Friday, September 3, 2010

bahan buat projek




ni birthday present dari kinah , zetty and kawan2 yang lain..thanx a lot korang.. kalau korang tak nampak apa hadiah tu, tu sebenarnya bahan-bahan nak buat kad.. siap ada gunting gerigi-gerigi lagi.. memang tau-tau je diorang aku memang suka buat projek kad ni..


boleh lah aku start berprojek nanti..^_^

Thursday, September 2, 2010

apa nak buat bila nak raya?


wah..esok dah nak balik kampung.. tak sabar sangat.. rindunya kampung halaman.. haha.. gaya macam kampung jauh beribu batu.. padahal tak la jauh sangat.. tapi tak la dekat sangat.

so, aktiviti yang nak buat, :


1) pasang pelita.. yang ni mesti kena buat.. sebab aku memang suka pelita daripada lampu kelip-kelip tu. pasang pelita buat bentuk-bentuk.. baru kreatif sikit.. 


2) jual satay.. nak dapat duit raya punya pasal, kena la tolong jual satay.. ^_^


3) kemas rumah.. yang ni penting.. mesti la rumah nak kena kemas lagi bersih lagi berkilat.. 


4) shopping raya.. yeay..maklumla.. banyak lagi ni yang belum beli..


5) masak-masak.. sebab tahun ni cuti buat kuih raya, so ringan sikit la bab masak-masak ni..


6) main mercun? perlu tak? 


meriahnya suasana raya.. even da besar pun, raya mesti tetap kena meriah okey.. 


selamat hari raya semua..^_^

Wednesday, September 1, 2010

lain diharap, lain yang jadi

lain diharap, tapi lain yang jadi.
plan buat dia gembira.
tapi..jadi sebaliknya.

note: i'm so sorry..

Tuesday, August 31, 2010

adakah tarikh penting bagi anda?

adakah tarikh penting bagi anda? contohnya tarikh-tarikh penting untuk diri anda sendiri. sebagai contoh, tarikh birthday, tarikh anniversary atau pun tarikh mula kenal. adakah semua itu penting? perlu ke kita sambut pada tarikh itu sahaja? macam mana kalau terlewat sehari, seminggu atau selebihnya?

contoh lain, kalau nak bagi hadiah, mesti nak orang tu dapat masa tarikh tu je. tak nak tarikh lain. kalau boleh esok birthday dia, malam ni tepat pukul 12, hadiah tu mesti dah dapat dekat tangan dia.

bagi pandangan aku, ya.!! tarikh tu sangat-sangatlah penting. kenapa?

1) sebab bila tarikh yang betul, kita lebih semangat.

2) lagipun, bila terlewat rasa macam tak best pulak.

3) dah nama pun tarikh yang penting, mestila kita nak sesuatu yang best jugak jadi masa hari tu kan.

4) yang paling kejam, aku nak jadi orang first yang bagi hadiah or wish!! jeles okey kalau ada orang lain yang wish dulu..

tapi sebenarnya, lambat atau awal atau tepat pada masanya, semuanya sama sahaja. yang penting hati kita ikhlas nak memberi. and kita cuma mengharapkan apa yang kita berikan akan sampai ketangan dia.

note : tengah tak ada mood sebab delivery tak sampai tadi. dorang cari rumah fifie tak jumpa!!! so, esok je lah dorang hantar balik. dah lewat sehari. =(

menyanyi lagu jawa


bangun-bangun tidur ni teringat pula waktu zamak kecik-kecik dulu.. teringat abah selalu ajar menyanyi. tapi tak la ajar lagu yang moden-moden.. abah ajar kitorang lagu jawa.. haha.. sebab aku memang pure jawa.. mak, abah, atuk, nenek semua jawa..



kira zaman-zaman kitorang besar macam ni la..


lirik lagu dia macam ni,

isuk-isuk tangi turu,
modon umah banyu udu',
munggah umah semayang waktu,
lepase godok banyu.

lepas sembahyang godok wedang,
wedang mateng dihidang,
seng ngeladeni seng lanang,
bareng-bareng yok medang.


macam tu la lirik dia. aku rasa ada sambungan lagi.. tapi maklumlah, aku bab lirik2 ni memang aku lemah sangat.. tak mampu nak ingat.

nada nak nyanyi dia lebih kurang macam 1 lagu dulu2 ni.. tapi, tu lah..aku lupa lagi..^_^


pengalaman di hari merdeka

semua orang sibuk cerita pasal merdeka. aku pun nak cerita jugak lah macam ni. tapi aku malas nak cerita pasal maksud merdeka atau sejarah merdeka. rasanya dah ramai cerita pasal tu. so, malam ni aku nak cerita kisah aku yang rajin di hari merdeka. kisahnya berlaku sewaku aku form 5. sesiapa nak tahu, jom tengok perjalanan aktiviti aku.

tajuk : anis menyertai larian merdeka.

persoalan cerita : adakah dia mampu menjuarai larian tersebut?

mari kita saksikan..



sebelum acara bermula. sedang berkumpul menunggu taklimat.


setelah mendapat bendera, terasa lebih bersemangat untuk memulakan larian. semangat yang tinggi. bagus. harus dicontohi.


wisel dah berbunyi. acara telah bermula. tapi, kami masih disini. belum sampai 100 meter berlari (lari ke?) , kami sudah berehat. bukan penat. sekadar mempotretkan kenangan di hadapan gate sekolah. ^_^


eh. eh. cantik jugak berlatar belakangkan bangunan sekolah. ambil gambar kejap lah. hehehe.


yeay. kami sudah masuk ke trek larian. dah. stop gambar. aku nak lari ni. jangan kacau.

wow. aku dah sampai dekat check point terakhir. 2 lelaki itu merupakan penjaga check point. tak aci. mereka cekelat dari berlari. jeles!!


jadi, keputusannya? adakah aku berjaya mendapatkan tempat dalam acara larian tersebut?

jawapannya,....aku dan kawan-kawanku sampai di tempat yang terakhir sekali. haha. cemerlang kan? tidak berlari walau selangkah. tapi kami berjalan dengan gagahnya. kami lebih suka gelarkan acara ini sebagai acara jalan merdeka. sedap apa. =p

yang paling menarik, bila kami sampai je di garisan penamat, dah tak ada sesiapa pun tunggu. sedih tau. penat tau kitorang habiskan acara ni. tak ada yang sambut!! ini tidak adil!! haha..

note : happy birthday to fifie si anak merdeka. ^_^

Monday, August 30, 2010

salasilah keluarga kucing

hari ni mood tak berapa nak baik. so, teringat pulak kat kucing-kucing dekat rumah. rasa rindu. kucing-kucing ni la yang selalu jadi penghibur.

jom berkenalan dengan mereka..^_^

1) hitam

kucing jantan yang gemok, pemalas, manja dan penakut.
kucing first yang datang dekat rumah.
sangat suka makan nasi + kari atau kicap dan keropok.
umur dia tak ingat pulak. mungkin 3 tahun kot.
last timbang, berat 4.5 kg. sekarang tak tau pulak.
kucing kesayangan azee.


2) kecik

mungkin badi nama dia kecik, badan dia tak reti nak membesar.
ini kucing aku.
dia datang waktu kecik lagi. dalam umur 2 bulan kot.
sangat garang dan tak suka dipegang.
sudah beranak 2 kali. kali pertama, semua anak mati kena makan kucing tua jahat.
jangan tertipu dengan gambar, sebab tu waktu dia anak dara lagi. sekarang dah kurang comel.
memilih bab makan.


3) upin

dia datang baby lagi. dalam umur sebulan mungkin.
datang dengan kembar, ipin. tapi ipin dah mati.
sekarang umur setahun lebih.
baru beranak sekali.
suka masuk almari, kotak, beg dan mana-mana tempat yang sempit lagi gelap.
tersangat manja dan x makan saman.
buruk makan. semua benda dilahapnya.
ini pun gambar waktu kecik, sekarang dah besar sangat.
kesayangan kak ain.


4) opel

baru lagi dibela. waktu datang penuh kurap. tapi sekarang dah sihat.
anak susuan upin.
kucing jantan.
suka ikut mana upin pergi. dah macam mak dia je.
upin lebih sayangkan opel dari anak-anak dia sendiri. (kejam)
tak suka dipegang macam kecik.


5) 8 ekor anak kucing

4 anak kecik, 4 anak upin.
beza lahir selang 2 hari.
3 daripada 8 ni dah mati. (2 ekor oren and kelabu putih)
anak upin even kecik2, tapi aktif terlebih.
anak kecik besar2, tapi lembik sangat.
cara mandikan, isi air sabun dalam besen, mandikan semua serentak. ala-ala macam swimming pool. haha.





menanti dan menanti

hopefully apa yang aku rancang and apa yang aku harapkan, akan berjalan dengan sempurna esok...harap-harap dia suka apa yang aku buat..

~menanti dengan penuh debaran~

(haha..macam nak tunggu orang meminang pulak..perasan..)

Sunday, August 29, 2010

jual sate

hari tu aku dapat call dari abah..abah suruh balik 31 ogos ni..abah nak mintak tolong aku jual sate..tapi, aku tak dapat nak balik..sebab 1 hb and 2 hb aku ada kelas..lagipun ada 2 assignment yang nak kena hantar..

rasa bersalah jugak sebab tak dapat nak tolong..dekat rumah pun tak ada sesape..adik-adik aku pun belum cuti lagi..akak aku masih di penang..waktu tu, peneroka baru dapat bonus..so, abah nak ambil la peluang tu..boleh dapat tambah belanja raya..

takpelah, nanti aku balik, seminggu aku tolong abah jual sate kat bazaar.."sate..sate.." ^_^ gaya anak penjual sate..=p

sesiapa yang nak tempah sate area sekinchan, sungai besar, tanjung malim, batang berjuntai..boleh lah bagi tau aku..haha..promote pulak kat sini..

cara mengurangkan senggugut

post ni tak semestinya untuk perempuan je..lelaki pun boleh juga ambil tau semua ni..ye lah..mana tau ada orang-orang terdekat atau pun orang tersayang terkena senggugut ni..semua orang tau, senggugut ni memang sakit sangat..memang x boleh nak bangun dibuatnya..guling-guling lah atas katil tu..kat sini ada lah beberapa cara nak kurangkan sakit tu..petua-petua ni aku dapat dari beberapa sumber..

  1. basahkan kain dengan air panas..perah..and tuam dekat perut..x pun masukkan air panas dalam botol..golek-golek dekat perut anda.. - cara ni berkesan sikit..tapi x la lega sangat..petua ni fifie yang bg kat aku..
  2. bakar 9 biji buah pinang tua..bakar sampai hangus tau..kemudian tumbuk halus..campurkan dengan air suam..minum 9 hari berturut-turut masa period..
  3. tumbuk lumat halia and campurkan dengan air suam..minum dengan mendahulukan selawat
  4. tumbuk halia dan lada hitam..campurkan..makan 1 atau 2 minggu sebelum period..nak senang masukkan dalam kapsul kosong..
aku tak tau cara-cara tu berkesan ke tak..semua kna minum2..x rela aku..haha..yang tuam air panas tu boleh la aku buat..cara aku yang paling senang, makan ubat..nanti ngantuk and tidur..bangun tidur jadi lega sendiri..^_^