Saturday, September 29, 2012

labu labi makin aktif main

 labi dengan bekas abu rokoknya.


labu dengan penutup botolnya.


 tempat favourite diorang lah ni.
bawah kerusi goyang goyang.


 see. bukan main seronok dia main panjat sana sini.


labu memang paling degil.
suka gigit labi. ^___^


p/s : dah besar rupanya labu labi ni. makin aktif. makin kuat makan. makin berat.

Friday, September 28, 2012

dapat brooch cantik..^__^



dapat brooch sabah yang cantik dari kak ekin. ^___^. hari tu ada menang teka teki dekat blog kak ekin ni. rezeki. tak payah beli brooch. sebab brooch ni dah dapat beberapa hari lepas, maka, dah ulang alik dipakai. hehe. sekarang pun tengah pakai. ^__^


Thursday, September 27, 2012

rindu beli buka nota!!

ni kes buang tebiat namanya. fuuuhhh. setelah setahun habis belajar. means, setahun lah tak membeli buku nota kan. tetiba je teringan membeli buku nota. nak nak buku nota yang cantik-cantik tu. huwaaaa. rambang seh mata ni. tengok yang tu berkenan, yang ni berkenan. kan dah kata, aku tak boleh masuk kedai alat tulis. haha.


tadi lunch hour tadi sempat singgah kedai alat tulis sekejap. demi merealisasikan impian sendiri nak beli buku nota. dan akhirnya, jumpa jugak buku nota yang aku suka. weeeee. ^___^. oppss. gambar tak ada. kata tak bawak kamera kan.


dan lagi 1 yang aku aim, sktch book yang cantik sangat. hard cover. kertas kekuning kuningan sikit. lama tu aku mencari sketch book macam tu. tapi nanti-nanti je lah beli. sebab nak menggunakan buku nota ni dulu. untuk apa? haha. percaya atau tidak, aku nak catat resepi dalam tu.. lalalala...

tiada lagi entri bergambar untuk hari ini

pagi tadi, tengah khusuk iron baju, dah berangan-angan dah nak buat post pasal apa. dah siap karang ayat dah dalam kepala hotak ni. 


tapiiiii. bila sampai je office, bukak handbag. "huwaaaaa..mana kamera? kenapa lupa bawak?" macam mana nak transfer gambar-gambar dalam tu. -___-"


maka, post yang sedia dikarang dalam kepala hotak tu terkubur macam tu je lah. tak dapat lah nak update gambar-gambar yang dah berkurun dalam kamera tu. -___-"


p/s : apa yang aku merepek meraban ni. haha. serious tak ada idea nak update apa. haishhhh!

Wednesday, September 26, 2012

favourite forever : mee sizzling

alhamdulillah. kenyang sudah melantak sepinggan mee sizzling lunch tadi. korang lunch apa hari ni? disebabkan lunch tadi dah makan sedikit berat, maka dinner nanti kena makan sikit-sikit sahaja lah nampaknya. 


mee sizzling memang dah jadi feberet selamanya tau. yummy. sejak tahu sungai besar ni ada kedai makan yang serve mee sizzling ni, memang ulang alik lah aku ke sana. tapi jauh sikit lah dari office. kalau lah sebelah office je, kompem makan hari-hari sampai muntah. tapi aku mesti akan mintak mee atau kuew tiaw. sebab tekak ni tak boleh telan yee mee. kompem kepala pusing.


entri ni cuma kata-kata je. tiada gambar sebab malas ambik gambar. tahu nak melantak je tadi. haha.


p/s : cerita lovers of haeundae dah ada episod 12 dengan 13 la..yeayyy.. tengah loading ni. ^__^

amboi, "sopannya" kau!

selamat pagi semua... semoga hari ni baik-baik sahaja ye. ^__^


petang semalam, sempat pergi pekan sekinchan sekejap. bawak mak membeli sedikit barang. pekan sekinchan tu kecik-kecik sahaja. sesak pula tu. ditambah lagi dengan orang-orang yang bawak motor ikut aci dan sahaja.  nak masuk simpang tak ada signal. bawak motor lenggang kangkung. lain tau bawak motor lenggang kangkung dengan bawak motor berhati-hati. wehhhh. penat tau nak tunggu boleh masuk simpang. -___-"



semalam tu jugak, lepas je reverse kereta keluar parking, baru nak jalan ke depan, tetiba je ada motor tu elok je berhenti depan kereta. turunkan penumpang. alahai lah.. tak boleh ke cari tempat lain nak berhenti. kita ni tengah keluar parking. kat belakang tu ada kereta-kereta menunggu lagi nak jalan. al maklumlah, jalan kecik je. dah la tu, lenggang kangkung pulak tu turun motor. -___-"


sementara tunggu motor tu beredar dari situ, ada pulak lah 1 motor ni menyelit lalu ruang sempit antara kereta aku, dengan kereta yang tengah park kat tepi kereta aku tu. memang sempit ruang tu. masalahnya, dia bukan jalan sehala dengan arah aku pun. bertentangan tau. datang dari depan. (ehh..paham tak? haha..)  lepas tu aku tengok je dia. tetiba ada bunyi " dummm.." motor tu terkena kereta aku.  aku dah terkedu dah. aku pandang akak tu, then, akak tu tengok aku dengan muka tak bersalah langsung tau. heyyy.. tahu lah kereta aku buruk je. kot ye pun, angkat lah tangan ke, atau pun buat tanda minta maaf ke. cukup lah begitu. boleh tunjuk sikit kebudi bahasaan anda itu. aku pun jalan je lah.


kadang-kadang aku terfikir, payah sangat ke nak berbudi bahasa? penat je kempen "budi bahasa, budaya kita"

Tuesday, September 25, 2012

drama lovers of haeundae sangat best!!



sekarang ni aku tengah addicted dengan drama lovers of haeundae nih!! memula tengok dekat KBS world. tapi punya tak sabar nak tunggu ending, search kat youtube. dan, akhirnya, jumpaaa!! sukeeeee sangat. 

ni link dekat youtube untuk episod 1. episod lain ada jugak dekat situ. ^__^


tapiiiii.. sedih. sebab dekat youtube, ada sampai episod 11 je. sebab episod lain belum tayang lagi kat tv. huwaaa.. kat KBS world pun aku tengok malam tadi, baru episod 9. kena sabar lah macam ni.

bilik tidur yang sangat cantik

gambar dari sini.


cantik kan bedroom ni.
warna dia sangat cantik.
siap ada tulisan khat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kat dinding.
sangat sangat menarik.


p/s : awak, nanti awak tulis khat kat dinding pulak ye. ^__^

Monday, September 24, 2012

memang betul-betul nak kurus lah gini

lunch hour habis dah ye. jom lah kerja semula jom. walaupun pagi tadi berkobar-kobar kata nak tidur, tapi hampeh. elok time lunh hour je, mata jadi segar bugar. -___-"


hari ni aku lunch degan yogurt saje. walawehhhh. dalam misi nak turunkan berat badan lah katakan. haha. kena gelak je dengan member office. pergi beli yogurt pun jalan kaki jek. walaupun kedai tu tak sampai 100 meter pun. sebab sebelum ni, gigih naik kereta jugak. -___-" patut la sebelum ni laju je berat badan naik bagai nak di pam pam saje. malas bebenar nak keluarkan peluh. -___-"


dah balik office, semangat ni bukak yogurt tu. sekali tetiba tengok, "wehhhh..apesal yogurt ni dah terbukak?" dia punya gam penutup yogurt tu memang tak melekat dah. hampa gila lah. sebab kena berjalan semula pergi ke kedai tu semula. tang ni memang kena gelak kaw kaw je dengan member office. nak kurus sangat kan. pergi la ulang alik jalan kaki lagi. -__-"

gara-gara nescafe

gara-gara minum terlampau banyak nescafe ais petang semalam,
hari ni pergi kerja mata dah macam mata panda dah ni.
mata mengantuk gilosss.
malam tadi puas dah guling sana, guling sini.
tetap tak boleh tidur.
tengok jam, pukul 1.00 pagi.
tengok jam lagi, pukul 2.00
tengok lagi pukul 3.00
tengok lagi pukul 4.00.


huwaa..cepat lah pukul 12.30
tak sabar nak melelapkan mata ni.
tobat tak nak minum nescafe bebanyak dah.
-____-"