Wednesday, November 16, 2011

air masak untuk kesihatan


air masak / air kosong / air putih / air jarang (versi jawa)
air masak sebotol ni lah yang setia menemani aku di tempat kerja. tegak berdiri di atas meja ibarat seorang teman yang setia. (ayat nak ntah pape je. =__=) tapi memang betul pun. sehari terlupa bawak air masak si peneman setia, memang tak boleh rasanya. cepat-cepat turun ke kedai runcit india di bawah office untuk membeli air mineral.

orang kata, minum air masak banyak-banyak elok untuk badan. siapa yang tak mahukan badan cantik lagi sihat sepanjang hayat kan.

penawar mata lesu pakai contact lens

pakai contact lens sememangnya boleh buat mata menjadi penat, kering, lesu, tak bermaya dan seangkatan dengannya. lagi-lagi contact lens dipakai oleh seorang gadis yang anggun lagi bergaya tetapi selalu naik motor ke tempat kerja. sekali kena angin, fuhhhhhh. sakitttt tu..

dah la naik motor, sampai pula ke tempat kerja, duduk di bilik beraircond yang sejuk sampai ke tulang. di tambah pula dengan pekerjaan yang memerlukan menghadap komputer sehingga habis waktu pejabat. (sebenarnya online. =p)  oleh itu, mata yang sudah cantik dengan contact lens berwarna-warni dan yang boleh membesarkan mata itu pun mula lesu dan kering dan penat.

jadi..penawarnya.....


ini lah dia penawarnya. baru dibeli di guardian. boleh dititikkan di dalam mata untuk menyegarkan mata.

"for soft contact lenses including disposable lenses"
selalu aku pakai jenama compete. tapi dekat guardian tu tak ada pulak. so, try la pulak yang ini. harapnya, best jugak la..:)

Tuesday, November 15, 2011

bakal artis paling popular


ini lah dia budak kecik hana mustika. siap berheadphone lagi dengar lagu.

hana mustika ni sekarang dah mula kurang tidur. nak tidurkan dia bukan main susah dah. penat kitorang pangku sampai lenguh segala badan. tapi, hampeh. mata tetap membulat lagi bersinar macam pakai contact lens warna hitam.

bila terdetik niat jahat untuk mengusik si cilik yang tembam, maka mummy dia pun mula letakkan headphone di telinga si cilik hana mustika dengan mainan lagu yang bervolume sangatlah rendah lagi rendah. tak ada lah sampai 2 minit muzik dimainkan, terus mata si cilik hana mustika yang bulat lagi bersinar itu mula menjadi kuyu dan sepet. dan akhirnya mata bulat dan bersinar sudah terpejam dan lena dibuai mimpi entah ke negara mana.


Monday, November 14, 2011

giveaway koleksi resepi nannie

mood pagi ni - anis nak join contest -

jom kita terjah giveaway koleksi resepi nannie jom..

nak tengok hadiah nya?


ni salah satu hadiahnya ta. ada lagi 4 hadiah lain. nak tengok, sila tengok sini ye.

so, tunggu apa lagi. jom kita join jom. boleh jugak kita tengok resepi-resepi dalam blog akak nannie ni.. :)

pagi-pagi dapat doodle cuteee sangat..

pagi-pagi ni, aku dapat doodle la.. ^__^

doodle ni di bagi oleh blog heart of beauty 

macam mana pulak aku boleh dapat doodle ni? sebabnya, ni hadiah untuk GA HOB hari tu...



haaaaa.. ni lah doodlenya. comellll sangat kan.. pandai sangat adik aishah ni buat tau.

siap mata purple tu. boleh la aku try contact lens colour purple lepas ni. hihi

Sunday, November 13, 2011

flower doodle dah siap. yeayyy


finally, flower doodle ni siap jugak. seminggu nak siapkan benda alah ni,


ni gambar yang sudah discan..


ni pen yang dah habis ink. T__T.. kena beli baru dah..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...