Wednesday, August 5, 2015

Husna dan botol susu pilihan

Aku mula ajar Husna guna botol susu sejak umur dia 2 minggu macam tu. Mula-mula aku guna botol Tommee Tippee. Memang dia okay je minum. Tapi Husna kerap kembung masa tu. So, ada orang suggest aku tukar ke botol yang anti colic.

Aku pergi kedai barang baby, dia suggest botol Dr. Brown dengan MAM. 

 
Harus lah aku tak pilih botol susu Dr. Brown ni sebab tak cantik. Haha. 

Sooo, aku pilih MAM.

 

Aku pilih ni sebab comel sikit botolnya. Puting jenis leper. Bawah boleh bukak. Harga masa tu RM39 untuk 9oz. RM35 untuk 5oz.

Husna pun selesa dengan botol ni sampai sekarang. 
 

Dan bila aku try bagi botol susu lain, yang puting jenis normal macam biasa, Husna dia mesti tak nak. Dan dia suka gigit-gigit. Mungkin ingat mainan. Alahaiii la Husna. Dah pandai memilih. Nasib la MAM ni tak mahal macam mimijumi tu.

Semalam baru order botol susu MAM baru dengan training bottle MAM untuk Husna. Tak sabar tunggu barang sampai.

9 comments:

  1. Untung baby sekarang macam-macam yg menepati kehendak ada di pasaran.

    ReplyDelete
  2. ehheeh.. skrg botol susu byk di pasaran kan..

    ReplyDelete
  3. aiyan dr kecik pakai tommie tippi nyer botol... kalu botol lain mule lah dia bt2 nk muntah... sbb dh selesa pakai sejak bby kan

    ReplyDelete
  4. utk tommee tippee pun ade yg anti colic....

    ReplyDelete
  5. Aah..suka jgk dgn botol MAM ni sbb lain skit dr biasa.warna pink tu comel jer..rege pun masih mampu milik lg kan..

    ReplyDelete
  6. Tang gigit puting tu mmg geram je rasa.. hahhaha sebab anak saya pun kuat menggigit puting botol tu... selalu smpi koyak rabak dibuatnya... gatal gusi la tu yea husna?!

    ReplyDelete
  7. Cerdik anak..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete