gula melaka.
3. bila gula melaka cair, masukkan cili kering dan belacan yang dah blend tadi.
4. masukkan tepung jagung untuk bagi pekat.
5. bubuh bahan garam, gula, ajinamoto secukup rasa.


simple kan resepi dia. lepas ni boleh buat lagi. ^__^

nilai duit dulu dan kini

happy monday semua..:)


beza RM 50 dulu dan kini.

sekolah rendah : perghhh..dapat RM50 ni, memang seronok gila lah. susah woo nak dapat. tunggu raya baru dapat. memang simpan elok-elok dalam tabung. tak pun terus ayah masukkan dalam bank. tak nak guna.

sekolah menengah : ni selalu belanja bulanan. sebab duduk asrama kan. makan minum free. duit ni pun habis sebab outing. 

asasi : time ni RM 50 ni cuma boleh tahan seminggu je. tu pun makan jimat-jimat. -__-"

degree : time degree, memang RM 50 ni tak sampai seminggu lah kan. sebab asyik keluar berjalan je. memang tak reti berjimat langsung.

kerja : kalau ada RM50 dalam beg, rasa macam dah tak ada duit dah. kadang-kadang nilai duit tu rasa sikit sangat. beli itu ini, tup tup dah habis. 


makin lama nilai duit tu rasa makin sikit. kalau dulu ingatkan bila dah kerja, memang heaven gila lah banyak duit. rupanya sama je. makin kita ada pendapatan, makin banyak keinginan kita. lagi-lagi bila ada kereta. pergh..laju je duit jalan.

Sunday, May 20, 2012

laptop rosak

salam ahad semua..:)


sekarang ni agak kebosanan di rumah. sebab laptop dah rosak. wahh..sedih..tak dapat nak main game malam-malam. tak dapat nak layan drama korea dengan jepun malam-malam. 


setelah 4 tahun berkhidmat, inilah pertama kali dia buat hal. on je, dia tak nak hidup. on lagi, dia taknak hidup jugak. apakah masalah dia? memang kena hantar kedai lah nampaknya. -__-"