Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya buat semua ^__^



dengan ini, saya nur anis nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua. dekat semua follower blog ni. dekat semua pembaca blog ni. senang cerita dekat sesiapa yang menjejakkan diri mahupun terjejakkan diri kat blog ni ye. ^__^


kalau ada salah silap, sepanjang tulis blog ni, tak pun terkasar bahasa sepanjang tinggalkan komen, ampun maaf dipinta. ^__^


siapa siapa yang balik kampung tu, drive elok-elok ye. yang kena hadap jem tu, sabar ye. aku tak balik kampung pun, sebab dah kompem dah siap-siap duduk kampung. heeee. tinggal tunggu adik beradik lain balik kampung. ^__^

Wednesday, August 15, 2012

Segmen : Kenangan Kad Raya


segmen kad raya anjuran miss Z

thanks ayut sebab tag saya. ^__^


jom nak share kisah kenangan kad raya. 


dulu masa kecik-kecik, time tengah glamour kad raya dulu. setem pon seploh sen je cukup. aku tengok akak aku ni gigih hias kad raya dia. tampal kertas colourfull siap. aku pun gigih tiru. tapi bila ingat balik, sumpah buruk. haha. comot pulak tu. 


lepas tu pulak, sampul tak main la sampul putih tu. koyak majalah ujang tu. buat sampul. haaaaa..gigih tak gigih.?


tu lah kenangan raya yang aku. ^__^

popia simpul dalam pembikinan


sekarang ni tengah gigih nak siapkan popia simpul ni. ada lagi 2 paket kulit popia nak kena siapkan. memang kitorang sekali buat popia ni banyak. sebab semua suka. yummyy..^__^


ada yang tanya aku buat berapa jenis kuih tahun ni. jawapannya 6 jenis. 3 jenis dah siap. 3 jenis lagi kena siapkan. bahan dah beli. rugi kalau tak buat pulak kan.


bab buat kek, aku bagi mak dengan azee buat. sebab aku fail buat kek. haha.

biskut semprit siap


biskut semprit dah siap.
ada lagi 3 jenis nak kena buat.
terpaksa ambik cuti jumaat ni demi nak siapkan biskut raya aku.
-___-"

Tuesday, August 14, 2012

labu aktif tapi labi pemalas

 tengok la si labi ni. asyik tidur je. angkat dia, letak luar bakul, tidur. angkat lagi letak dalam bakul, tidur lagi. jalan kedek sikit-sikit. lepas tu tidur. patut la badan bambam macam di pam pam. -____-"


kesian labu. tak ada kawan nak main. dah labi asyik tidur je. 

beza kan saiz labu dengan labi. labi tu gemok bulu kembang. tapi labu ni kecik bulu pendek.

1st BIRTHDAY GIVEAWAY BY PINK LAVENDER


klik gambar ye kalau nak join..
^__^

sampai 27 ogos 2012

coklat chip cookies siap!


choclate chips cookies dah siap.
sukaaaa... sedap..
hakhak. tak malu puji sendiri.

Monday, August 13, 2012

jahit manik baju mak siap


 jahit pearl bracelet simple dekat lengan baju mak.
mak memang nak yang simple simple aje.
buat yang sarat, memang kena luku dengan mak. 
haha.


 close up sikit.


sekarang tinggal 1 lagi baju aku tengah di jahit.
huwaaaa..sempat ke siap nih.
kuih raya lagi.
-___-"

kad raya ketiga dari yui

 kad raya ketiga dah ada dalam tangan. ^__^


datang dari yui.
thanks a lot yui. ^___^

biskut tart nenas siap. ^__^


yeay. biskut tart dah siap sebalang.
hasil berguru dengan mak ni.
selalu kitorang buat tart bentuk bunga tu.
tapi tahun ni mencuba tart gulung pulak.
tapi nanti kena buat 1 adunan lagi.
akak aku dah sibuk nak sebalang. -___-" 

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...