salam jumaat semuaaaa. ^__^
semalam tengah tunggu photostat dokumen dekat kedai. sudah lah agak bengang bila diorang buat kerja lambat. kalau lambat sebab ramai tak pe, ni lambat sebab tengok handphone dulu. lepas tu, dia pergi photostat dokumen orang bangsa dia dulu yang datang kemudian. haisshhh. tercongok aku dekat depan tu lama bukan main.
masa tengah tunggu dokumen tu siap, aku nampak sorang pakcik yang dah agak berumur. keadaan dia sangat tak terurus. sekali pandang macam orang yang agak tidak betul mentalnya. dia mintak pinjam pen dengan kertas dekat kedai tu. tokey kedai tu membebel bising sebab asyik pinjam je. lepas tu tak pulangkan semula.
lepas aku keluar dari kedai tu, nampak pakcik tadi tu tengah duduk bersila dekat kaki lima sambil menulis something. aku pun intai lah tengok. sekali rupanya, nombor ekor! hishhhh. apa lah pakcik ni. kaki nombor ekor sampai boleh jadi tak terurus macam tu. -___-"
lepas tengok kejadian tu, terus terdetik dalam hati, "semoga orang-orang terdekat dan tersayang dalam hidup aku tak akan terjebak sebegitu"