hari khamis lepas, aku ambik cuti semata-mata sebab ada tempahan sate untuk jamuan raya pejabat felda wilayah trolak. nak membakar sate tu dekat tempat jamuan tu. sebab tu aku kena cuti. nak menolong abah membakar sate. 5000 cucuk tu. perghh.. 7 jam jugak nak membakar tu.
ni on the way nak pergi. penuh kereta. siap kena bawak 2 kereta lagi.
abah..mpv please! hehe
sesi menyediakan meja gerai.
mula sediakan api untuk membakar.
weee.. jom kita membakar jom. ni tinggal bakar dalam 3000+++ cucuk je lagi.
1000++ dah siap bakar pukul 4 pagi dekat rumah. -__-"
kitorang orang first sampai tempat jamuan. tengok gerai lain kosong lagi.
dengan mem besar (mak).. hehe
dekat sebelah tu, orang ayam golek baru je sampai. kenyang ayam golek lah kitorang.
ramai pembantu. semua kawan-kawan abah ni. gerai kitorang memang dah jadi tempat melepak. kawan-kawan abah semua datang ke tempat kitorang. sambil sembang, sambil makan sate. ^__^
azee membajet! rugi bagi dia bakar. habis banyak jatuh-jatuh. -__-"
kerja ni je sesuai untuk dia. tukang hidang. hahaha.
sorang sepinggan. tapi bila kena serbu..perghhh.. tak terkawal rasanya. bila licin meja, ko tengok banyak pinggan kosong je tinggal. haha. bijak orang-orang ni. campur dua pinggan jadi 1 pinggan.
sebab keletihan yang amat sangat, maka jumaat hari tu pun aku sambung cuti. hadoii.. habis tinggal sikit dah cuti aku. -____-"
p/s : ada sesiapa nak order sate? area kuala selangor - sabak bernam. area batang berjuntai. area tanjung malim - sungkai. minimum 1000 cucuk. kalau yang dekat dengan sekinchan atau felda sungai tengi tu, boleh dipertimbangkan minimum order. ^__^
contact - anis (013-6422724)








