ni lah mee segera favourite aku sekarang ni.. Even perasa ayam, tapi pedas-pedas gitu. Kena dengan selera. Ni aku makan masa dalam kereta hari raya pertama hari tu. Dah muak kooo tiap rumah makan rendang. Sooo, segarkan tekak dengan mamee chef ayam ni. Baru boleh sambung makan rendang lagi. Heeee..
Thursday, August 7, 2014
Wednesday, August 6, 2014
tat nenas sedap
Hari ni je aku dah melantak separuh bekas tat nenas dekat office. Sedap giloooss.. Gebu, lembut dan tak manis. Mula-mula tengok rupanya, macam tak best je nak makan. Sekali makan. Hambekk.. Tak boleh berhenti. Tak bagi orang lain dah. Makan sendiri je. Haha.
Tuesday, August 5, 2014
Pantang larang suami isteri
Semalam jumpa kata-kata ni dekat facebook. Dan aku setuju 100%. Kalau dah nak kahwin tu, jangan lah sesekali ingat atau berhubung dengan EX girlfriend ke, EX boyfriend ke.. 100% NOOO!! Walaupun kekononnya cuma nak berkawan. Tapi rasanya tak perlu kot. Mungkin pasangan kita yang sekarang ni tak kisah. Tapi dalam hati, siapa yang tahu kan?
Pernah dengar seseorang cakap, kalau kahwin tak payah lah jemput ex-ex kita. Bukan kita tahu apa yang pasangan kita rasa kan. Entah selesa ke, entah tak selesa ke. Kalau ex-ex kita kahwin pula, seeloknya, tak payah lah datang. Bukan kita tahu perasaan pasangan dia kan.
Apatah lagi simpan gambar-gambar kekasih lama. A big NO NO NO. Selepas kahwin, hidup kita bersama pasangan kita. Berkongsi kehidupan susah dan senang.
Yup. Aku tahu aku baru berkahwin 6 bulan. Banyak lagi yang perlu aku tempuhi. Bak kata suami, perkahwinan ini kita yang kemudi. Jika kita nak membawa ke jalan bahagia dan diredhai, bahagia lah kita. Jika kita nak membawa ke jalan lain, ke lain lah kita.
Monday, August 4, 2014
Raya di rumah Mertua
Tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya di rumah mertua. Perasaan? Bagi aku perasaan tu biasa sahaja. Tak adalah nak sedih sangat. Sebab kita kena anggap family mertua tu sebagai family kita juga. Sayang suami, sayangkan juga keluarganya.
Pengalaman yang paling stress adalah, Jemmmm!! Haha. Almaklumlah, sebelum ni steady je balik Sekinchan kan. Lengang je tak payah nak ngadap jem beria-ia. Kali ni, balik ke Jengka. Hambik kauuuu.. Sepatutnya 2 jam dah boleh sampai golek-golek atas katil, ko golek-golek lah dalam kereta 8 jam.
Haaa.. Nampak duyut-duyut kereta tu? Dari gelap bawak ke tengah hari ko baru sampai. Subuh pun tepi highway je. Sebab tak sempat nak sampai RnR. Tapi ni semua pengalaman. Kalau tak, tak merasa la jem balik kampung kan. heeeee..
Dekat rumah mertua, tak beraya sangat sebab tak ramai sangat kaum kerabatnya. So, dah pesan dkat suami siap-siap, ready stamina untuk raya dekat rumah aku pula raya ke3 sampai raya ke6. Haha.