Friday, October 31, 2014

jarum quilling

http://photos-a.ak.instagram.com/hphotos-ak-xpa1/925939_289814287880760_391318387_n.jpg 


Finally... Dapat juga beli jarum quilling ni. Selama ni guna lidi je. Belah sendiri dekat hujung lidi. 

Siapa yang nak beli jarum quilling ni, boleh tengok dekat facebook Lin Handmade Greetings Card. RM15/pcs tak masuk postage. 

Boleh la berquilling semula lepas ni. Sejak pregnant ni, langsung tak buat dah kerja-kerja quilling dengan jahit manik ni. Rindu pula..

Wednesday, October 29, 2014

kisah pregnant : check up 36 minggu

Alhamdulillah...


kandungan dah 36 minggu. Isnin lepas dah mula check up di hospital dan dah mula kena check up seminggu sekali. Penat check up ni. Sebab kena tunggu lama. Lenguh pinggang kaki semua. Tapi seronok.. Sebab dapat tengok perkembangan baby. :)


Alhamdulillah, scan baru ni, kedudukan baby elok je. Kepala dekat bawah. Dah masuk pun laluannya. Semoga dipermudahkan bersalin nanti.


Dan doktor kata baby dalam perut ni "semangat". Hihi. Dah 3kg dah rupanya. Patut la berat semacam. Tak sia-sia hari-hari berdoa supaya baby dalam kandungan membesar dengan sihat dan sempurna. Ni memang nak ikut jejak aku ni. Dulu aku lahir berat 4kg. Hihi.


Cuti bersalin pun dah minta. Sedih juga sebab cuma dapat 2 bulan je. tak aci betul beza-bezakan staff kontrak dengan permanent. Dah 2 tahun kot kerja. Hukhuk. lagi 2 minggu lebih je nak bercuti. Yeahhhhh. ^__^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...