Saturday, October 20, 2012

download game free!!

aku suka sangat main game. 
dari zaman belajar dulu.
sampai lah sekarang walaupun dah kerja. -___-"


game yang paling aku suka, cari barang yang tersembunyi.
kalau boleh, nak masuk terus dalam screen laptop tu sebab dah geram carik barang tak jumpa-jumpa kan.
kalau game yang payah-payah tu, memang tak de lah aku nak main.


and, tempat aku download game haruslah
sebab game dia free je.
boleh lah download sesuka hati. 
^__^


korang ada website lain yang boleh download game free tak?
share lah ye.
^__^



Friday, October 19, 2012

review produk : simply siti bejeweled powder foundation

salam jumaat semua... ^__^


kali ni aku nak review simply siti bejeweled powder foundation.


seee. blink blink gituu kan. sebelum ni aku pakai compact powder 2 way cake tu je. memang syokkk sangat. after 10 months, baru bedak tu habis. lama betul bedak tu bertahan.  bila pergi watsons hari tu, compact powder 2 way cake tu tengah tak ada sale.  so, harga dia dalam RM60 macam tu la. and, aku nampak bedak kat atas tu tengah ada sale. harga dalam RM48++ . kalau tak harga dia RM60++ jugak lah. so, aku pun beli lah yang murah sedikit kan. jimattt. yang penting, simply siti. haha.. ^__^



ni dalam dia. aku ambik kaler medium. dia ada dua kaler je. light and medium. and haruslah ambik medium kan. bukannya aku putih pun. kang ada yang jadi tepung gomak. haha. tapi sebenarnya, kaler medium pun agak cerah jugak. tak ada lah gelap pun kaler dia.


kalau nak dibandingkan dengan compact powder 2 way cake, saiz bejeweled powder foundation ni agak kecik sikit. sikit je lah. lagipun dia tak ada penutup dekat bahagian bedak tu. and bagi aku, aku suka lagi pakai compact powder 2 way cake. sebab lebih gebusss gebuss gitu. yang bejeweled ni pun gebus, lembut jugak. tapi mungkin dah pernah pakai yang lagi gebusss kan.


and aku rasa, bejeweled powder foundation ni tahan lama juga. sebab dah berkali-kali tenyah dekat muka, logo simplysiti dekat atas bedak tu still belum hilang. mungkin the next 10 months baru habis jugak kot. huhu. 


p/s : aku bukanlah peminat siti. seriously, dulu-dulu, aku tak minat pun dia. biasa-biasa je. tapi sejak dia ada produk ni, aku suka pulak. haha. dan memang aku suka produk-produk dia. ^__^





Thursday, October 18, 2012

hooyeehhh..sukanya hari ni

seronoknya rasa hari ni.
bila tender dah siap hantar semalam.
tenang and lega sikit rasa.
tambah pulak, bos tak ada hari ni.
lagi lah sukaaaa. ^___^
baru lah kejap je rasa masa berlalu macam ni.


 yeay... melonjak gembira.
hahaha. over betul.

Wednesday, October 17, 2012

momot yang semakin gemoksss

momot yang semkin besar dan gemoks
dan muka yang semakin ganas
tak sia-sia bagi makan banyak-banyak.
haha.
bila main lari-lari, lompat-lompat,
gedebuk gedebak bunyi nya.
dah macam nangka busuk jatuh dah.


Tuesday, October 16, 2012

tika terkedek-kedek sorong stroller


 terkedek-kedek budak ni jalan nak sorong mainan dia tu.
budak baru dapat "kaki", excited la dia nak jalan kan.
see. sama tinggi je dia dengan stroller tu.
habis keliling rumah dia sorong.


tapi lama-lama.
-
-
-
-
-



dah tunggang terbalik dah.
misi, nak cabut segala tayar yang ada.
-___-"

Monday, October 15, 2012

nak wujudkan hari poligami?



klik link dekat atas ye untuk dengar.
aku ambik dari page hotfm.
ni aku dengar masa dalam kereta nak pergi kerja pagi tadi.
serious aku tak suka perempuan tu.
walaupun aku belum berkahwin, tapi aku tetap ada mak abah.
suka hati je cakap,
"kalau lelaki tu dah ada yang lain, paham-paham la yang dia dah taknak dekat isteri pertama tu. mintak je lah cerai."
lebih kurang macam tu lah ayat dia.
apa pun, cuba dengar dulu ye.
lepas tu boleh la komen.