Wednesday, July 4, 2012

stress!!

stress sungguh hari ni. rasa macam nak jerit-jerit je. tapi kena sabar. dah nama pun kerja kan. tak kan lah hari-hari tenang kan. 


hari ni banyak kerja nak kena buat. nak kena isi sebut harga. nak kena kejar deadline pula tu. kalau kerja senang-senang tak pe. harga dah boleh hafal. tapi ni semua kerja yang leceh. -___-" tension dah nak mengira harga. salah letak harga pun payah juga. letak harga rendah, takut rugi. letak harga tinggi, takut tak dapat projek. so, macam mana?


ada sesiapa nak tolong kira kan harga tak? heeee....

warna yang tidak sesuai dengan anda

curi-curi update lagi ni. minggu ni busy sikit. banyak betul sebut harga. -__-" pening dah main kira-kira.


pernah tak korang rasa ada sesuatu warna yang tak sesuai dengan diri korang? bila pakai warna tu, rasa macam tak kena. rasa macam selekeh, buruk je.


bagi aku, warna yang paling tak sesuai dengan diri ni adalah warna merah jambu. sebab tu aku tak suka warna pakaian merah jambu nih. bila pakai je baju or tudung warna pink, terus rasa macam selekeh sangat. tak ada seri gitu.. haha. gila nak seri seri ni.


anda pula macam mana? meh share sikit. ^__^

Tuesday, July 3, 2012

mangga muda menggiurkan


perghh.. masam kot mangga ni. hasil pemberian officemate.

 

cicah pulak sambal kicap pedas. memang tak reti berhenti lah kan.

~happy 5th anniversary~




3 julai 2007 - 3 julai 2012


hari ni genaplah 5 tahun hubungan kami berdua. hubungan jarak jauh. seorang di sungai besar, selangor. seorang lagi di dungun, terengganu. happy anniversary sayang..^__^  


for you my dear : i love you so much and i really miss u..


Monday, July 2, 2012

tak boleh cakap nak beli kereta baru

semalam, sempat berborak dengan abah. aku bagi tahu nak beli kereta. tak ada lah nak beli betul-betul lagi. sengaja nak berangan-angan ada kereta sendiri. kira-kira bayaran muka. kira lagi bayaran bulanan. kira macam, "okeyh..boleh beli ni." haha.


bila aku nak balik rumah dekat pasir panjang ni petang semalam, terus kereta yang aku tengah pakai sekarang ni berbunyik-bunyik lain macam. hishhhh. seram kot bunyi dia. terus tinggal kereta dekat rumah abah, and pinjam kereta abah. maka, 2 minggu ni akan sedikit pokai sebab minyak kereta abah aku ni mahal kot. -__-"  kalau sebelum ni sebulan minyak minimum seratus setengah, agaknya bulan ni berapalah ye. huuu.. tak dapat shopping baju raya.


kesimpulannya, jangan mengada nak berangan beli kereta baru kalau belum betul-betul nak beli. kan dah merajuk kereta tu. nervous tunggu berapa lah harga repair kereta tu. sobs sobs.

tutorial download drama korea dan jepun

lepas buat entri pasal cerita pride, ada yang tanya tentang macam mana nak download cerita-cerita tu. sebenarnya, sebelum ni aku dah buat dah tutorial dia.



kalau kurang faham, bagi tahu ye. ^__^

website dorama ni bukan je drama korea dan jepun. tapi ada drama taiwan dan cina juga. movie korea, jepun, taiwan dan cina pun ada.

drama pride memang best!!


setelah di suggest oleh cik muda, aku dah berjaya habiskan cerita pride ni. seriously, memang best sangat. happy ending pulak tu. lepas je cik muda suggest, haruslah aku terus cari and download. ^__^


setakat ni dah ada 5 cerita takuya kimura yang dah aku khatam. GOOD LUCK, ENGINE, TSUKI NO KOIBITI, BEAUTIFUL LIFE, PRIDE. aku google, ada lagi drama lain yang harus aku tengok. memang nak buat koleksi ni.