Saturday, December 15, 2012

azam 2013

lagi 2 minggu je kan dah nak masuk 2013.
means, i'm 24 next year.
ohhhhhhhhh!
makin berusia nampaknyaaaa.


so, sekarang ni satu je azam yang kena tekad jugak laksanakan.
KUMPUL DUIT!


kalau sebelum ni saving ikut suka hati je kan.
bulan ni simpan lah.
nanti next month, tak simpan pulak.
lepas tu nanti, dah penat kumpul, "ehhh..nak beli itu lah.."
zappp..habis guna semua saving tu.
-____-"
but starting next year, kena disiplin!


untuk apa?
wink. wink.

bila?
belum tentu lagi.
tapi apa pun, kena jelah kumpul duit dulu kan.
segalanya perlukan duit.
so, ready je lah dari sekarang.
tahun depan? atau tahun depan lagi satu?
tak kisah lah bila.
cukup duit, jalan.
tak cukup lagi, kumpul je lah sampai cukup.
^__^


Friday, December 14, 2012

hujan macam ni, tidur memang syok!

patut lah cuaca tengah hari tadi panas terik semacam.
nak hujan rupanya.
perghhh. sejuk macam ni, tidur memang benda yang sangat heaven sekali.
lagi-lagi lepas perut kenyang.
memang nak menternak lemak sungguh.
-____-"


bila dah mengantuk, malas je nak buat kerja.
tolak tepi, sambung isnin nanti je lah ye kerja ye.
^____^


tapi tu lah, nak BW, internet pulak lambat.
loading punya loading, keluarnya tak jugak.
memang menguji kesabaran.


program sehari riuh sekampung - part 2

intro sudah. part 1 pun sudah. now part 2 pulak. hoyehhhh!
kali ni meh tengok gambar game pulak.


haaa..ni acara pertama.
explorace?
no no no...
nama acara ni NOSTALGIA.
kenapa kitorang namakan nostalgia? apa pulak game dia?
sebenarnya, ni game tangkap ayam.
haaaa...kitorang bagi nama nostalgia sebab nak menggamit kenangan dolu-dolu tau.
sebab kan dulu, kalau nak makan ayam, mesti kena kejar, kena tangkap ayam sendiri kan.
tak macam sekarang. ayam dah terhidang depan mata. huhu.
hambekkk, sampai ke kebun kejor tangkap ayam.


haaa..ni pulak game terompah gergasi.
perghhhhh. payah kot benda alah ni.
tengok bebudak main macam senang je.
tobat tak nak main dah. haha.

seee..kan dah cakap tadi.
tengok budak kecik ni relax je main. huhu.


ni pulak acara lari dalam guni kategori dewasa.
haaaa.. game ni best.
^___^


 lari dalam guni kategori kanak-kanak.
penuh 1 guni.
hikhik.


my cousin yang sangat buas tapi pemalu.
bila kena sorak, langsung taknak gerak.
sampai kena tarik guni tu sampai lah ke garisan penamat.
sampai sekarang kitorang dok bahan dia.
haha.


kita minum dulu......
nanti kita sambung lagi ye.
^___^


Thursday, December 13, 2012

program sehari riuh sekampung - part 1

hoyeh hoyeh hoyehhhhh!
cousin dah upload gambar program dalam facebook.
tak payah susah-susah nak transfer gambar.
hikhik.
lagipun gambar aku secoet je.
busy sangat main game sampai lupa nak ambik gambar.
^____^



dimulakan dengan senam pagi ye sedare-sedare semua.
hoit. penat okeyhhhh senam ni.
belum game semua dah mengah.
-___-"


lepas tu, majlis perasmian oleh embah kitorang.
embah kumpualn biru, so pakai serkop rambut kaler biru.
cayalah embah!
gigih aku godek-godek kat youtube nak buat bunga reben tu.
akhirnya, jadi jugak. syabas anis!


dah penat semua, kita kasi lantak makanan ye.
nasi lemak sambal sotong dengan sambal udang.
sedap tuuu. ^__^


syurga makanan wehhhh!.
hilang diet.
penat je buang lemak senam pagi-pagi.
nasik lemak ada, nasik goreng, bihun goreng, kuew tiaw goreng.
kuih segala jenis kuih ada.
ni baru sarapan pagi okeyh.
mau tak gemoksss!
oh ye, makanan ni semua tak lah kitorang masak kat rumah embah semua tu.
ada keluarga tu bawak ni, ada keluarga tu bawak yang ni pulak.
tu yang jadi banyak ni.


puas hati kot dengan ajk minuman.
air sentiasa ada.
air sedap-sedap pulak tuh.
kejap air tembikai, kejap air limau asam boi.
nanti tukar pulak air fruit cocktail.
kang dah petang sket, dorang mesin air tebu pulak.
perghhhhh kembung air semua.


okeyhhh. habis part 1. nanti sambung part game pulak ye.
terasa dah panjang bebenor entry ni.

Wednesday, December 12, 2012

join ainkalam's rm30 top up give away


klik gambar atas ye... :)

tutup : 26 disember 2012, 12 tengah hari.

program sehari riuh sekampung



ini banner kami buat sendiri. nak jimat kos punya pasal. siap salah eja lagi tu. dengan comot. haha. lantak lah. janji program berjalan dengan jayanya!!


sebab gambar lupa nak transfer dalam pendrive, maka kali ni just nak buat intro pasal hari keluarga sabtu lepas. alhamdulillah, target cuma 20 keluarga. yang datang 25 keluarga. super duper happy tau.


sebenarnya, bukan senang nak jalankan aktiviti macam ni. memang kena ada pengerusi program tau. baru boleh jalan program ni. masalah besar dia adalah, pilihan tarikh sesuai. ada orang tu nak tarikh ni. ada orang ni pulak nak tarikh lain. kalau nak puaskan hati semua orang, memang tak berjalan-jalan lah program ni. maka, kitorang pilih tarikh yang majoriti ada. yang tak dapat hadir tu nak buat macam mana kan. maybe next time.


kitorang pilih buat dekat rumah embah sebab nak bagi semua orang balik kampung. lagipun, payah nak buat kat tempat lain. lagi banyak halnya. lagipun, bila buat tempat lain ni, mesti banyak kos. jangan kita tak tahu, orang ni kalau pasal duit, memang payah sangat. ye lah kan. tak semua orang berduit. kita kena faham semua tu. tak ke seronok nenek kita bila tengok rumah dia meriah semua anak cucu cicit datang berkumpul.


alhamdulillah, program hari tu sangat meriah dan semua yang datang pun seronok. siap request tahun depan buat lagi. insyaallah. ^__^

1st give away by CIKJI


klik gambar atas untuk join ye..:)

tutup : 31 disember 2012

WW - bawak bekal

syabas anis!
bangun pagi buat sarapan sendiri.
well done!


p/s - ahhh. bencik. tadi dah up entry ni pepagi lagi. tapi kenapa tengok balik, entry ni takde! nyampah. dah dua kali jadi cenggini.