Friday, November 2, 2012

kaki nombor ekor

salam jumaat semuaaaa. ^__^


semalam tengah tunggu photostat dokumen dekat kedai. sudah lah agak bengang bila diorang buat kerja lambat. kalau lambat sebab ramai tak pe, ni lambat sebab tengok handphone dulu. lepas tu, dia pergi photostat dokumen orang bangsa dia dulu yang datang kemudian. haisshhh. tercongok aku dekat depan tu lama bukan main.


masa tengah tunggu dokumen tu siap, aku nampak sorang pakcik yang dah agak berumur. keadaan dia sangat tak terurus. sekali pandang macam orang yang agak tidak betul mentalnya. dia mintak pinjam pen dengan kertas dekat kedai tu. tokey kedai tu membebel bising sebab asyik pinjam je. lepas tu tak pulangkan semula. 


lepas aku keluar dari kedai tu, nampak pakcik tadi tu tengah duduk bersila dekat kaki lima sambil menulis something. aku pun intai lah tengok. sekali rupanya, nombor ekor! hishhhh. apa lah pakcik ni. kaki nombor ekor sampai boleh jadi tak terurus macam tu. -___-"


lepas tengok kejadian tu, terus terdetik dalam hati, "semoga orang-orang terdekat dan tersayang dalam hidup aku tak akan terjebak sebegitu"


Wednesday, October 31, 2012

jahit manik simple atas tudung

simple manik pearl bracelet atas tudung.
mak yang request macam ni.
nak letak lebih-lebih tak boleh.
sebab memang mak nak yang simple macam ni je.


Monday, October 29, 2012

letih dan lemau

selamat pagi semua. amacam cuti? seronok? ke ada yang tengah cuti lagi hari ni?


hari ni pergi kerja dengan keadaan yang sangat letih dan lemau. semua ni sebab pengisian cuti aidiladha yang sangat padat. mula hari khamis petang, redah jem gerak ke PD. raya rumah kakak dekat sana. tapi tak macam raya pun. lebih macam, lepak-lepak rumah kakak. haha.


jumaat petang pulak, gerak ke keratong, pahang. bermalam dekat sana 1 malam. sepupu bertunang hari sabtu tu. harus lah rewang-rewang juga kan. padahal rewang sikit jek pun. makan je lebih. -____-"


sabtu petang pulak, gerak ke jengka, pahang. bermalam dekat sana 1 malam. sebab makcik buat kenduri tahlil dan buat korban. rewang lagi. tapi, still makan je lebih. ada sup tulang dengan ikan patin masak tempoyak tu. mau tak bermangkuk-mangkuk masuk dalam perut. 


jadi, ahad petang semalam, baru lah gerak balik ke rumah semula. gerak dari jengka pukul 3 petang. sampai rumah pukul 1 pagi. perghhhh. kematu punggung. memang jem teruk sangat-sangat. 


maka, pagi ni datang kerja dengan lemau dan letih. kalaulah bukan disebabkan kehabisan cuti, memang sah aku cuti hari ni. tapi angan-angan je lah. sebab AL tinggal 2 hari jek. sehari nak guna jumaat ni. sehari lagi kena simpan kot-kot terpaksa guna nanti kan.


so, macam mana cerita cuti raya anda-anda semua?

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...