Thursday, October 25, 2012

kasut baru?

salam khamis semua..
ada sesiapa yang dah cuti ke hari ni?
esok kan dah raya haji.
^____^


hari tu, tengah aku nak pergi kerja, tetiba je dapat soalan cepu emas dari mak. "tak tukar kasut ke? asyik kasut tu je." yes. sekarang ni aku cuma ada satu je kasut. kasut tu high heels. itulah kasut pergi kerja, itulah kasut pergi jalan-jalan, even pasar malam pun.  sebab kalau dulu, aku memang ada banyak kasut.  memang habis rak kasut tu aku penuhkan.


tetiba je mak suruh beli kasut lagi. ni memang pelik. sebab sebelum ni, selalu sangat kena bebel dengan mak sebab asyik beli kasut je. alahai lah mak. mak mungkin rindu kot nak membebel dekat aku. -___-"


tak tahu lah kenapa, sekarang ni nafsu shopping tu dah agak berkurangan sedikit. tapi, sekarang nafsu beli makanan tu lebih cemerlang. memang patut lah berat badan pun naik dengan jayanya. dah lali dengar orang cakap, "anis, makin berisi la."    "anis, makin tembam la."   "anis, gemok ko sekarang."  haissshhh. macam mana nak dapat 50 kg ni.


Wednesday, October 24, 2012

penangan zinger double down

happy wednesday semuaaa.. ^__^
dari pagi tadi tak ada mood nak berblog. 
sekarang baru lah terasa mood tu datang.
penangan zinger double down yang baru ku makan tadi mungkin?
haha


gambar? tak sempat nak ambik gambar kot.
dah krook kraaak krook kraaak perut tadi.
haruslah terus ngap tanpa berfikir panjang.



bagi aku, zinger double down tuh sedap.
alaaa..rasa ayam goreng kepsi biasa tu je pun.
tambah dengan cheese...perghhhh.
meletup gitu...
tapiiii.
aku ambik combo, haruslah sekali dengan cheesy wedges kan.
sekarang ni, still aku rasa muak cheese.
 padahal tadi makan tak hingat.
tetiba sekarang terasa nak makan sayur je.
-____-"


Tuesday, October 23, 2012

benci jadi cinta vs my girl

anda-anda semua tengok tak sinetron benci jadi cinta dekat astro ria tu?
hari isnin - jumaat , pukul 6.30 petang.
aku baru je layan cerita tu.
sekali tengok, "eh! kenapa macam familiar je cerita ni?"
lebih kurang macam drama korea, my girl.
rupanya, memang adaptasi dari cerita my girl tu pun.
cuma tak la sebijik sejiban kan.
cerita my girl tu memang best. 
ulang-ulang tengok pun tak jemu.
so, haruslah cerita benci jadi cinta tu best jugak.
seronok layan petang-petang.


tapiiiiii.
baru kutahu, cerita tu sampai episod 136 ke 138 entah.
fuhhh!! tarik napas.
my girl ada 16 episod je.
wahhhh. memang gigih lah kalau nak layan sampai beratus episod.
apa-apa cerita pun, kalau dah sampai episod 30 dan keatas, memang tak akan ku tengok.
bukan apa, sebab mesti banyak konfliknya.
dan aku bukan jenis yang suka tengok cerita yang terlalu banyak konflik.
maka, bye-bye benci jadi cinta.
tengok my girl je lah.
huhu.


my first trying - tika gendut

percubaan pertama lukis ni.
haha. jadi kah?
meh tengok gambar asal.


hahaha. possing je kot jadi.
payah rupanya nak buat vector ni. 
-____-"

bab mewarna, memang fail sangat.

Monday, October 22, 2012

aku bercerita - novel baru ramlee awang murshid


khabarnya, novel ni akan keluar bulan 12 nanti.
hoyehhhh. tak sabar nak tunggu.
^___^