jumaat lepas aku pergi ke masjid india.
memang lama sangat aku tak ke sana.
tapi hari tu hujan, maka tak dapat aku nak merewang sampai ke jalan TAR. sob sob.
tapi, disebabkan aku berteduh dekat bazaar masjid india yang berbumbung tu dalam jangka masa yang lama..
maka...dapatlah aku hasilnya yang sangat membuatkan hatiku melonjak girang gumbira..
see..dua bijik beg tangan aku dah sebat.
padahal ada lagi tu yang berkenan dekat hati..
tapi terpaksa menahan diri ni kuat-kuat supaya tak tergoda..
tapi ye la..murah sangat..
2 bijik ni baru RM26..
maksudnya, sebijik RM 13 je la..
aku tengok kat uptown, beg sebijik macam yang merah tu RM25.
nasib baik aku dah beli dulu..hihi
ni bahagian dalam beg warna hitam tu.
dalam dia memang macam wallet..siap ada tempat letak kad-kad lagi..
tu yang memang aku suka sangat tu..
tak pernah lagi aku ada beg macam ni..^__^
kata hati : haishh..macam nak pergi lagi je masjid india nih..