kalau sebelum ni, pergi shopping comlex, mula berpinar-pinar mata tengok sale sana sini. tinggal nak kawal nafsu je. tapi sekarang dah lain. sekarang ni memang tak ada lah aku nak ke shopping complex. sungai besar ni, apa lah ada. ^__^
tapi sekarang ni online shop dah berleluasa sangat dah. diorang pun siap buat sale raya. fuhhhhh. kat facebook, dah tag sana, tag sini. mau tak tengok wehhh. bila dah tengok mulalah, "ishh..cantiknya." "ishh..berkenan la dengan yang ni. eh..yang tu pun berkenan jugak." dugaan oh dugaan.
tapi setakat ni mampu lagi kawal nafsu nak membeli tu. tapi hari-hari tengok baju yang sama. camne tu?