Saturday, February 4, 2012

awas. BMI baby di tahap maksimum

ini anak buahku.
HANA MUSTIKA.
sekarang dah nak masuk 4 bulan.
berat : 6.7 kg.
BMI dia sudah di tahap maksimum.
patut la bulat betul si gendut ni.
baru start bagi makan nestum sikit-sikit.
tapi dah kena warning dengan doktor.
haha.
tapi sebab dia bulat, ramai pulak yang suka dukung dia.

sarapan mudah dan ringkas


kalau pagi-pagi, selalu sarapan nesvita ni.
tapi prefer yang original.
senang pun senang.
cepat pun cepat.
kenyang pun kenyang.
sedap pun sedap.


tapi kalau aku, mesti bancuk guna air sejuk.
air sejuk yang betul-betul dari peti sejuk tu.
tak suka bubuh air panas mahupun air suam.
sejuk-sejuk baru syiookkk je minum.
^__^

Friday, February 3, 2012

jom ke pahang

yeay. jom kita semua mood seronok dan riang gumbira untuk menyambut cuti.
maka, ahad ini kami sekeluarga akan ke negeri pahang.



cehh.. siap nak letak peta bagai pulak.
tapi tiba-tiba teringat belajar geografi time sekolah.


hati ini lebih excited sebabnya, bila dah ke pahang atau lokasi lebih spesifiknya, jengka.
maka sambail menyelam boleh minum air.
boleh jumpa someone special walaupun sekejap.
(macam ni la kalau long distance relationship. sobs sobs.)


dan lagi satu, dapat makan ikan patin masak tempoyak yang sesungguhnya enak.

segmen salam perkenalan by miss banu

klik banner untuk join.



kata-kata untuk pengunjung blog ini :

untuk pengunjung yang dah berapa kali datang blog ni, nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah dan singgah dan singgah lagi. jasamu akan dikenang. acehhhhh..

untuk yang first time datang jenguk, salam perkenalan ye. sudi-sudi la jenguk kembali. jangan serik pulak tau nak singgah lagi. ^__^

selamat bercuti semua. ^__^

header blog baru

kalau tengok header blog ni, dah berubah kepada yang baru.
cuma..kenapa rasa macam besar je header tu?
saiz sama je.
musykil pulak..
ada sape-sape yang boleh bagi tahu kenapa tak?
huhu

CONTEST : DUIT vs MIMPI by YUI & EZA

 klik banner kalau nak join. 



soalan.
teka jumlah duit dalam gambar ni?


ok. aku memang lemah bab nak teka-teka ni.
tapi cuba je lah kan.
jumlah : RM225.00


impian sendiri?

nak mimpi ada duit banyak-banyak sampai boleh beli apa sahaja yang kita nak. and duit tu langsung tak akan habis. nak mimpi je la sebab memang dah tahu dah kenyataan tak kan dapat punya. ^__^

tapi kalau impian kenyataan, cukuplah nak ada kereta idaman and rumah idaman hati.

pelamin dan baju pengantin dia cantik!!

update kenduri officemate hari sabtu lepas.
^__^



 tumpang bergambar dengan pengantin.

 cantik kan pelamin dia.
terasa teruja nak kahwin cepat.
haha.

 pengantin dan bajunya.

baju pengantinnya cantik.
suka sangat....
cuma gambar je gelap and kurang cantik.
sobs sobs.

Thursday, February 2, 2012

sotong bakar : ingatkan best tapi...

inilah rupa sotong bakar yang aku makan dekat pantai morib hari tu.
ingatkan sotong biasa.
rupanya sotong kering yang macam jual kat kedai-kedai tu.
ala..yang siap tabur gula tu.
cuma bezanya, sotong ni tabur sos and kacang yang banyak sangat-sangat.
harga sepinggan, RM10. mahal tu aku rasa...
takmo order dah lepas ni..
huhu.

origami bintang mengkhayalkan diri

mesti ramai je kan tahu buat origami bintang ni.
best kan.
bila buat tu memang khusyuk je.
sambil-sambiltengok tv, tangan jalan.

 tangan gigih menghasilkan bintang.


 ni antara kertas yang digunakan.
banyak jual kat kedai.
tapi kalau nak lagi cantik, beli yang plain tak ada corak.
lepas tu yang berkilat.
nanti jadi cantik.


ni lah antara bintang yang dah menjadi.
kuning, biru, pink tu semua kertas plain and berkilat.
nampak lebih menyerlah kan.
lepas tu letak dalam balang kaca.


p/s : ni bintang-bintang my cousin. tumpang buat je. hihi.

anak kucing comel tak ada nama lagi




eee..sangat geram dengan kucing ni.
umur dia dalam 2 minggu baru.


setakat ni semua tak ada nama.
3 ekor anak kucing oren tu sebijik sejiban.
cam ne nak beza. =___=
cadang nak letak A,B,C,D,E,F
cukup la 6 ekor.
=p

watie dan joey akhirnya mengaku sudah bernikah

sumber gambar : SINI


akhirnya, watie mengakui yang dia sudah berkahwin dengan joey selepas aidilfitri yang lepas.
tapi atas sebab tertentu, dia kena berdiam dulu.
semoga berbahagia untuk mereka.


cerita penuh ada di SINI.

Wednesday, February 1, 2012

lukisan kedua menggunakan komputer



 sketch ni buat guna paint tool SAI.
rasa hasil kedua ni lebih kemas dari yang pertama.
tapi seriously tak reti lagi nak colour guna paint toll tu jugak. =__=


 so, ambil keputusan colour guna gimp.
inilah hasilnya.
dah macam cikgu ngajo kat depan kelas pulak.

kucing hitam legam itu cute!!

 hari tu balik kampung, ada pulak kucing hitam ni.
cute la tengok kucing warna ni.
kesian korang kena buli.
haha. duduk la atas tu tak berani turun.

 sekor dah bawak turun, tinggal lah ko sekor-sekor kat situ ye.

 berjaya tangkap keempat-empat ekor.
susah woo..sebab dorang tak biasa dipegang.
seee..hitam legammm.


walaupun rupamu hitam, tapi korang tetap comel!!!

melukis guna komputer

sekarang tengah berjinak-jinak melukis guna komputer pulak.
gigih tu.
tapi sumpah, memang susah.
guna pen and kertas jugak yang paling senang and cepat.


hasilnya?



haha..burokkk wehhh..


p/s : sape tau pasal tablet yang boleh lukis atas tu. and terus sambung ke pc tu? (paham ke? =__=)

lukis melukis minggu ini



sebelum diwarnakan.


 selepas diwarnakan.


sebab tak berapa ada kerja minggu ni, so dapat siapkan lukisan ni dalam masa 2 hari. 
kalau bos tengok ni, mau kena lepuk-lepuk je.
=__=


Tuesday, January 31, 2012

tudung pilihan kaum hawa

 antara shawl, tudung bawal dengan tudung awning,
yang mana menjadi pilihan anda?


pilihanku pula...

 selendang?
 selalu pakai bila naik motor.
senang sebab bila pakai helmet, tak la kelepet kelepet.

tudung bawal?
 pakai bila tengah rajin sebab malas nak gosok gosok.

  
 tudung awning?
tudung pilihan sekarang.
sebab selalu malas iron, malas lilit-lilit.
sarung je. cepat dan ringkas.
keluar jalan-jalan pun selalu pakai tudung ni je.
^__^


coppp..kenapa pose ambek gambar tu sama je. =___=


review produk skinz infinite

sekarang ni tengah try produk skinz infinite.

sekarang genap 10 hari dah pakai pelembap, serum dan krim mata.


kesannya?

1.  warna kulit sekata sedikit. (sikit je tau. tak sekata sepenuhnya. tak jugak terus makin cerah.)
2.  tidak kurangkan minyak dan tak juga menambah minyak.
3. takde jerawat tumbuh pada hari biasa tetapi ada jugak sikit jerawat pada time nak period.


ni semua kesan pada muka aku.
sememangnya muka aku jenis berminyak sedikit.
dan sememangnya wajib ada jerawat time nak period.


so far, aku puas hati dengan produk ni.
sebab muka aku ni memang susah nak dapat produk yang tak menerukkan kulit.
selalu dapat effect yang tak best.
tengok nanti kalau genap sebulan macam mana pulak kesannya.


oh ye.
pencuci muka aku masih setia dengan gervenne nutrient facial form royal jelly and pearl powder
scrub muka pula stives.

penghibur di kala bosan mahupun stress

1. Klik link nih ( http://bit.ly/9zoXTn ) - Flash
2. Kemudian, klik butang " Play "
3. Tengok and enjoy!




Monday, January 30, 2012

jangan la kedekut sangat


jangan la kedekut sangat comel oi..
pinjam anak jap nak buat main pun tak bagi.

colouring doodles using gimp

sekarang ni tengah mood nak colour-colour drawing pulak.
tapi tak pakai colour pencil dah.
colour guna gimp software pula. 
^__^



ini pula selepas colour.
-
-
-
-
-

tada...
dah siap colour.
memang colorful sungguh.
sebab empunya nya memang suka colour terang-terang.
terasa macam kanak-kanak pula.
^__^