selamat pagi semua... semoga hari ni baik-baik sahaja ye. ^__^
petang semalam, sempat pergi pekan sekinchan sekejap. bawak mak membeli sedikit barang. pekan sekinchan tu kecik-kecik sahaja. sesak pula tu. ditambah lagi dengan orang-orang yang bawak motor ikut aci dan sahaja. nak masuk simpang tak ada signal. bawak motor lenggang kangkung. lain tau bawak motor lenggang kangkung dengan bawak motor berhati-hati. wehhhh. penat tau nak tunggu boleh masuk simpang. -___-"
semalam tu jugak, lepas je reverse kereta keluar parking, baru nak jalan ke depan, tetiba je ada motor tu elok je berhenti depan kereta. turunkan penumpang. alahai lah.. tak boleh ke cari tempat lain nak berhenti. kita ni tengah keluar parking. kat belakang tu ada kereta-kereta menunggu lagi nak jalan. al maklumlah, jalan kecik je. dah la tu, lenggang kangkung pulak tu turun motor. -___-"
sementara tunggu motor tu beredar dari situ, ada pulak lah 1 motor ni menyelit lalu ruang sempit antara kereta aku, dengan kereta yang tengah park kat tepi kereta aku tu. memang sempit ruang tu. masalahnya, dia bukan jalan sehala dengan arah aku pun. bertentangan tau. datang dari depan. (ehh..paham tak? haha..) lepas tu aku tengok je dia. tetiba ada bunyi " dummm.." motor tu terkena kereta aku. aku dah terkedu dah. aku pandang akak tu, then, akak tu tengok aku dengan muka tak bersalah langsung tau. heyyy.. tahu lah kereta aku buruk je. kot ye pun, angkat lah tangan ke, atau pun buat tanda minta maaf ke. cukup lah begitu. boleh tunjuk sikit kebudi bahasaan anda itu. aku pun jalan je lah.
kadang-kadang aku terfikir, payah sangat ke nak berbudi bahasa? penat je kempen "budi bahasa, budaya kita"