Saturday, April 2, 2011

jogjakarta - episod 5 - candi prambanan

sambungan daripada jogjakarta episod 4.. dah lama tertangguh nak sambung.. yang ni baru masuk hari yang kedua..

destinasi yang kedua adalah lawatan sambil belajar ke candi prambanan..

apa yang perlu dibuat, cari elemen-elemen yang rosak.. lepas tu kena suggest cara nak baiki pulak..

jom tegok gambar.. tak reti nak cerita.. ^_^

sebelum pergi.. dekat lobby hotel.. kiri dan kanan adalah penyumbang gambar ni semua..


keadaan jalan raya dekat jogjakarta.. tak sesak sangat sebab kebanyakannya motor.. kereta kurang sikit.. tak macam dekat malaysia..


cantikkan gambar ni.. ni la candi prambanan.. besar giler.. itupun candi kecik-kecik tepi tu dah runtuh sebab gempa bumi dulu..

tapi, aku tak masuk satu pun dari candi tu.. sampai sana je period pain.!! serious rugi sangat..



close up sikit candi nya.. tengok la ukiran dia tu.. kreatif sangat orang zaman dulu kala buat benda tu.. dah la tak pakai simen pun..



okeyh, ni je gambar.. nanti sambung dekat entry lain.. letak banyak sangat gambar takut berat and takut korang bosan pulak nak baca.. heee...



menang contact lens dari cik eira shoppe :)


wahh.. macam tak percaya je aku menang giveaway..

nak tengok? klik sini..

dah la hadianya lens.. lagi la aku suka nak melompat-lompat...

sebabnya aku memang suka sangat dengan lens..

dengan pantas, aku pilih lens yang cun ni..

aku suka lens bigger eyes ni.. baru bundar sikit mata..

apa pun, thanks a lot dekat penganjur giveaway ni.. cik eira.. :)



Friday, April 1, 2011

2nd giveaway by en magrib


nampak banner dekat atas?
tu banner 2nd give away daripada en magrib.

en magrib sendiri dah ajak join give away tu..

kena jawab soalan.. "kenapa nak hadiah?"

meh aku jawab..

" aku nak hadiah sebab aku suka hadiah.. barang free wehh.. siapa lah yang tak suka.."

nak tag my new follower:

situasi selepas keputusan SPM

sekarang ni mesti pelajar-pelajar lepasan SPM tengah sibuk mengisi borang sana sini.. yang ada peluang untuk dapat biasiswa, mungkin tengah sibuk interview.. ada yang memohon maktab perguruan, ada yang memohon matrikulasi, politeknik, diploma atau pun asasi.

tak ketinggalan juga yang memohon kursus-kursus kemahiran.. mungkin ada juga yang tidak menyambung pengajian.. ada yang terus bekerja mencari rezeki.. atau ada yang mengambil keputusan mendirikan rumah tangga? semuanya tak mustahil..

rindukan zaman itu.. zaman yang berkobar-kobar memohon mana-mana kursus.. berdebar menunggu panggilan.. berdebar ke temuduga..

sekarang, aku dah pun dekat tahun akhir.. tinggal sebulan je lagi aku dekat UM ni.. lepas tu, semua bawak langkah sendiri pergi latihan industri.

ouh.. yang ini aku cuak.. aku takut.. tak bersedia nak berhadapan dengan dunia industri pembinaan yang sebenar..

kepada adik-adik lepasan SPM, semoga berjaya menempuhi alam selepas SPM.. buat pilihan yang bijak..


cara hilangkan bosan

siapa yang rasa bosan? lagi-lagi kalau dekat kelas ke.. tak pun masa dengar ceramah ataupun seminar..

aku memang cepat bosan.. kepala aku cepat melayang.. cepat lah berangan.. so, aku ambik satu inisiatif lain.. yang boleh hilangkan bosan.. yang boleh buat aku happy..

nak tahu caranya? klik SINI..

Wednesday, March 30, 2011

pernah tak dengar pepatah " bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian"?


baru je lepas sendawa sebab kekenyangan.. selera makan nasi putih ditambah dengan ayam masak lemak cili api tambah lagi dengan sayur campur hasil air tangan mak cik dewan makan.. akhirnya aku kembali selera lepas hantar thesis.. yiiihhaaa..

tapi coppp.. baru hantar first draft je.. final punya lagi 2 minggu.. belum masuk assignment lain.. test lagi.. bukan budak quantity surveying UM la kalau dah nak hujung sem baru sibuk dapat kerja belambak-lambak.. memang lecturer suka pepatah bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian..



teringin nak makan seoul garden lagi.. sedapnya... muka kelabu asap berminyak kena asap pun tak kisah.. sebab dah suka!!!

movie review : sucker punch

hari tu aku ada tengok cerita sucker punch.. sebab nak cepat waktu tu, main ambik je cerita yang paling awal. yang sama time cerita sucker punch dengan hikayat merong mahawangsa.. sebab dah tengok hikayat merong mahawangsa, kitorang tengok lah sucker punch.



maaf, aku tak minat cerita ni.. seriouly aku bosan sangat tengok cerita tu.. lepas tu aku tidur.. tengok 4 orang, gilir-gilir kitorang tengok..

cerita dia tentang budak-budak dari hospital mental nak larikan diri.. kena dengar muzik, masuk alam fantasi lain.. lepas tu berperang-perang.. benda yang sama buat sampai la habis dapat semua barang yang diperlukan untuk lari tu..

tapi ada je kata yang cerita ni menarik.. maklumlah, aku bukan berseni sangat bab filem-filem ni.. apa pun, kalau nak tau, pergi wayang, tengok sendiri ek.. ^_^



DECO DECO BENG BENG BOONG


klik sini untuk join.. :)


Tuesday, March 29, 2011

follower 100 dan 101

haha.. dah berapa lama buat blog, follower baru sampai 100..

thanks a lot dekat kathy tuah atau pun si gadis sarawak sebab menjadikan my follower 100 orang..

thanks jugak tau dekat azzah sebab jadi follower yang ke 101.. heee..

untuk semua yang follow tu, thanx sangat-sangat sebab sudi follow blog ni.. ^_^

tak ada korang, tak akan sampai jumlah tu..

29th Birtday Giveaway by aNiM


nampak gambar atas? tu gambar giveaway.. jom la join.. klik gambar nak join contest ni..

give away ni 3 hari je tau.. so cepat jom join..

dekat sini, nak tag 2 blogger :


disebabkan giveaway ni berlangsung sempena birthday owner nya, so nak wish happy birthday pada beliau.. semoga panjang umur and murah rezeki..:)

Monday, March 28, 2011

jogjakarta - episod 4 - makan lagi..

sambungan daripada jogjakarta episod 3.. episod ni adalah aktiviti terakhir untuk hari yang pertama.. so, still ada baki lagi 7 hari ok..

lepas balik dari pantai parangtritis, kitorang dibawak pergi makan malam.. yeay.. makan.. suka.. :) aku tak tau apa nama kedai tu.. sebab aku bukan prihatin sangat.. aku masuk je terus.. haha..


konsep kedai dia pondok-pondok macam ni.. tepi tu ada kolam ke sawah ntah.. lupa dah.. ^_^

tengok semua minum es water.. ataupun ais kosong.. confirm rasa dia tak pelik.. lagipun murah.. kena berjimat dekat sana.. tak cukup duit kang naya je.. air tu Rp 500 sahaja.. tapi kalau kat sini free je kan ais kosong.. =p

antara makanan yang kitorang order.. jangan tanya nama.. sebab aku lupa.. haha

ni ulam-ulaman pulak.. apa ntah nama dia.. lupa lagi.. heee..


tu ada tempe, ikan goreng kecik-kecik, sambal, ada ikan besar jugak..tak de gambar pulak.. sedap..:) air basuh tangan dia bagi sorang satu..


note : aku boleh tunjuk gambar je.. sebab yang lain semua aku dah lupa.. ;)


you are my lucky follower

dah lama tak join contest.. so, hari ni nak join contest "you are my lucky follower".

thanx to adeaqkesah sebab tag.. :)


sesiapa nak join, boleh klik gambar atas.. :)

so, kali ni nak tag :



kenapa aku lain dari yang lain? dah macam ugly duckling.

cuba tengok gambar dekat bawah ni...

-
-
-
-

tengok la.. yang lain semua oren.. sekor je hitam..
kesian dia..

aku musykil jugak..
terus tanya mak..
"mak kenapa sekor ni hitam?"

mak pun jawab...
"nak buat macam mana.. yang sekor tu anak angkat.."

ha.. anak angkat?

tengok gambar bawah pulak..

-
-
-
-

yang ni semua anak hitam-hitam.

sebenarnya yang sekor hitam tu anak kucing ni..
tapi mak kesian..
anak dia banyak sangat..
6 ekor..
maknya pulak kurus..

so, mak aku pun ambik sekor letak kat kecik.
kecik pun terima je anak angkat tu dengan hati terbuka..
dia jaga macam anak dia sendiri..


..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...