hari tu dah menyatakan keinginan yang membuak-buak untuk beli novel. sempat lah jugak hari tu jejak kaki kat kedai buku. ohhhh. sungai besar ni tak ada kedai buku yang besar. -____-" setakat kedai buku kecik-kecik sahaja. buku pun tak lah terlalu banyak pilihan macam mph tu...huwaa...rindu pulak nak pergi mph.
tapi.... lama punya lama aku kat kedai buku tu, last last, keluar dengan tangan kosong. ahhh...pening! tak tahu nak beli novel apa. kalau novel cinta, semua tajuk lebih kurang. sinopsis pun lebih kurang. memang payah nak buat pilihan.
novel bahlut karya faisal tehrani
aku ada jugak belek-belek buku atas ni. novel bahlut. aku baca sinopsis dia, kisah pasal orang asli. macam best je. aku kan suka cerita lain dari yang lain. ^__^ lagipun, sejak aku baca novel tunggu teduh dulu karya faisal tehrani ni, aku suka pulak karya dia. gaya penulisan dia memang best. pernah dapat anugerah karyawan sastera kot. so, anyone pernah baca novel atas ni?