Thursday, August 14, 2014

beli stroller graco second hand

Memang sebelum ni dah ada survey-survey stroller untuk baby nanti. Tapi semua harga mak datuk kau. Mahal. Mula-mula cadang nak grab Halford. Dah bajet-bajet dalam RM800 ++ macam tu. 


Tapi masih lagi survey stroller lain yang lebih murah. Sebab target aku dengan sumai nak beli yang jenis travel system tu. Yang siap ada car seat. Jumpa online jenama Mydear, RM500. Dah siap ambik contact number dah untuk contact nanti.


Hari selasa lepas, saja je jalan-jalan pergi Shah Alam dengan suami. Masuk Cash Converters dekat Shah Alam tu.Sekali pusing-pusing, "Eh..Ada stroller la." Siap ada carseat yang macam kitorang nak. Belek-belek, tengok okay lagi. Perfect. Cuma ada la kotor-kotor sikit tu. Biasa la kan. Tengok harga. RM199. Wahhhh. Murah sangat dah ni. Lama giler kitorang belek-belek. Dan lama juga kitorang memikir nak beli ke tak nak. Last sekali, hambik je la. Sebab rasa dah banyak sangat boleh jimat.

Ni stroller yang dah attach dengan carseat tu.

Dan ini car seatnya.

Ha...besar gedabak kan stroller ni. Nasib lah aku beli kereta bonet besooo..haha.


Bagi aku berbaloi juga beli. Lepas ni kalau baby dah besar, nak tukar stroller yang kecik dan ringan pun, tak la rasa ralat sangat. Sebab aku beli stroller ni dengan harga yang dah murah sangat. ^___^


"Sorry sayang...barang second hand je yang ibu bagi kat awak ye.."

11 comments:

[A.I.D.A N.O.R.D.I.N] said...

bukan mslh secondhand atau tidak. yg penting secondhand tu masih elok dan murah. duit lebih2 lain2 tu boleh buat saving utk bby or beli brg yg lg penting.

nuyui a.k.a miss YUI said...

yg pasti leh guna lg =)

Asep Haryono said...

Baby Stroller ya. Saya kira mirip dengan kereta bayi kalau di Indonesia. Mungkin mirip juga dengan baby walker ya.

..kakNaim.. said...

takpe...asal boleh guna..kadang2 kita beli mahal2 pon bila anak2 da pandai jalan xmonya dia duduk dlm stroller tu...hehe

AnneRaini said...

wah murah dah tu..kalau akakpon akak beli yg murah je sbb duit tu boleh pergi ke lain. nk dpt anak ni duit byk habis tau.

MizzTina said...

dik, xpe je..akak pun beli yg preloved..

Pn Sheila said...

Salam kenal sis... its ok secondhand ke new... janji ok n blh guna lg kan...

Ann Ishak said...

walau second hand tapi sekiranya barang tu masih dalam keadaan yang elok, apa salahnya. dah jauh sangat jimat harganya :)

eima said...

klu baby tido dlm car seat tu trs je angkat tak yah nk angkat baby tak kaco die tido kan ...

Masya said...

berbaloi².. siap ada car seat x kisahlah second hand kan.. yg penting masih berkualiti..

Mimi Azirah said...

second hand pun ok ape..jimat kan

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...