Friday, August 3, 2012

dugaan sale raya

kalau sebelum ni, pergi shopping comlex, mula berpinar-pinar mata tengok sale sana sini. tinggal nak kawal nafsu je. tapi sekarang dah lain. sekarang ni memang tak ada lah aku nak ke shopping complex. sungai besar ni, apa lah ada. ^__^


tapi sekarang ni online shop dah berleluasa sangat dah. diorang pun siap buat sale raya. fuhhhhh. kat facebook, dah tag sana, tag sini. mau tak tengok wehhh. bila dah tengok mulalah, "ishh..cantiknya." "ishh..berkenan la dengan yang ni. eh..yang tu pun berkenan jugak." dugaan oh dugaan.


tapi setakat ni mampu lagi kawal nafsu nak membeli tu. tapi hari-hari tengok baju yang sama. camne tu?

gambar pasport baru



yeay..dah ada gambar pasport baru. stok lama dah habis. selalu cuci je. tapi terasa nak buat yang baru. sebab yang lama just pakai t shirt dengan selendang je. macam tak berapa proper nak buat mintak kerja.


gambar pasport ni memang kena sentiasa ada dalam stok. sebab sekarang ni tengah gigih isi jawatan kosong kerajaan. memang sentiasa stand by je lah dalam wallet. ^__^

review : lipstick collagen d'herbs


ni la lipstick favourite sekarang tau. tapi ni lipstick azee. aku tukang bedal je. haha.sekali sekala bedal barang orang, apa salahnya kan. tapi serious suka sangat lipstick ni. kalau tengok warna lipstick tu, memang tak ada warna kan. so, memang tak payah risau kesan lipstick tertinggal kat gelas mahupun straw.



ni gambar sebelum apply lipstick. bibir aku memang pucat dan gelap. sebab tu memang wajib pakai lipstick ke mana sahaja. kalau tak, nampak sangat pucat muka tu.
 


dan ni selepas pakai lipstick tu. tunggu la dalam beberapa saat untuk dapatkan warna merah tu. tapi lain orang, lain kesannya tau. sebab aku tengok azee dengan akak aku pakai, nampak kaler pink sikit. aku pakai nampak lebih kepada merah. lepas tu dia lembap! bulan puasa ni, langsung tak ada masalah bibir kering. suka!!

Thursday, August 2, 2012

pose tasha shilla menggayakan baju raya yang tak sopan





tadi aku jumpa gambar tasha shilla jadi model untuk baju raya rekaan hatta dolmat.
tapi, kenapa gambar dia banyak pelik-pelik.
gayakan baju raya, kena lah sopan-sopan sikit. -___-"



ni satu contoh gambar. tak ke pelik pose macam ni.
terus nampak baju tu jadi tak cantik dah.
kredit gambar dari beautiful nara. boleh tengok gambar yang lain.

benda pelik dalam dejavu di kinabalu

hari ni last cerita dejavu di kinabalu. jom kita pakat-pakat tengok nadira kahwin dengan siapa ye. last keputusan undi hari tu pun 50%-50%. ah. mengada betul. 


sepanjang tengok cerita ni, aku tak suka nadira. aku rasa bukan aku je. ramai lagi yang tak suka nadira kan. hihi. sebabnya? korang pun mesti tahu sendiri.


ada 1 benda pelik yang aku nampak kebelakangan ni. sekarang ni kan nadira sakit. tapi mana ayah dia ye?ke ada episod yang aku tertinggal. macam ayah dia pergi oversea ke. ayah dia dah meninggal ke. bukan ke kalau sakit, family yang akan kelam kabut risau ke? -__-" kalau ada scene yang aku tertinggal, bagi tahu ek.

edit header baru

kalau perasan, pagi tadi aku pakai header atas ni kan. tapi rasa macam tak best je sekotak gedabak tu. maka, gigih la edit lagi sekali.
 

dan ini hasil yang baru. gambar, warna, tulisan still pakai yang sama. cuma edit background header tu je. ^___^

blog dah berwajah baru

blog ni dah tukar warna dah.
dah bosan warna biru. heeee..


header pun dah tukar.
warna blog mestilah ikut warna header kan.
warna header pulak, aku akan ikut warna baju gambar yang diletak kat header tu.
so, semuanya bergantung pada baju yang dipakai.
^___^

Wednesday, August 1, 2012

hasil jahitan manik di baju tika

akhirnya, siap juga jahitan manik dekat baju kurung anak buah aku yang debab sorang tu. 
jom tengok hasilnya jom.


 ha..ni lah dia..bubuh kat leher je.
warna pulak tak berapa menyerlah sebab main pakai je manik yang ada dekat rumah.

 bagi close up sikit.
^__^

tika geram dengan kucing


 anak kucing 2 ekor semalam tu, kitorang letak kat ruang tengah antara kusyen tu.
betapa berusahanya tika nak ambik anak kucing tu. memang geram betul dia.
tapi tak boleh bagi. nanti habis dipulas anak kucing tu kang.



muka tension sebab tak berjaya dapatkan anak kucing tu.
mulalah nak nangis tu. haha


 
last last, bagi dia anak kucing yang besar kat dia.
cuba tengok mulut dia tu. tanda geram la tu. di cubit habis kucing tu. hihi.

Tuesday, July 31, 2012

anak kucing itu hidup! yeay!

sebelum ni aku pernah bagi tahu yang kucing aku beranak tak cukup bulan kan. kalau siapa tak ingat atau belum pernah baca, boleh tengok sini. seriously ingat anak kucing tu dah mati. sebab dia tak pandai menyusu. kecik sangat.


tapi...umur dia panjang. bukan sekor. tapi 2 ekor tau. mereka hidup! ya allah. tak dapat bayangkan betapa seronoknya tengok mereka hidup. sebab aku sendiri tengok dia lahir. aku pecahkan karung dia. aku sendiri tengok mak dia tinggalkan dia.


rupanya, mak dia tak tinggalkan dia. mungkin waktu tu mak dia sakit lagi. mak aku cakap, "kucing ni, walau tak cukup bulan, walau tak pandai menyusu, tapi bila mak dia peluk je anak dia tu, lama-lama anak dia pandai menyusu."


 ni si jantan.

ni si betina. haaa..yang ni lang aku gunting karung dia dulu.

download lagu raya. yeay!

disebabkan laptop dah rosak. maka koleksi lagu raya pun dah tak ada. haruslah kena download yang baru cepat-cepat. baru terasa suasana nak raya tu. ^___^


tapi lagu raya ni syok lagu raya lama-lama je. sedap je dengar. lagu raya siti pun best. bila dengar lagu raya ni, mesti aku terbayang dok shopping baju raya. haha. sebab selalu kan time shopping tu kan, diorang suka pasang lagu raya.



dekat radio pun dah start ada lagu raya dah kan. ^__^

Monday, July 30, 2012

eh. berat dah turun ke?

hari ni hari keseploh puasa. kejap je rasa kan. lagi doploh hari, dah nak raya. tak sabar nak main bunga api. haksss..^__^


boleh tak nak perasan yang berat badan dah turun. tang perut macam dah selim sikit dah rasa ni. badan rasa macam dah ringan sikit. ke fantasi semata-mata? -___-"


mintak-mintak lah bulan pose ni boleh kurus sikit. nak selim-selim macam dulu kala. dapat berat 50kg pun jadi lah. kalau dapat 40++ lagi best rasanya. segan lah berat badan dah sama dengan pipie dah ni.


p/s : walau turun macam mana pun berat, raya ni kompem kompem naik balik. -__-"

sedu

dari pagi tadi asyik sedu je.
haishhh. nak minum air tak boleh.


dulu kecik-kecik, bila sedu, mesti orang cakap nak besar.
ni dah besar, tak kan nak membesar lagi kot.
dah cukup besar dah ni.
-___-"

isnin oh isnin

kalau dah nama hari isnin, memang automatik jadi malas.
datang kerja jadi mengantuk.
-___-"

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...