memang sebelum ni sibuk mencari tempat mandi baby. Terfikir juga sama ada nak beli jenis kolam tu ke, atau jenis besen mandi tu.
Memang niat di hati nak beli jenis kolam. Sebab nampak lebih safety untuk mommy mommy yang baru nak ada anak ni. Akak aku pun memang suggest beli jenis kolam ni. Dia dah guna untuk 2 orang anak dia. heeee. Tapi tengok harga? Erkk.. Mahal-mahal rupanya. -____-" Maka beralih lah niat nak beli besen mandi sahaja.
Kebetulan ahad lepas pergi cash converter Shah Alam. Konon-konon nak tengok besen mandi dengan bottle warmer. Dulu pergi masa beli stroller tu, tengok ada benda-benda ni. Tapi seperti biasa, kalau memang kita mencari benda tu, memang selalu benda tu tak ada. -____-"
Tapi...Alhamdulillah...Jumpa ini...
Kolam mandi!! Yeayyy. Harga pula hanya RM39. Dekat Cash Converter ni, kena pandai cari. Sebab kadang-kadang benda-benda alah ni tersorok-sorok. Kena rajin belek sana, belek sini.
Dan, Tadaaaa..
Suami yang gigih meniup kolam dengan mulut sendiri sebab tak ada pam. Comellll je tengok kolam mandi ni.
nota : ingin bercuti di Port Dickson? Klik SINI..