Friday, June 15, 2012

GA : Saya Nak Lipstik Kolagen

klik banner ye untuk join.

tutup 30 jun 2012.

Thursday, June 14, 2012

rindu tika the bambam


rindu pulak dekat hana mustika ni.
tak puas lagi nak cubit-cubit pipi dia yang bambam tu ha.
sekarang tika dah masuk 8 bulan.
makin lasak dah dia ni.
semua benda nak dicapai.
mak cakap, raya ni balang kuih raya semua kena plastik. haha. takut pecah.

kamera ada. tapi...

pagi ni awal pagi dah letak kamera dalam beg. sebab semalam dah lupa. hari ni disebabkan tak nak lupa lagi, siap-siap masuk dalam beg dah. semangat nak update entri bergambar yang baru.


baru je nak transfer gambar, baru perasan yang cable tak bawak. apa guna ada kamera kalau cable tak ada. -__-"


maka, terbantut lah kesemangatan nak update entri bergambar untuk hari ni.

muzium yang kena bukak kasut memang terbaik.

last day dekat melaka hari tu, luangkan masa pergi beberapa muzium. dalam 3 muzium je tak silap. muzium setem, muzium dunia melayu dunia islam, istana kesultanan melaka. nak masuk ni haruslah semua berbayar. tiket sorang RM2. kanak-kanak pula, sorang RM1.


muzium ni semua kena buka kasut bila nak masuk tau. kenapa aku suka sebab kena buka kasut? jom layan gambar jom.


 bagi si bayi yang baru belajar merangkak macam ni, memang dia suka kalau dapat bebas begini.
meniarap, guling-guling sesuka hati.


 embah (nenek) melayan karenah cucunya.


 hamboi. baring tak ingat dunia.
bila dah penat, macam ni lah gaya nya. 


 sesi santai dan gosip.


bertambah ahli bergosip.

anda 10 tahun yang dulu

pagi-pagi dalam kereta haruslah dengar hot fm. sebab selalu diorang pagi-pagi ada topik yang dibincangkan. sebab aku memang tak suka dengar lagu-lagu ni, aku lebih suka dengar orang bercakap dalam radio tu.


so, topik pagi ni adalah, anda 10 tahun yang dulu


10 tahun yang dulu, maksudnya, umur aku 13 tahun. tingkatan 1. wahhh..kecilnya rasa. memang kurus habis lah. tulang je yang ada rasanya. jap..meh tunjuk gambar jap.


ha....aku yang pakai baju sekolah tu ha...se...kurus kan. ini sebenarnya gambar masa darjah 6..tapi dah akhir tahun dah..tak berubah pun badan aku masa darjah enam dengan tingkatan 1. 


masa tingkatan 1 tu lah, pertama kali aku masuk asrama. jauh pula tu. duduk jengka, pahang. sekolah pulak dekat batu pahat, johor. betapa perlunya berdikari. nak balik rumah, harapkan cuti sekolah yang panjang je lah. itu pun, naik lah bas sendiri. mak ayah nak jenguk? heh! tak ada maknanya. jauh kot. kos tu haruslah tinggi. ayah aku selalu cakap, "daripada abah hantar atau tengok anis dekat sekolah, lebih baik duit minyak kereta tu abah bagi anis buat belanja. anis nak mana?" woahhh..haruslah aku pilih jadi duit belanja. hihi.


tapi sekarang ni aku bersyukur, dengan usia yang masih muda, aku dah boleh hidup sendiri. aku tak takut untuk berdikari. ^___^

Tuesday, June 12, 2012

laptop rosak = mati kutu

laptop aku yang rosak kat rumah tu, masih belum dibaiki lagi. dah hantar kedai. dia kata nak repair, RM700. peerghhhhh...baik beli baru. bak kata pipie, dah macam nak repair enjin kereta dah gayanya. tapi sayang la dekat laptop tu. dah 4 tahun bersama. sobs sobs.


sekarang ni, bila laptop tak ada, memang mati kutu malam-malam. tak tahu nak buat apa. tengok tv pun, tengah-tengah malam bukan ada cerita menarik. rindu nak layan drama korea dengan drama jepun.

LUCKY DRAW BY WWW.MYADYNA.COM



join jom..:)

tutup 13 jun..tak lama dah..esok je tau.

menara taming sari melaka

eh..sambung semula kisah jalan-jalan melaka. kali ni cerita naik menara taming sari pula. kitorang naik menara ni, selepas habis naik river cruise. harus lah dah lewat masa tu. tapi sebab nak juga merasa naik menara tu, tetap gigih beratur. -__-"


harga tiket : siang : dewasa RM10, kanak-kanak RM5
harga tiket : malam : dewasa RM15, kanak-kanak RM10
 

 view menara taming sari dari jalan.


view menara taming sari dari bawah.


 budak yang membazirkan RM15. cisss..menjerit takut je kerja. dari bawah sampai ke atas, sampai turun balik, macam tu jelah kedudukan dia. siapa budak tu? ni dia.


 view dari atas. gambar blurr sebab tak sempat belajar setting kamera apa yang buatkan gambar tak blur. sebab menara tu kan dia pusing-pusing.


 gigihkan diri lawan rasa takut untuk berdiri.

Monday, June 11, 2012

merah mak ngah



lama pula rasanya tak tepek gambar syok sendiri macam ni. -__-"  gambar ni nak menunjuk yang aku hari ni rajin. sebab tu hari ni pakai tudung bawal. serious dah tak berapa pandai pakai tudung bawal. tak berapa kemas dah. -__-"


inilah akibat kalau asyik sarung tudung express je. disebabkan tudung express merah mak ngah tak ada dalam koleksi, kena lah bergantung pada tudung bawal ni dulu. kena cari tudung ekspress merah mak ngah ni. tak rajin aku nak pakai tudung bawal ni dah.

GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger


klik banner ye..boleh join..:)

tutup : 1 julai 2012

nak tag : azee

manik baju kurung


inilah dia hasil jahitan manik. perghh..lama kot nak siapkan jahitan yang seciput ni ha. nampak sangat kemalasan menguasai diri. beli manik bukan main banyak. guna secoet je ha. haishhh..kena cari baju purple lagi ni. sayang la manik banyak tak berguna kan.

Sunday, June 10, 2012

mobil dan esso jadi pilihan

dalam banyak-banyak stesyen minyak, stesyen minyak mana pilihan anda? kalau aku, aku lebih sukakan mobil dan esso. nak ikutkan mobil dengan esso ni sama company je. memang setia je dengan yang ni. siap buat kad kutip points lagi. ^__^


bagi aku, isi minyak dekat mobil dengan esso ni rasa lebih jimat. pernah isi minyak dekat petronas, perghhh..laju je habis. tobat tak nak isi dekat petronas dah. sorry ye petronas. hihi. lagi satu kalau nak lebih jimat, isi minyak pagi-pagi dengan malam-malam. aku akui penjimatannya.


tadi bukak facebook, jumpa gambar tentang minyak ni.



memang terbukti apa yang aku rasa. gambar tu tunjuk kandungan minyak dalam harga yang sama. haruslah aku setia dengan esso dengan mobil je lah. lagi-lagi, dekat mobil sungai besar ni, tak payah susah-susah layan diri. haha.