salam khamis semua..
ada sesiapa yang dah cuti ke hari ni?
esok kan dah raya haji.
^____^
hari tu, tengah aku nak pergi kerja, tetiba je dapat soalan cepu emas dari mak. "tak tukar kasut ke? asyik kasut tu je." yes. sekarang ni aku cuma ada satu je kasut. kasut tu high heels. itulah kasut pergi kerja, itulah kasut pergi jalan-jalan, even pasar malam pun. sebab kalau dulu, aku memang ada banyak kasut. memang habis rak kasut tu aku penuhkan.
tetiba je mak suruh beli kasut lagi. ni memang pelik. sebab sebelum ni, selalu sangat kena bebel dengan mak sebab asyik beli kasut je. alahai lah mak. mak mungkin rindu kot nak membebel dekat aku. -___-"
tak tahu lah kenapa, sekarang ni nafsu shopping tu dah agak berkurangan sedikit. tapi, sekarang nafsu beli makanan tu lebih cemerlang. memang patut lah berat badan pun naik dengan jayanya. dah lali dengar orang cakap, "anis, makin berisi la." "anis, makin tembam la." "anis, gemok ko sekarang." haissshhh. macam mana nak dapat 50 kg ni.